491 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Dekad:
  • 51-an SM
  • 50-an SM
  • 49-an SM
  • 48-an SM
  • 47-an SM
Tahun:
  • 494 SM
  • 493 SM
  • 492 SM
  • 491 SM
  • 490 SM
  • 489 SM
  • 488 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Kota Aegina di Yunani yang takut akan kehilangan perdagangannya berserah kepada Parsi. Cleomenes I, raja Sparta, cuba menghukum Aegina kerana hal ini, tetapi dihalang oleh Demaratus, raja Sparta yang lain.
  • Cleomenes I mengatur penggulingan Demaratus, raja bersama Sparta (dan menggantikannya dengan Leotychides, sepupu Cleomenes), melalui penyogokan ahli ramal di Delphi supaya mengumumkan bahawa tindakannya itu adalah kehendak ketuhanan. Kedua-dua raja Sparta berjaya menangkap pengkomplot-pengkomplot tersebut di Aegina.

Empayar Parsi

  • Penciptaan ukiran timbul di Apadana, kompleks istiadat di Persepolis. Ukiran timbul itu menggambarkan Darius dan Xerxes I menerima ufti, dan kini dipamerkan di Muzium Iranbustan di Teheran.

Sicily

  • Hippocrates, penzalim Gela, dibunuh dalam pertempuran terhadap Siculi, orang-orang asli Sicily. Beliau diwarisi sebagai penzalim Gela oleh Gelo yang merupakan komander pasukan askar berkudanya.

Republik Rom

  • Semasa kebuluran di Rom, Gnaeus Marcius Coriolanus menasihatkan penduduk-penduduknya agar tidak menerima sebarang biji-bijian kecuali mereka bersetuju untuk menghapuskan jawatan tribun. Untuk ini, para tribun membuangnya. Coriolanus kemudian mendapat perlindungan daripada raja Volsci dan mengetuai tentera Volscia terhadap Rom. Baginda hanya berpatah balik atas rayuan daripada ibu serta isterinya.

Kelahiran

Kematian

  • Hippocrates, penzalim Gela.