Algebra permulaan

Algebra permulaan ialah ilmu asas-asas algebra untuk mereka yang belum mempelajari ilmu matematik formal lain selain aritmetik, biasanya diajar di alam menengah. Antara konsep penting yang diperkenalkan dalam algebra permulaan ialah pemboleh ubah.

Konsep-konsep

Pemboleh ubah

Pemboleh ubah diperkenalkan sebagai simbol (seperti x {\displaystyle x} dan y {\displaystyle y} ) yang menggantikan tempat nombor. Penggunakan pemboleh ubah membolehkan kita merujuk kepada anu, iaitu nombor yang belum diketahui. Masalah-masalah matematik boleh diselesaikan dengan memanipulasikan persamaan yang mengandungi pemboleh ubah dengan mengikut hukum-hukum algebra, sehinggalah rumus atau nilai mutlak bagi pemboleh ubah itu diperoleh.

Ungkapan

Ungkapan boleh dibina dengan menggabungkan nombor, pemboleh ubah, operasi aritmetik, dan fungsi permulaan seperti fungsi trigonometri, fungsi logaritma dan sebagainya. Contoh-contoh ungkapan:

x + 3 {\displaystyle x+3\,}
y 2 + 2 x 3 {\displaystyle y^{2}+2x-3\,}
sin x . {\displaystyle \sin {x}.\,}

Persamaan

Persamaan ialah pernyataan bahawa dua ungkapan adalah sama. Hubungan kesamaan ditulis menggunakan simbol =. Hubungan kesamaan adalah refleksif (sebarang ungkapan adalah sama dengan dirinya sendiri), simetri (jika a {\displaystyle a} sama dengan b {\displaystyle b} , maka b {\displaystyle b} sama dengan a {\displaystyle a} ), dan transitif (jika a {\displaystyle a} sama dengan b {\displaystyle b} dan b {\displaystyle b} sama dengan c {\displaystyle c} , maka a {\displaystyle a} sama dengan c {\displaystyle c} ).

  • l
  • b
  • s
Bidang utama matematik
Bidang

Aritmetik · Algebra (Asas – Linear – Abstrak) · Geometri (Diskret – Algebra – Pembezaan) · Kalkulus · Analisis · Teori set · Logik · Teori kategori · Teori nombor · Kombinatorik · Teori graf · Topologi · Teori Lie · Persamaan pembezaan · Sistem dinamik · Fizik matematik · Analisis berangka · Pengiraan · Teori maklumat · Kebarangkalian · Statistik · Pengoptimuman · Teori kawalan · Teori permainan

Pembahagian utama
Kategori  · Portal Matematik  · Senarai