Aku, Dia dan Pinky Promise

  • Drama
  • keluarga
  • Cinta
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Aku, Dia dan Pinky Promise karya Anna LeeDitulis olehSofia RhylandPengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
  • Syafie Naswip
  • Sweet Qismina
  • Adam Lee
Lagu pembukaanSekali Lagi - Naim DanielLagu penutupBidadari - Ismail IzzaniNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod20PenerbitanTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Nusantara Seni KaryaPenyiaranSaluran asalTV OkeyFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal25 Januari 2020 – 13 Februari 2020

Aku, dia dan Pinky Promise ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Jamal Khan, di bintangi oleh Syafie Naswip, Sweet Qismina, dan Adam Lee. Siri ini memulakan tayangan di TV Okey 25 Januari 2020. [1]

Sinopsis

Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.

Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

  • Faha Azhar sebagai Amirul
  • Hakim Nordin sebagai Suffian
  • Nelissa Nizam sebagai Hanim
  • Ferqisha sebagai Lina
  • Sarah Dawud sebagai Hajar
  • Rabaayati sebagai Lela
  • Iman Zulkarnain sebagai Shah Asnan
  • Ikhram Juhari sebagai Cikgu Ariffin
  • Farah Zanordin sebagai Cikgu Kamariah
  • Farez Ridzwan sebagai Cikgu Hazam
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai MakLimah
  • Shyrim sebagai En Kamil
  • Duerra Mitilda sebagai Sara
  • Diya Lily sebagai Shahira
  • Amisha sebagai Nani

Rujukan

  1. ^ Drama Aku, Dia dan Pinky Promise. MyInfoTaip. Dicapai 14 Ogos 2021