Anjing kereta luncur salji

Perkhidmatan ini, yang membawa surat dan Klondike Nugget mingguan, meliputi semua anak sungai yang bersebelahan dengan Dawson City. Perkhidmatan ini diasaskan oleh Jean (atau Gene) Allen pada 1898

Anjing kereta luncur salji, atau juga disebut anjing tarikan, ialah anjing yang dilatih dan digunakan untuk menarik kenderaan darat sambil memakai abah-abah, paling lazim kereta luncur salji di atas salji.

Anjing kereta luncur salji telah digunakan di Artik selama sekurang-kurangnya 8,000 tahun dan, bersama-sama dengan kenderaan air, merupakan satu-satunya pengangkutan di kawasan Artik sehingga pengenalan trak separa treler, kereta salji, dan kapal terbang pada abad ke-20, yang menghela bekalan di kawasan yang tidak boleh capai dengan kaedah lain.[1] Ia digunakan dengan pelbagai tahap kejayaan dalam penerokaan kedua-dua kutub, serta semasa kerubut emas Alaska. Pasukan anjing kereta luncur salji mengirimkan surat kepada komuniti luar bandar di Alaska, di Yukon, di Wilayah Barat Laut, dan di Nunavut. Anjing kereta luncur salji kini masih digunakan oleh sesetengah komuniti luar bandar, terutamanya di kawasan di Rusia, di Kanada, dan di Alaska serta di sebahagian besar Greenland. Ia digunakan untuk tujuan rekreasi dan acara perlumbaan, seperti Denai Iditarod dan Yukon Quest.

Sejarah

Anjing kereta luncur salji digunakan di negara dan di rantau seperti Kanada, Greenland, Siberia, Chukotka, Norway, Sweden, dan Alaska.[2]

Rusia

Anjing kereta luncur salji yang memakai abah-abah semasa Ekspedisi Jesup di Siberia
Sepasukan 11 ekor anjing kereta luncur salji di Taman Negara dan Rizab Alam Denali
Husky yang bersedia untuk menghela di ladang husky di Kuusamo, Finland
Sudut pandangan seorang renjer taman yang memandu pasukan enam anjing di Tasik Wonder

Sebuah kajian tahun 2017 menunjukkan bahawa 9,000 tahun lalu, anjing bela jinak hadir di tempat yang kini merupakan Pulau Zhokhov, Siberia timur laut, yang pada masa itu bersambung dengan tanah besar.[3] Anjing itu dibiakbakakan secara terpilih sebagai sama ada anjing kereta luncur salji atau anjing pemburu, yang membayangkan bahawa piawaian anjing kereta luncur salji dan piawaian anjing pemburu wujud bersama-sama. Saiz maksimum optimum untuk anjing kereta luncur salji ialah 20–25 kilogram (44–55 lb) berdasarkan pentermokawalaturan dan anjing kereta luncur salji purba adalah seberat 16–25 kilogram (35–55 lb). Piawaian sama telah ditemukan pada sisa-sisa anjing kereta luncur salji dari rantau ini 2,000 tahun lalu dan dalam piawaian baka husky Siberia moden. Anjing lain adalah lebih besar dengan berat 30 kilogram (66 lb) dan kelihatan seperti anjing yang telah disilangkan dengan serigala dan digunakan untuk pemburuan beruang kutub. Semasa kematian, kepala anjing telah dipisahkan dengan berhati-hati daripada tubuhnya oleh manusia. Ahli antropologi berspekulasi bahawa ini mungkin atas sebab upacara.[4][5]

Babad Kungur dan Badad Remezov, yang masing-masing diwujudkan pada penghujung abad ke-16 dan tahun 1703, menceritakan orang-orang yang tinggal di sepanjang sungai-sungai di Siberia, yang kaedah pengangkutan utama mereka ialah penggunaan rusa kutub atau anjing. Dalam dokumen-dokumen ini, Sungai Olenyok, Sungai Yana, Sungai Indigirka, dan Sungai Kolyma dipanggil "sungai-sungai anjing", kerana kaya dengan ikan untuk dimakan oleh anjing. Sungai tanpa ikan atau yang tidak cukup untuk menyediakan makan kepada anjing dipanggil "sungai rusa", kerana rusa kutub pada masa itu digunakan untuk pengangkutan.

Dari tahun 1940-an hingga tahun 1990-an, bilangan kereta luncur salji anjing Rusia menurun. Populasi baka mencecah paras terendah sepanjang masa iaitu sebanyak 3,000 ekor anjing pada tahun 1998 sebelum usaha kebangkitan bermula. Sebab-sebab penurunan termasuk:

  • pengenalan penjenteraan di Artik
  • pengurangan kapasiti untuk membela anjing, terutamanya dengan penurunan tangkapan ikan dan pengkolektifan pertanian dan penggembalaan rusa kutub.
  • kemerosotan pemburuan bulu.[6][7]

Greenland

Penarikan kereta luncur salji anjing masih lazim digunakan untuk pengangkutan di bahagian-bahagian di Greenland

Orang Inuit Greenland mempunyai sejarah sangat panjang tentang penggunaan anjing kereta luncur salji dan ia masih digunakan secara meluas kini. Setakat tahun 2010, sekitar 18,000 ekor anjing Greenland dibela di Greenland barat di utara Bulatan Artik dan di Greenland timur (kerana usaha pengekalan ketulenan baka yang penting dari segi kebudayaan ini, ia merupakan satu-satunya baka anjing yang diizinkan di rantau-rantau ini) dan kira-kira separuh daripada jumlah ini digunakan secara aktif sebagai anjing kereta luncur salji oleh pemburu dan nelayan.[8] Sebagai hasil daripada pengurangan air batu laut (yang membatasi kawasan penggunaan anjing kereta luncur salji), peningkatan penggunaan kereta salji, peningkatan harga makanan anjing, dan penyakit dalam kalangan sesetengah populasi anjing tempatan, angka itu telah menurun beransur-ansur selama berdekad-dekad dan menjelang tahun 2016 terdapat 15,000 ekor anjing Greenland. Sebilangan projek telah dimulakan dalam usaha untuk memastikan bahawa budaya, pengetahuan, dan penggunaan kereta luncur salji anjing Greenland tidak lenyap.[9]

Peronda Sirius, iaitu unit pasukan khas dalam tentera Denmark, menguatkuasakan kedaulatan wilayah timur laut terpencil yang tidak berpenghuni (yang pada asasnya menyamai Taman Negara Greenland Timur Laut) dan menjalankan rondaan kereta luncur salji anjing jarak jauh, yang turut mencatatkan semua hidupan liar terlihat. Peronda itu melalui purata 14,876 kilometer (9,244 bt) setahun sepanjang tempoh tahun 1978–1998. Menjelang tahun 2011, serigala Greenland telah mendiami Greenland timur semula dari Taman Negara di timur laut melalui rondaan kereta luncur salji anjing ini di sepanjang jarak sehingga 560 kilometer (350 bt).[10]

Amerika Utara

Husky Labrador yang sedang diberi makan oleh orang Inuit

Pada tahun 2019, sebuah kajian mendapati bahawa anjing yang mula-mula dibawa ke Artik Amerika Utara dari Siberia timur laut kemudian digantikan oleh anjing yang menemani orang Inuit semasa perluasan mereka mulai 2,000 tahun lalu. Anjing Inuit ini adalah lebih pelbagai secara genetik dan lebih mencapah secara morfologi jika dibandingkan dengan anjing sebelumnya. Kini, anjing kereta luncur salji Artik merupakan keturunan terakhir di Benua Amerika bagi zuriat anjing pra-Eropah ini.[11]

Sebuah pasukan anjing kereta luncur salji Orang Asli Amerika yang terdiri daripada tiga ekor anjing yang berhampiran dengan Fort Clark, Dakota Utara, dilakar pada 1833

Rujukan sejarah tentang anjing dan abah-abah anjing yang digunakan oleh budaya Orang Asli Amerika bertarikh kembali ke masa sebelum perhubungan Eropah. Penggunaan anjing sebagai haiwan tarikan adalah meluas di Amerika Utara. Terdapat dua jenis utama anjing kereta luncur salji; satu jenis dibela oleh budaya pinggir laut dan jenis lagi satu dibela oleh budaya pedalaman seperti orang Athabaska. Anjing pedalaman ini membentuk dasar bagi husky Alaska. Pedagang Rusia yang menyusuri Sungai Yukon ke hulu pada pertengahan tahun 1800-an memperoleh anjing kereta luncur salji dari kampung-kampung pedalaman di sepanjang sungai itu. Anjing dari kawasan ini terkenal kerana lebih kuat dan lebih baik dalam penghelaan muatan berat berbanding dengan anjing kereta luncur salji asli Rusia.[12]

Pembawa surat Amerika Syarikat dan pasukan kereta luncur salji anjing yang tiba di Seward, sekitar 1912

Kerubut Emas Alaska membawa minat baharu dalam penggunaan anjing kereta luncur salji sebagai pengangkutan.[12] Kebanyakan kem emas hanya dapat dicapai dengan kereta luncur salji anjing pada musim sejuk.[13] "Semua yang bergerak semasa musim beku bergerak dengan pasukan anjing; pencari gali, pemerangkap, doktor, surat, perniagaan, perdagangan, pengangkutan bekalan … jika perlu bergerak pada musim sejuk, itu digerakkan oleh anjing kereta luncur salji."[12] Ini, bersama-sama dengan penggunaan anjing dalam penerokaan kutub, menyebabkan pemberian gelaran "Era Anjing Kereta Luncur Salji" kepada tempoh lewat tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an.[14]

Kapsyen berbunyi "Ready for The Long Mush, Seward, Alaska" ("Bersedia untuk Mush Panjang, Seward, Alaska") (klik foto untuk maklumat lanjut) sekitar 1914

Anjing kereta luncur salji digunakan untuk mengirimkan surat di Alaska semasa lewat tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an.[15] Malamut Alaska ialah baka kegemaran, dengan pasukan yang berpurata lapan hingga 10 ekor anjing.[15] Anjing mampu mengirimkan surat dalam keadaan yang menghentikan bot, kereta api, dan kuda.[15] Setiap pasukan menghela surat seberat 230–320 kilogram (500–700 lb).[15] Surat itu disimpan di dalam beg kalis air untuk melindunginya daripada salji.[15] Menjelang tahun 1901, laluan anjing telah diasaskan di sepanjang keseluruhan Sungai Yukon.[15] Pengiriman surat dengan kereta luncur salji anjing berakhir pada tahun 1963 apabila pembawa surat terakhir yang menggunakan kereta luncur salji anjing, iaitu Chester Noongwook dari Savoonga, bersara.[15] Beliau diberi penghormatan oleh Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat dalam sebuah upacara di Pulau St. Lawrence di Laut Bering.[15]

Kapal terbang mengambil alih pengiriman surat Alaska pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an.[12] Pada tahun 1924, Carl Ben Eielson menerbangkan kiriman surat udara Alaska pertama.[16] Kereta luncur salji anjing digunakan untuk meronda Alaska barat semasa Perang Dunia Kedua.[16] Lebuh raya dan penggunaan trak pada tahun 40-an dan tahun 50-an dan kereta salji pada tahun 50-an dan tahun 60-an menyumbang kepada pengurangan anjing kereta luncur salji pekerja.[12]

Sepasukan enam ekor husky kereta luncur salji yang mendaki di Inuvik, Kanada

Mushing rekreasi muncul untuk mengekalkan tradisi mushing anjing.[12] Keinginan untuk anjing tarikan muatan lebih besar dan lebih kuat berubah menjadi keinginan untuk anjing lebih pantas dengan daya ketahanan tinggi yang digunakan dalam perlumbaan, yang menyebabkan anjing menjadi lebih ringan daripada sebelumnya.[12][17] Orang Amerika dan orang lain yang tinggal di Alaska kemudian mula mengimport anjing kereta luncur salji dari puak-puak asli Siberia (yang kemudian akan ber-evolusi dan menjadi baka husky Siberia) untuk meningkatkan kelajuan anjing mereka sendiri, yang menunjukkan "kontras langsung dengan idea bahawa pedagang Rusia mencari-cari anjing kereta luncur salji lebih berat jenis tarikan dari rantau-rantau Pedalaman Alaska dan Yukon kurang daripada satu abad lebih awal untuk meningkatkan kapasiti penghelaan anjing kereta luncur salji lebih ringan mereka".[12]

Di luar Alaska, kereta tarikan anjing digunakan untuk menghela barang-barang penjaja di bandar-bandar seperti New York.[18]

Skandinavia

Selepas Perang Dunia Kedua, perlumbaan kereta luncur salji anjing gaya skijor dan pulka menjadi semakin popular di Norway dan di negara-negara jiran di Skandinavia.[19] Gaya-gaya perlumbaan ini memerlukan pasukan kecil dan pantas yang terdiri daripada 1–4 ekor anjing yang bertanding di sepanjang jarak pendek berbukit sejauh 15–30 kilometer (9.3–18.6 bt). Dengan syarat untuk menggunakan anjing baka tulen daripada Persatuan Perlumbaan Anjing Kereta Luncur Salji Norway, anjing penuding berbulu pendek Jerman secepatnya muncul sebagai baka anjing pilihan.[19] Pada permulaan tahun 1970-an, "anjing penuding kereta luncur salji" telah muncul, iaitu anjing penuding yang dibiakbakakan secara eksklusif untuk penarikan kereta luncur salji dan bukan perburuan.[19] Semasa tahun 1970-an, perlumbaan kereta luncur salji "gaya Nome", yang mengajuk pasukan anjing kereta luncur salji besar yang berlari di sepanjang jarak jauh dan bermalam dalam suhu di bawah sifar yang terlihat dalam perlumbaan gaya Amerika Utara, mula menarik minat di Skandinavia. Pada tahun 1974, perlumbaan kereta luncur salji gaya Nome yang pertama, iaitu Skjelbreia Sweepstakes, dianjurkan dekat dengan Oslo. Untuk gaya perlumbaan ini, para musher Norway mula mengimport husky Alaska; dipopularkan oleh musher seperti Stein Havard Fjelstad dan Roger Leegaard yang mengembara ke Alaska untuk berlumba dalam Iditarod. Walau bagaimanapun, sebagai baka silang prestasi, husky Alaska tidak boleh untuk perlumbaan menurut peraturan di Norway sehingga tahun 1985, iaitu apabila Persatuan Perlumbaan Anjing Kereta Luncur Salji Norway menyingkirkan syarat bahawa anjing kereta luncur salji mesti anjing baka tulen.[19]

Ketetapan baharu ini juga membuka jalan kepada para musher gaya Nordik untuk membiakbakakan anjing berprestasi terbaik mereka tanpa mengira baka, dengan musher yang mengacukkan husky Alaska dengan anjing penuding berbulu pendek Jerman untuk menghasilkan eurohound serta grehaun dengan anjign penuding berbulu pendek Jerman untuk menghasilkan greyster.[20] Baka-baka silang gaya Nordik ini mendapat kepopularan di serata Eropah dan kemudian di Amerika Utara, terutamanya dengan peningkatan kepopularan mushing tanah kering, seperti bikejoring dan canicross.[21]

Anjing kereta luncur salji dan safari husky adalah tidak asli di Sápmi (Lapland) dan di Finland dan dianggap sebagai gangguan utama oleh para gembala rusa kutub kerana memberikan kesan langsung kepada kehidupan mereka.[22] Ini dan "iglu" berkubah kaca telah dicedok daripada budaya lain oleh industri pelancongan pada tahun 1980-an dan digambarkan secara palsu sebagai sebahagian daripada budaya Sámi dan Finland.[23][24]

Alaska dan Iditarod

Penyertaan Kolonel Ramsay, pasukan kereta luncur salji anjing yang menang dalam All Alaska Sweepstakes Ke-3, John Johnson, pemandu ~ sekitar 1910

Pada tahun 1925, wabak difteria besar telah melumpuhkan Nome, Alaska. Tiada serum di Nome untuk merawat orang yang dijangkiti oleh penyakit itu.[16] Terdapat serum di Nenana, tetapi bandar itu berada sejauh lebih daripada 970 kilometer (600 bt), dan tidak dapat dicapai kecuali dengan kereta luncur salji anjing.[16] Larian berganti kereta luncur salji anjing diatur oleh kampung-kampung di antara Nenana dengan Nome, dan 20 pasukan bekerjasama untuk menyampaikan serum secara berganti-ganti ke Nome.[16] Serum mencapai Nome dalam tempoh enam hari.[16]

Jejak Iditarod diasaskan di laluan di antara kedua-dua bandar ini.[16] Jejak Iditarod dinamai sedemikian kerana, pada masa itu, Iditarod ialah bandar terbesar di laluan itu.[16] Semasa tahun 1940-an, laluan itu tidak digunakan lagi.[16] Walau bagaimanapun, pada tahun 1967, Dorothy Page, yang menganjurkan perayaan seratus tahun Alaska, mengarahkan agar 14 kilometer (9 bt) laluan itu dibersihkan untuk perlumbaan kereta luncur salji anjing.[16] Pada tahun 1972, Tentera Darat Amerika Syarikat melakukan tinjauan terhadap laluan itu, dan, pada tahun 1973, Jejak Iditarod diasaskan oleh Joe Redington, Sr.[16][25] Perlumbaan dimenangi oleh Dick Wilmarth, yang mengambil masa tiga minggu untuk menyelesaikan perlumbaan.[16]

Musher dan anjing memasuki pelongsor penamat Iditarod.

Jejak Iditarod moden ialah perlumbaan ketahanan anjing kereta luncur salji sejauh 1,800 kilometer (1,100 bt).[25] Perlumbaan ini biasanya berlangsung selama sepuluh hingga sebelas hari, jika cuaca mengizinkan.[25] Permulaan bermula dengan upacara permulaan di Anchorage, Alaska pada pagi Sabtu pertama pada bulan Mac, dengan para musher yang berlari sejauh 32 kilometer (20 bt) ke Eagle River di sepanjang Lebuh Raya Alaska, lalu memberi penonton peluang untuk melihat anjing dan musher.[26] Pasukan kemudian diangkut di dalam trak dan dipandu sejauh 48 kilometer (30 bt) ke Wasilla untuk permulaan perlumbaan rasmi pada petang hari.[26] Perlumbaan tamat apabila musher terakhir sama ada keluar daripada perlumbaan atau melepasi garisan penamat di Nome.[25] Pemenang perlumbaan menerima hadiah bernilai AS$50,000.[25] Perlumbaan ini telah digelar "Siri Dunia acara mushing"[27] dan "Perlumbaan Hebat Terakhir di Bumi".[28]

Antartika

Ekspedisi Antartika Roald Amundsen

Penjelajah Artik pertama merupakan lelaki dengan anjing kereta luncur salji.[29] Oleh sebab kejayaan penggunaan anjing kereta luncur salji di Artik, ia dianggap bakal membantu dalam penerokaan Antartika juga dan ramai penjelajah membuat percubaan untuk menggunakan anjing ini.[29] Anjing kereta luncur salji digunakan sehingga tahun 1992, apabila anjing ini dilarang dari Antartika oleh Protokol Perlindungan Alam Sekitar kepada Perjanjian Antartika.[29]Templat:Why

Carsten Borchgrevink menggunakan anjing kereta luncur salji Sámi dengan pengendali Finland di Antartika semasa Ekspedisi Southern Cross beliau (1898–1900), tetapi keadaan adalah jauh lebih sejuk daripada yang dijangkakan di Tanjung Adare.[29] Anjing itu terbiasa dengan kerja di atas salji, bukan di atas ais, dalam suhu lebih ringan.[29] Anjing itu juga tidak diberi cukup makan dan akhirnya semua anjing itu mati.[29]

Erich von Drygalski menggunakan anjing tarikan Kamchatka dalam ekspedisi tahun 1901–1903 dan bernasib lebih baik kerana anjing beliau sudah terbiasa dengan kesejukan dan beliau mengupah seorang pengendali anjing berpengalaman.[29] Anjing beliau diizinkan untuk membiak secara bebas dan banyak anjing terpaksa ditembak kerana tiada ruang di atas kapal untuk membawa anjing tersebut pulang.[29] Banyak anjing yang tidak ditembak ditinggalkan di Kepulauan Kerguelen.[29]

Otto Nordenskjöld berniat untuk menggunakan anjing Greenland dalam ekspedisi tahun 1901–1904, tetapi kesemua kecuali empat ekor husky beliau mati dalam perjalanan ke selatan.[29] Beliau mengambil baka kacuk di Kepulauan Falkland, tetapi selepas ketibaan beliau di Antartika, anjing ini semua diburu dan dibunuh oleh empat ekor husky beliau yang masih hidup yang berburu dalam kawanan kerana kegagalan pengendali anjing Ole Jonassen untuk menambat anjing tersebut.[29] Husky ini kemudian dapat menarik muatan seberat 265 kilogram (584 lb) di sepanjang 29 kilometer (18 bt) dalam tempoh tiga jam setengah.[29]

Robert Falcon Scott membawa dua puluh ekor anjing Samoyed bersama-sama dengan beliau semasa perjalanan tahun 1902 beliau.[29] Anjing itu bergelut dalam keadaan yang dikenakan, dengan empat ekor anjing yang menarik kereta luncur salji terlebih sarat melalui salji setebal 45 sentimeter (18 in) dengan kaki berdarah.[29] Scott menyalahkan ikan kering busuk atas kegagalan anjing itu.[29] Pada tahun 1910, Scott kembali dengan 33 ekor husky Sakhalin tetapi memerhatikan bahawa anjing tersebut pula berprestasi buruk di dalam salji tebal dan ekor terpotong menghalang anjing tersebut daripada melingkar untuk kekal hangat.[29]

Douglas Mawson dan Xavier Mertz merupakan sebahagian daripada Pasukan Timur Jauh, iaitu sebuah pasukan kereta luncur salji yang terdiri daripada tiga orang dengan Leftenan B.E.S. Ninnis, untuk meninjau King George V Land, Antartika. Pada 14 Disember 1912, Ninnis terjatuh melalui krevas berlitup salji bersama-sama dengan kebanyakan catuan pasukan itu, dan tidak pernah dilihat lagi. Peruntukan mereka yang tidak seberapa memaksa mereka untuk memakan anjing mereka yang tersisa dalam perjalanan pulang sejauh 507 kilometer (315 bt). Daging anjing tersebut adalah liat, berurat, dan tanpa sebarang lemak. Setiap haiwan mengeluarkan hasil yang sangat sedikit dan bahagian besar diberi makan kepada anjing yang masih hidup, yang memakan daging, kulit, dan tulang sehingga tiada yang tersisa.[perlu rujukan]

Roald Amundsen, yang ekspedisi Antartika-nya dirancang dengan sekitar 97 ekor anjing kereta luncur salji

Para lelaki itu juga memakan otak dan hati anjing itu. Malangnya pemakanan hati anjing kereta luncur salji menghasilkan keadaan hipervitaminosis A kerana kanin mempunyai toleransi jauh lebih tinggi untuk vitamin A berbanding dengan manusia. Mertz mengalami kemerosotan cepat. Beliau mengalami sakit perut dan menjadi tidak berupaya dan tidak keruan. Pada 7 Januari 1913, Mertz meninggal dunia. Mawson meneruskan perjalanan bersendirian, dan akhirnya kembali ke kem dalam keadaan hidup.[30]

Ekspedisi Roald Amundsen dirancang dengan sekitar 97 ekor anjing Esquimaux (mungkin anjing Eskimo Kanada, anjing Greenland, atau kedua-duanya).[29] Pada percubaan pertamanya, dua ekor anjing beliau mati beku dalam suhu −56 °C (−69 °F).[29] Beliau mencuba buat kali kedua dan berjaya.[29] Amundsen menempuh jarak 27 kilometer (17 bt) sehari, dengan perhentian setiap 4.8 kilometer (3 bt) untuk membina sebuah batu limas untuk menandakan denai itu.[29] Beliau mempunyai 55 ekor anjing bersama-sam dengan beliau, yang ditakai oleh beliau sehingga beliau mempunyai 14 ekor anjing apabila beliau pulang dari kutub.[29] Dalam perjalanan pulang, seorang lelaki berski mendahului anjing-anjing itu dan menyembunyikan daging di dalam batu limas untuk menggalakkan anjing-anjing itu untuk berlari.[29]

Baka anjing kereta luncur salji

Anjing kereta luncur salji asli dipilih untuk saiz, kekuatan, dan stamina, tetapi anjing moden dibiakbakakan untuk kelajuan dan daya ketahanan.[12][17] Kebanyakan anjing kereta luncur salji berukuran seberat sekitar 25 kilogram (55 lb),[31] tetapi dapat berukuran seringan 16 kilogram (35 lb), dan dapat mencecah 32 kilogram (71 lb).[17] Anjing kereta luncur salji mempunyai gaya jalan sangat cekap,[31] dan "musher berusaha untuk mendapatkan pasukan anjing cukup seimbang yang memadani semua anjing untuk kedua-dua saiz (hampir-hampir sama) dan gaya jalan (kelajuan jalan, ligasan, atau larian anjing serta 'kelajuan peralihan', iaitu apabila anjing beralih daripada satu gaya jalan kepada yang gaya jalan lain) supaya seluruh pasukan anjing bergerak dengan cara serupa yang meningkatkan kecekapan pasukan keseluruhan."[17] Ia dapat berlari sehingga selaju 45 kilometer per jam (28 mph).[32] Oleh sebab itu, anjing kereta luncur salji mempunyai kaki renang sangat tahan lasak dengan jari kaki rapat.[17] Kaki renangnya bertindak sebagai kasut salji.[29]

Baka anjing kereta luncur salji biasanya dapat dibahagikan kepada subjenis lanjut:

  • anjing pecut, yang dibiakbakakan untuk menarik kereta luncur salji dengan cepat
  • anjing angkutan, yang dibiakbakakan untuk menarik berat besar
  • anjing jarak jauh, yang dibiakbakakan untuk mengharungi beratus-ratus malah beribu-ribu batu
  • anjing kereta luncur saji pelbagai guna orang asli, seperti laika Rusia yang menarik kereta luncur salji serta menggembala rusa kutub dan memburu buruan.[7]

Bulu anjing bergantung pada kegunaannya. Anjing angkutan patut mempunyai lapis bulu padat dan hangat untuk memerangkap haba[17] dan anjing pecut pulaa mempunyai lapis bulu pendek yang melepaskan haba.[2] Kebanyakan anjing kereta luncur salji mempunyai lapis bulu ganda, dengan lapis bulu luar yang menangkis salji dari tubuh dan lapis bulu dalam kalis air untuk penebatan.[32] Dalam cuaca panas, anjing mungkin mengalami masalah untuk mengawal atur suhu badan dan mungkin menjadi terlalu panas.[17] Ekornya berfungsi untuk melindungi hidung dan kaki daripada membeku apabila anjing melingkar untuk tidur.[29] Ia juga mempunyai susunan unik bagi pembuluh darah pada kaki untuk membantu melindunginya daripada luka beku.[29]

Selera makan ialah sebahagian besar daripada pemilihan anjing kereta luncur salji; anjing cerewet di luar denai mungkin menjadi lebih cerewet di denai.[17] Ia diberi makan diet tinggi lemak dan di denai mungkin memakan salmon berminyak atau mamalia laut berbluber.[29] Anjing kereta luncur salji juga tidak boleh menjadi terlebih agresif dengan anjing lain.[17] Ia juga memerlukan banyak senaman.[33]

Baka

Seekor chinook

Chinook

Chinook ialah baka anjing kereta luncur salji jarang yang dikembangkan di New Hampshire pada awal tahun 1900-an oleh Arthur Walden, seorang pengembara kerubut emas dan pemandu anjing, dan merupakan campuran mastif Inggeris, anjing Greenland, anjing gembala Jerman, dan anjing gembala Belgium.[34] Ia merupakan anjing negeri New Hampshire dan diiktiraf oleh American Kennel Club (AKC) dalam Kumpulan Kerja pada tahun 2013.[34] Ia diperihalkan sebagai anjing yang atletik dan "bertubuh keras" dengan "gaya jalan tanpa penat".[34] Warna lapis bulunya sentiasa kuning keperang-perangan, daripada warna madu pucat hingga keemasan kemerah-merahan.

Seekor anjing Eskimo Kanada

Anjing Eskimo Kanada

Anjing Eskimo Kanada atau anjing Inuit Kanada, yang juga dikenali sebagai husky Eskimo, anjing Eskimo, dan qimmiq (perkataan bahasa Inuit untuk "anjing"), berasal daripada anjing kereta luncur salji orang asli yang digunakan oleh orang Thule di Kanada Artik.[35] Baka sebagaimana yang wujud kini terutamanya dikembangkan melalui usaha pemerintah Kanada.[35] Ia mampu menarik muatan seberat 45–80 kilogram (99–176 lb) setiap anjing di sepanjang jarak 24–113 kilometer (15–70 bt).[35] Anjing Eskimo Kanada juga digunakan sebagai anjing pemburu, yang membantu para pemburu Inuit untuk menangkap anjing laut, muskox, dan beruang kutub.[35] Pada 1 Mei 2000, wilayah Nunavut di Kanada secara rasmi mengangkat "anjing Inuit Kanada" sebagai lambang haiwan bagi wilayah itu.[36] Ia dianggap secara genetik sebagai baka sama dengan anjing Greenland, kerana penyelidikan menunjukkan bahawa kedua-duanya masih belum cukup mencapah secara genetik untuk dianggap sebagai baka berasingan.[37]

Eurohound

Eurohound

Eurohound ialah sejenis anjing yang dibiakbakakan untuk perlumbaan anjing kereta luncur salji gaya pecut. Eurohound biasanya dibiakbakakan secara bersilang daripada kumpulan husky Alaska dan mana-mana baka daripada sebilang baka anjing penuding.[38]

Seekor anjing Greenland

Anjing Greenland

Anjing Greenland ialah anjing berat dengan daya ketahanan tinggi tetapi kurang kelajuan.[2] Ia kerap digunakan oleh orang yang menawarkan pengembaraan kereta luncur salji anjing dan ekspedisi panjang.[2] Setakat tahun 2016, terdapat kira-kira 15,000 ekor anjing Greenland yang tinggal di Greenland, tetapi beberapa dekad lalu, angka itu jauh lebih tinggi dan projek telah dimulakan untuk memastikan kemandirian baka ini.[9] Di banyak rantau di utara Bulatan Artik di Greenland, ia merupakan cara pengangkutan utama pada musim sejuk.[8][39] Kebanyakan pemburu di Greenland lebih memilih pasukan kereta luncur salji anjing berbanding dengan kereta salji, kerana pasukan kereta luncur salji anjing lebih dipercayai.[39] Ia dianggap secara genetik sebagai baka sama dengan anjing Eskimo Kanada, kerana penyelidikan menunjukkan bahawa kedua-duanya masih belum cukup mencapah secara genetik untuk dianggap sebagai baka berasingan.[37]

Greyster yang sedang ber-scooterjoring

Greyster

Greyster ialah sejenis anjing kereta luncur salji yang dibiakbakakan untuk perlumbaan anjing kereta luncur salji, terutamanya sukan tanah kering seperti canicross dan bikejoring.[19] Greyster dibiakbakakan secara bersilang daripada grehaun Inggeris dan anjing penuding berbulu pendek Jerman.[40]

Seekor husky Alaska

Husky Alaska

Anjing yang paling lazim digunakan dalam perlumbaan kereta luncur salji anjing,[31] iaitu husky Alaska, ialah anjing baka kacuk[12] yang dibiakbakakan khusus untuk prestasinya sebagai anjing kereta luncur salji.[2] Terdapat dua keragaman yang berbeza secara genetik bagi husky Alaska: kumpulan pecut dan kumpulan jarak jauh.[14] Malamut Alaska dan husky Siberia menyumbang secara genetik dengan paling banyak kepada kumpulan jarak jauh, semenara anjing penuding Inggeris dan saluki pula menyumbang dengan paling banyak kepada kumpulan pecut.[14] Anjing gembala Anatolia menyumbangkan etika kerja kuat kepada kedua-dua keragaman.[14] Terdapat banyak husky Alaska yang merupakan sebahagiannya diturunkan daripada grehaun Inggeris, yang meningkatkan kelajuan.[2]

Husky Labrador

Husky Labrador

Husky Labrador berasal dari bahagian Labrador di provinsi Newfoundland dan Labrador di Kanada. Baka ini barang kali tiba di kawasan ini dengan orang Inuit yang datang ke Kanada pada sekitar tahun 1300 M. Walaupun namanya sedemikian, husky Labrador tidak berkaitan dengan anjing pengutip Labrador, tetapi sebenarnya paling berkait rapat dengan anjing Eskimo Kanada. Terdapat anggaran 50–60 ekor husky Labrador di dunia.[41]

Husky Sakhalin awet, "Jiro", yang dipamerkan

Husky Sakhalin

Husky Sakhalin, yang juga dikenali sebagai anjing Karafuto, ialah satu baka anjing anjing kereta luncur salji yang dikembangkan di pulau Sakhalin. Husky Sakhalin dihargai kerana ketahanannya, perangai hebat, dan kebolehlatihan mudah, malah menjadi anjing pilihan yang digunakan oleh pihak tentera Soviet untuk menghela peralatan dalam keadaan teruk sebelum Perang Dunia Kedua.[7] Malangnya dengan kemunculan perjalanan berjentera, para pegawai Soviet membuat keputusan bahawa kos penyelenggaraan husky Sakhalin adalah membazir dan memusnahkan anjing ini, dengan hanya segelintir yang tinggal di Jepun yang terselamat.[7] Terdapat hampir-hampir 20 ekor husky Sakhalin yang tersisa di Pulau Sakhalin.[42]

Dua ekor husky Siberia yang memakai abah-abah

Husky Siberia

Husky Siberia, yang lebih kecil daripada malamut Alaska yang kelihatan serupa, lebih banyak menarik, paun demi paun, berbanding dengan malamut. Sebagai keturunan anjing kereta luncur salji yang dibiakbakakan dan digunakan oleh orang asli Chukchi di Siberia yang diimport ke Alaska pada awal tahun 1900-an, ia digunakan sebagai anjing pekerja dan anjing luncur kereta salji perlumbaan di Nome, Alaska sepanjang tahun 1910-an, dan kerap mendominasi All-Alaska Sweepstakes.[43] Ia kemudiannya dibiakbakakan secara meluas oleh musher rekreasi dan penggemar anjing pertunjukan di Amerika Syarikat dan di Kanada sebagai husky Siberia, selepas kepopularan yang diperoleh daripada pengangkutan serum ke Nome tahun 1925.[44] Husky Siberia berdiri setinggi 51–60 sentimeter (20–23.5 in), berukuran seberat 16–27 kilogram (35–60 lb) (16–23 kilogram (35–50 lb) untuk betina, 20–27 kilogram (45–60 lb) untuk jantan),[45] dan telah dibiakbakakan secara terpilih untuk kedua-dua penampilan dan keupayaan penarikan.[2] Ia masih digunakan dengan kerap kini sebagai anjing kereta luncur salji oleh para musher kompetitif, rekreasi, dan pemandu pelancong.[46]

Seekor husky Sungai Mackenzie

Husky Sungai Mackenzie

Istilah husky Sungai Mackenzie memerihalkan beberapa populasi tempatan bertindihan bagi anjing jenis anjing kereta luncur salji Artik dan sub-Artik, yang tiada salah satu pun daripadanya membentuk baka. Anjing dari Yukon disilangkan dengan baka besar Eropah seperti anjing Santo Bernard dan anjing Newfoundland untuk mewujudkan anjing pengangkut berkuasa yang mampu bertahan dalam keadaan keras Artik.[47]

Laika Yakutia

Laika Yakutia

Laika Yakutia ialah baka anjing pekerja purba yang berasal dari pesisir laut Artik di Republik Sakha (Yakutia). Dari segi fungsi, laika Yakutia ialah laika kereta luncur salji, yang dapat menggembala, berburu, serta menghela angkutan. Laika Yakutia diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI)[48] dan Khidmat Ternakan Asasi AKC.[49] Laika Yakutia ialah anjing kuat dan padat bersaiz sederhana dengan otot berkuasa dan lapis bulu ganda tebal untuk mengatasi suhu pahit Artik.[50] Ia merupakan anjing pilihan penjelajah kutub Rusia Georgy Ushakov, yang menghargainya kerana ketahanan dan keserbagunaannya kerana dapat memburu anjing laut dan beruang kutub serta menghela kereta luncur salji sejauh beribu-ribu batu.[7]

Seekor malamut Alaska

Malamut Alaska

Malamut Alaska ialah anjing angkutan besar dan kuat.[2] Ia berukuran seberat 36–54 kilogram (80–120 lb) dan mempunyai muka bulat dengan ciri lembut.[2] Anjing angkutan ialah kelas anjing yang merangkumi kedua-dua anjing pedigri dan anjing bukan pedigri.[2] Malamut Alaska dianggap sebagai salah satu baka pertama anjing bela jinak, yang berasal dari rantau Kotzebue Sound di Alaska.[51] Anjing ini terkenal kerana dada lebar, lapis bulu tebal, dan kaki keras.[2] Kelajuan mempunyai sedikit atau tidak mempunyai sebarang nilai untuk anjing ini - sebaliknya, tekanan adalah pada kekuatan penarikan.[2] Ia digunakan dalam ekspedisi dan perjalanan pengembaraan panjang dan untuk menghela muatan berat.[2] Malamut Alaska ialah anjing pilihan untuk kerja penghelaan dan pengutusan dalam Perang Dunia Kedua.[51]

Seekor anjing Samoyed

Anjing Samoyed

Anjing Samoyed ialah laika yang dikembangkan oleh orang Samoyed di Siberia, yang menggunakannya untuk menggembala rusa kutub dan berburu, di samping menghela kereta luncur salji.[52] Anjing ini sangat dihargai, dan orang yang memilikinya sangat bergantung padanya untuk kemandirian, sehingga anjing ini diizinkan untuk tidur di dalam khemah bersama dengan pemiliknya.[52] Anjing Samoyed berukuran seberat kira-kira 20–29 kilogram (45–65 lb) untuk jantan dan 16–23 kilogram (35–50 lb) untuk betina dan berdiri setinggi 48–60 sentimeter (19–23.5 in) pada paras bahu.[52]

Anjing tarikan Chukotka pada awal abad ke-20

Anjing tarikan Chukotka

Anjing tarikan Chukotka ialah baka anjing spits asli yang berasal daripada orang Chukchi di Rusia. Pasukan anjing tarikan Chukotka telah digunakan sejak zaman prasejarah untuk menarik kereta luncur salji dalam keadaan mencabar, seperti pemburuan mamalia laut di atas air batu sarah lautan. Anjing tarikan Chukotka paling terkenal sebagai leluhur kepada husky Siberia.[53]

Anjing tarikan Kamchatka

Anjing tarikan Kamchatka ialah baka tempatan laika kereta luncur salji jarang yang dikembangkan oleh orang Itelmen dan orang Koryak di Kamchatka, Rusia.[54][55][56] Buat masa ini, terdapat usaha berlangsung untuk menghidupkan baka ini semula.[57]

Baka lain

Banyak baka anjing bukan kereta luncur salji telah digunakan sebagai anjing kereta luncur salji. Pudel,[58] seter Ireland,[2] anjing penuding berbulu pendek Jerman,[2] anjing pengutip Labrador, anjing pengutip keemasan,[2] anjing Newfoundland,[15] cau-cau, dan anjing Santo Bernard[15] kesemuanya telah digunakan untuk menarik kereta luncur salji pada masa lalu.

Kejuaraan Dunia

FSS mengadakan Kejohanan Dunia pertama di Saint Moritz, Switzerland pada tahun 1990 dengan kelas hanya dalam Pecutan Kereta Luncur Salji (10 Anjing, 8 Anjing, dan 6 Anjing) dan Pulka Anjing Ski untuk lelaki dan perempuan. 113 orang pesaing tiba di pelongsor permulaan untuk menandakan peristiwa penting itu. Pada mulanya, Kejohanan Dunia diadakan setiap tahun, tetapi selepas acara tahun 1995, keputusan dibuat untuk mengadakannya setiap dua tahun, yang memudahkan proses pembidaan dan memberi pertubuhan tuan rumah lebih banyak masa untuk persediaan.[59]

Anjing kereta luncur salji terkenal

Gunnar Kaasen dengan Balto

Balto

Balto ialah anjing pemimpin bagi pasukan anjing kereta luncur salji yang membawa serum difteria pada peringkat terakhir larian berganti ke Nome semasa wabak difteria tahun 1925.[60] Ia dipandu oleh musher Gunnar Kaasen, yang bekerja untuk Leonhard Seppala.[60] Seppala juga telah membiakbakakan Balto.[60]

Pada tahun 1925, 10 bulan selepas Balto menamatkan lariannya,[61] sebuah patung gangsa didirikan sebagai penghormatan kepadanya di Central Park dekat dengan Zoo Kanak-kanak Tisch.[62] Patung itu diukir oleh Frederick George Richard Roth.[62] Kanak-kanak kerap memanjat patung itu untuk berpura-pura menunggang anjing itu.[62] Plak di dasar patung itu berbunyi "Ketahanan · Kesetiaan · Kecerdasan".[62] Mayat Balto diawet selepas kematiannya pada tahun 1933 dan sedang dipamerkan di Muzium Sejarah Semula Jadi Cleveland.[60]

Pada tahun 1995, sebuah filem animasi Universal Pictures yang berdasarkannya, Balto, dikeluarkan.[60]

Togo

Togo ialah anjing kereta luncur salji pemimpin bagi Leonhard Seppala dan pasukan kereta luncur salji anjing beliau dalam pengangkutan serum ke Nome tahun 1925 merentasi Alaska tengah dan utara. Seppala menganggap Togo sebagai anjing kereta luncur salji terhebat dan anjing pemimpin bagi kerjaya beliau dan bagi zaman itu di Alaska, dengan menyatakan pada tahun 1960: "Saya tidak pernah mempunyai anjing lebih baik daripada Togo. Stamina, kesetiaan, dan kecerdasannya tidak dapat ditambah baik. Togo ialah anjing terbaik yang pernah melalui denai Alaska."[63]

Katy Steinmetz dalam Majalah Time menamakan Togo sebagai haiwan paling heroik sepanjang zaman, dengan menulis bahawa "anjing yang kerap mendapat penghargaan kerana akhirnya menyelamatkan pekan itu ialah Balto, tetapi ia hanya kebetulan melalui peringkat terakhir sejauh 55 batu dalam perlumbaan. Anjing kereta luncur salji yang melakukan bahagian besar dalam kerja itu ialah Togo. Perjalanannya, yang penuh dengan ribut putih buta, ialah yang terpanjang sejauh 200 batu dan termasuk lintasan merentasi Norton Sound yang berbahaya — di sana ia menyelamatkan pasukan dan pemandunya dalam renangan berani melalui flo ais."[64]

Togo kemudian terus menjadi salah seekor anjing asasi untuk susur galur anjing kereta luncur salji Siberia dan akhirnya termasuk baka berdaftar husky Siberia.[65]

Pada tahun 2019, Walt Disney Pictures mengeluarkan Togo, sebuah filem yang membintangkan Willelm Dafoe sebagai Leonard Seppala.[66]

Taro dan Jiro

Pada tahun 1958, ekspedisi penyelidikan malang Jepun ke Antartika membuat pemindahan kecemasan, lalu meninggalkan 15 ekor anjing kereta luncur salji. Para penyelidik percaya bahawa pasukan bantuan bakal tiba dalam masa beberapa hari, jadi mereka meninggalkan anjing-anjing itu dalam keadaan berantai di luar dengan sedikit bekalan makanan; walau bagaimanapun, cuaca berubah menjadi buruk dan pasukan itu tidak pernah sampai ke kota kara itu. Setahun kemudian, ekspedisi baharu tiba dan mendapati dua ekor daripada 15 ekor anjing itu, Taro dan Jiro, telah terselamat.[67] Baka ini menjadi semakin popular menjelang pengeluaran filem tahun 1983 Nankyoku Monogatari. Filem kedua dari tahun 2006, Eight Below, menyediakan versi fiksyen bagi kejadian itu, tetapi tidak merujuk baka. Sebaliknya, filem ini hanya menampilkan lapan ekor anjing: dua ekor malamut Alaska dan enam ekor husky Siberia.[68]

Anjing lain

Anna ialah seekor anjing kereta luncur salji kecil yang berlari dalam pasukan Pam Flower semasa ekspedisi beliau untuk menjadi wanita pertama yang menyeberangi Artik bersendirian.[69] Ia terkenal sebagai anjing terkecil yang berlari dalam pasukan itu dan sebuah buku bergambar diwujudkan tentang perjalanannya di Artik.[69]

Terdapat banyak cerita tentang anjing kereta luncur salji buta yang terus berlari, sama ada bersendirian atau dengan bantuan daripada anjing lain dalam pasukan.[32][70]

Lihat juga

  • Anjing tarikan
  • Manhauling
  • Perlumbaan anjing kereta luncur salji dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 1932
  • Senarai perlumbaan anjing kereta luncur salji

Rujukan

  1. ^ Pitul'ko, Vladimir; Makeyev, Vjatcheslav (Januari 1991). "Ancient Arctic hunters". Nature (dalam bahasa Inggeris). 349 (6308): 374. Bibcode:1991Natur.349..374P. doi:10.1038/349374a0. ISSN 1476-4687. S2CID 5177152.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Cary, Bob (2009). Born to Pull: The Glory of Sled Dogs (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Gail De Marcken. Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat: U of Minnesota Press. m/s. 7–11. ISBN 978-0816667734. sled dogs.
  3. ^ Bogoslovskaya, L. S. "Journal of the Inuit Sled Dog International". thefanhitch.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  4. ^ Pitulko, Vladimir V.; Kasparov, Aleksey K. (2017). "Archaeological dogs from the Early Holocene Zhokhov site in the Eastern Siberian Arctic". Journal of Archaeological Science: Reports (dalam bahasa Inggeris). 13: 491–515. Bibcode:2017JArSR..13..491P. doi:10.1016/j.jasrep.2017.04.003.
  5. ^ Pitul'ko, Vladimir V., dan Aleksey K. Kasparov. “Ancient Arctic Hunters: Material Culture and Survival Strategy” (Inggeris). Arctic Anthropology, jil. 33, bil. 1, 1996, hlm. 1–36. JSTOR, www.jstor.org/stable/40316394. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  6. ^ "ЯКУТСКАЯ ЛАЙКА" [Laika Yakutia] (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ a b c d e RBTH, special to (1 Mac 2017). "Nordic spirit: Sled dogs of the Siberian North and the Far East". www.rbth.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  8. ^ a b "Hold af slædehunde" (dalam bahasa Denmark). Sullissivik. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  9. ^ a b "Antallet af grønlandske slædehunde er halveret: Her er redningsplanen" (dalam bahasa Denmark). Videnskab.dk. 25 Julai 2017. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  10. ^ Marquard-Petersen, Ulf (2011). "Invasion of eastern Greenland by the high arctic wolf Canis lupus arctos". Wildlife Biology (dalam bahasa Inggeris). 17 (4): 383–388. doi:10.2981/11-032. S2CID 84355723. Catatan: Angka-angka ini adalah pada masa lalu kerana ini ialah zaman minat untuk penyelidikan serigala yang dijalankan.
  11. ^ Ameen, Carly; Feuerborn, Tatiana R.; Brown, Sarah K.; Linderholm, Anna; Hulme-Beaman, Ardern; Lebrasseur, Ophélie; Sinding, Mikkel-Holger S.; Lounsberry, Zachary T.; Lin, Audrey T.; Appelt, Martin; Bachmann, Lutz; Betts, Matthew; Britton, Kate; Darwent, John; Dietz, Rune; Fredholm, Merete; Gopalakrishnan, Shyam; Goriunova, Olga I.; Grønnow, Bjarne; Haile, James; Hallsson, Jón Hallsteinn; Harrison, Ramona; Heide-Jørgensen, Mads Peter; Knecht, Rick; Losey, Robert J.; Masson-Maclean, Edouard; McGovern, Thomas H.; McManus-Fry, Ellen; Meldgaard, Morten; dll. (2019). "Specialized sledge dogs accompanied Inuit dispersal across the North American Arctic". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). 286 (1916): 20191929. doi:10.1098/rspb.2019.1929. PMC 6939252. PMID 31771471.
  12. ^ a b c d e f g h i j "Sled Dogs in the North". Yukon Quest Sled Dogs (dalam bahasa Inggeris). Yukon Quest. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  13. ^ Martin, Elizabeth Libbie (2012). Yukon Quest Sled Dog Race (dalam bahasa Inggeris). Mount Pleasant, Carolina Selatan, Amerika Syarikat: Arcadia Publishing. m/s. 11. ISBN 978-0738596273.
  14. ^ a b c d Huson, Heather J; Parker, Heidi G; Runstadler, Jonathan; Ostrander, Elaine A (Julai 2010). "A genetic dissection of breed composition and performance enhancement in the Alaskan sled dog". BMC Genetics (dalam bahasa Inggeris). 11: 71. doi:10.1186/1471-2156-11-71. PMC 2920855. PMID 20649949.
  15. ^ a b c d e f g h i j Hegener, Helen (2 Jun 2011). "Dogsled mail in Alaska" (dalam bahasa Inggeris). Alaska Dispatch. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  16. ^ a b c d e f g h i j k l Young, Ian (2002). The Iditarod: Story of the Last Great Race (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Timothy V. Rasinski. Capstone Classroom. m/s. 5–13. ISBN 073689523X.
  17. ^ a b c d e f g h i "The Modern Sled Dog". Yukon Quest Sled Dogs (dalam bahasa Inggeris). Yukon Quest. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  18. ^ "The Sledge Dogs of the North". Outing: Sport, Adventure, Travel, Fiction (dalam bahasa Inggeris). W. B. Holland. 1901. m/s. 130–137. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  19. ^ a b c d e Rune Waaler (April 2019). Dog Sledding in Norway: Multidisciplinary Research Perspectives (dalam bahasa Inggeris). LIT Verlag Münster. m/s. 33–. ISBN 978-3-643-91097-4.
  20. ^ Benito, Mila; Boutigny, Laure (11 September 2020). "Cardiovascular Clinical Assessment in Greyster Dogs in Bikejöring Training". Animals (dalam bahasa Inggeris). 10 (9): 1635. doi:10.3390/ani10091635. ISSN 2076-2615. PMC 7552292. PMID 32932929.
  21. ^ Waaler, Rune (Januari 2019). Dog Sledding in Norway: Multidisciplinary Research Perspectives (dalam bahasa Inggeris). LIT Verlag Münster. m/s. 28–40. ISBN 978-3-643-91097-4.
  22. ^ Näkkäläjärvi, Klemetti, Juntunen, Suvi, dan Jaakkola, Jouni J.K. SAAMI – Saamelaisten sopeutuminen ilmastonmuutokseen hankkeen tieteellinen loppuraportti ("Laporan saintifik akhir bagi projek SAAMI – Adaptasi orang Saami terhadap perubahan iklim") (Finland). Valtioneuvoston selvitys ja tutkimustoiminnan julkaisusarja 2020:25. Pejabat Perdana Menteri. ISBN 978-952-287-930-1 (PDF)
  23. ^ Ethical Guidelines for Sámi Tourism (Inggeris). Parlimen Sámi (Finland).
  24. ^ Principles for Responsible and Ethically Sustainable Sámi Tourism (Inggeris). (PDF). Parlimen Sámi (Finland).
  25. ^ a b c d e Lew Freedman; DeeDee Jonrowe (1995). "Introduction". Iditarod Dreams: A Year in the Life of Alaskan Sled Dog Racer DeeDee Jonrowe (dalam bahasa Inggeris). Epicenter Press. m/s. 11–15. ISBN 978-0-945397-29-8. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  26. ^ a b Lew Freedman; DeeDee Jonrowe (1995). "The Race Is On". Iditarod Dreams: A Year in the Life of Alaskan Sled Dog Racer DeeDee Jonrowe (dalam bahasa Inggeris). Epicenter Press. m/s. 25–33. ISBN 978-0-945397-29-8. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  27. ^ Lew Freedman; DeeDee Jonrowe (1995). "The Starting Line". Iditarod Dreams: A Year in the Life of Alaskan Sled Dog Racer DeeDee Jonrowe (dalam bahasa Inggeris). Epicenter Press. m/s. 17–23. ISBN 978-0-945397-29-8. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  28. ^ Janet Woolum (1998). "Susan Butcher (dog-sled racer)". Outstanding Women Athletes: Who They Are and How They Influenced Sports in America (dalam bahasa Inggeris). Greenwood Publishing Group. m/s. 94–96. ISBN 978-1-57356-120-4. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  29. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z William J. Mills (2003). Exploring Polar Frontiers: A Historical Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 189–192. ISBN 978-1-57607-422-0. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  30. ^ Douglas Mawson. "The Home of the Blizzard" (dalam bahasa Inggeris).
  31. ^ a b c "Sled Dogs: An Alaskan Epic" (dalam bahasa Inggeris). PBS. November 1999. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  32. ^ a b c Person, Stephen (2011). Sled Dogs: Powerful Miracle (dalam bahasa Inggeris). Bearport Publishing. m/s. 4–10. ISBN 978-1617721342. sled dogs.
  33. ^ "Humans and dogs have been sledding together for nearly 10,000 years". National Geographic Society (dalam bahasa Inggeris). 25 Jun 2020.
  34. ^ a b c "AKC Recognizes Two New Breeds for 2013" (dalam bahasa Inggeris). Dog Channel. 20 Februari 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  35. ^ a b c d "Canadian Eskimo Dog" (dalam bahasa Inggeris). New Zealand Kennel Club. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  36. ^ "Legislative assembly of Nunavut: The Canadian Inuit Dog (CANIS FAMILIARIS BOREALIS) - Official Animal of Nunavut" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2021. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  37. ^ a b Hanne, Friis Andersen (2005). Population genetic analysis of the Greenland dog and Canadian inuit [sic] dog : is it the same breed? (dalam bahasa Inggeris). Universiti Veterinar dan Pertanian Diraja, Jabatan Sains Haiwan dan Kesihatan Haiwan, Bahagian Genetik Haiwan. OCLC 476638737.
  38. ^ Templeman, James; Mai, Susan; Cargo-Froom, Cara; Shoveller, Anna-Kate (13 Januari 2018). "Assessment of Current Musher Practices across the Sled Dog Industry with an Emphasis on Nutritional Programs Implemented". American Journal of Animal and Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). 13: 16–26. doi:10.3844/ajavsp.2018.16.26 – melalui researchgate.com.
  39. ^ a b Human Planet – Arctic: Greenland sled dogs (Video) (dalam bahasa Inggeris). ABC1. 10 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2021.
  40. ^ Snyder, Paul (30 November 2017). "Canicross Pulls Runners To Unprecedented Paces". runnersworld.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  41. ^ Hoyles, Samantha (Disember 1997). "The Great Labrador Husky". Inside Labrador (dalam bahasa Inggeris): 60–64.
  42. ^ Пасюков, Пётр (8 Ogos 2020). "БЕЛЫЙ СОН" [Mimpi Putih]. ОСТРОВ 2049 (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  43. ^ Thomas, Bob (2015). Leonhard Seppala : the Siberian dog and the golden age of sleddog racing 1908-1941 (dalam bahasa Inggeris). Pat Thomas. Missoula, Montana, Amerika Syarikat: Pictorial Histories Publishing Company. ISBN 978-1-57510-170-5. OCLC 931927411.
  44. ^ "The Siberian Husky: A Brief History of the Breed in America". Siberian Husky Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  45. ^ "The Standard for Siberian Huskies". Siberian Husky Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  46. ^ "Do many Siberian Huskies run the Iditarod? If not, why? – Iditarod". iditarod.com (dalam bahasa Inggeris). 12 Oktober 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  47. ^ MacQuarrie, Gordon (Disember 1997). "Kenai, Dog of Alaska". The Gordon MacQuarrie Sporting Treasury (dalam bahasa Inggeris): 98–99.
  48. ^ "Yakutskaya Laika" (dalam bahasa Inggeris).
  49. ^ "Foundation Stock Service® Program Home" (dalam bahasa Inggeris).
  50. ^ http://yakutian-laika.com/sites/default/files/docs/yakutskaya_layka_standart_na_russkom_dlya_publikacii_na_sayte_rkf_26.09.2019.pdf [PDF URL kosong]
  51. ^ a b Betsy Sikora Siino (Januari 2007). Alaskan Malamutes (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 6–7. ISBN 978-0-7641-3676-4. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  52. ^ a b c "Get To Know The Samoyed". Meet The Breed (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  53. ^ Bogoslovskaya, L.S. (1 Mac 2010). "The Fan Hitch: Journal of the Inuit Sled Dog International". The Fan Hitch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  54. ^ Bogoslovskaya, L. S. (Mac 2010). "Sled Dogs Of Russia". The Fan Hitch (dalam bahasa Inggeris). 12 (2).
  55. ^ Панюхина, Елена (18 April 2016). "Камчатская ездовая лайка" [Laika Tarikan Kamchatka]. Egida (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  56. ^ "Primitive and Aboriginal Dog Society" (PDF). jagwindhund (dalam bahasa Inggeris). 2004. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  57. ^ "Kamchatka sled dog". zoovet (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  58. ^ Thornton, James S. (7 Mac 1988). "The Very Latest In Mushing: Poodle-powered Sleds" (dalam bahasa Inggeris). Sports Illustrated. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  59. ^ "History - International Federation of Sleddog Sports". www.sleddogsport.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  60. ^ a b c d e "Sled Dogs: An Alaskan Epic: Balto". Nature (dalam bahasa Inggeris). PBS. 21 November 1999. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  61. ^ "Balto". Things To See (dalam bahasa Inggeris). Central Park Conservancy. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  62. ^ a b c d "Balto". Attractions (dalam bahasa Inggeris). Central Park.Com. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  63. ^ "Togo (U.S. National Park Service)". Perkhidmatan Taman Negara (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  64. ^ Steinmetz, Katy (21 Mac 2011). "Top 10 Heroic Animals - TIME". Time (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0040-781X. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  65. ^ Thomas, Bob (2015). Leonhard Seppala : the Siberian dog and the golden age of sleddog racing 1908-1941 (dalam bahasa Inggeris). Pictorial Histories Publishing Company. ISBN 978-1-57510-170-5. OCLC 931927411.
  66. ^ "Watch Togo | Full movie | Disney+". Disney+ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  67. ^ "Sakhalin Husky dogs who survived in Antarctica for a year". Klinik Pediatrik Kami-Ube (dalam bahasa Inggeris). 29 Januari 2017. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  68. ^ "The Dogs in "Eight Below?" Not the Breed You Saw". National Purebred Dog Day (dalam bahasa Inggeris). 14 Februari 2017. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  69. ^ a b Pam Flowers; Ann Dixon (1 September 2003). Big-Enough Anna: The Little Sled Dog Who Braved The Arctic (dalam bahasa Inggeris). Graphic Arts Center Publishing Co. ISBN 978-0-88240-580-3. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  70. ^ "Gonzo, blind sled dog in New Hampshire, thrives in sled races with brother's help". New York Daily News (dalam bahasa Inggeris). The Associated Press. 25 Januari 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  • l
  • b
  • s
Tingkah laku
Kesihatan
Pelatihan
Jenis
Baka
Kerja
Interaksi
manusia–anjing
  • Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Anjing jenis spits
Anjing tarikan
Anjing pemburu
Anjing gembala
Baka Asia
Anjing teman
Baka pupus
Jenis: Husky, laika, tugou

Templat:Haiwan pekerja