280 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
  • abad ke-2 SM
Dekad:
  • 30-an SM
  • 29-an SM
  • 28-an SM
  • 27-an SM
  • 26-an SM
Tahun:
  • 283 SM
  • 282 SM
  • 281 SM
  • 280 SM
  • 279 SM
  • 278 SM
  • 277 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Mesir

  • Pembinaan rumah api di Alexandria.

Yunani

  • Liga Achaea diasaskan semula.

Rom

  • Pertempuran Heraclea (atau Pertempuran Sungai Siris): Angkatan tentera Yunani di bawah Pyrrhus dari Epirus menewaskan dengan pengorbanan yang teruk seangkatan tentera Rom di bawah Publius Valerius Laevinus. Ini adalah kali pertama bahawa kedua-dua budaya ini bertemu dalam pertempuran. Penggunaan gajah oleh Pyrrhus, satu langkah yang bijak, memainkan peranan yang utama dalam kemenangannya. Pyrrhus dikatakan berkata: "Satu lagi kemenangan seumpama ini, dan aku akan ditewaskan."

Mengikut topik

Astronomi

  • Aristarchus dari Samos mempergunakan saiz bayang-bayang Bumi pada Bulan untuk menganggarkan bahawa jejari Bulan adalah satu pertiga daripada jejari Bumi. Beliau mencadangkan buat pertama kali pandangan heliosentrik untuk alam semesta (Sistem Suria). Bagaimanapun, beliau tidak diendahkan kerana kekurangan bukti tentang pergerakan Bumi.

Kelahiran

  • Philon dari Byzantium
  • Li Si (tarikh anggaran)

Kematian

  • Herophilus
  • Chares dari Lindos