Biarlah Rahsia

|- ! colspan="3" scope="col" | Senarai runut Transkripsi

|- | colspan="3" |

"Biarlah Rahsia"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Transkripsi
Dilancarkan pada22 Januari 2006
GenrePop
Panjang4:09
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Suria Records
PenulisMelly Goeslaw
Siti Nurhaliza
PenerbitAubrey Suwito
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Pendirianku"
(2005)"
"Biarlah Rahsia" ""Bisakah"
(2006)"
Sampel audio
noicon
Info (help·info)
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia (muzik video) di YouTube
Siti Situ Sana Sini
(Trek 1)
"Biarlah Rahsia"
(Trek 2)
“Destinasi Cinta”
(Trek 3)

sunting · sunting di Wikidata

Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Biarlah Rahsia"[1] ialah single pertama daripada album Transkripsi, dan merupakan lagu yang paling sensasi dan dikatakan ada kena mengena dengan hidup Siti Nurhaliza. Lagu ciptaan Melly Goeslaw ini juga telah menjadi juara beberapa carta di radio dan televisyen selama beberapa minggu. Lagu ini dimuatkan di dalam album Siti Nurhaliza yang bertajuk Transkripsi.

Lagu ini amat popular pada tahun 2006 dan dikaitkan dengan gembar-gembur akan cinta Siti Nurhaliza apabila lagu ini dikeluarkan ketika hangat diperkatakan bahawa Siti Nurhaliza bercinta dengan Datuk Khalid Muhammad Jiwa. Lagu tersebut diibaratkan sebagai jawapan kepada desas-desus tersebut iaitu menyarankan akan hal tersebut biarlah dirahsiakan. Lagu ini pertama kali diperdengarkan secara eksklusif secara langsung oleh Datuk Siti Nurhaliza ketika Anugerah Planet Muzik 2006 di Singapura.

Lagu ini mempunyai maksud yang mendalam dan amat umum kepada mereka yang berahsia. Lagu ini dikaitkan juga dengan Farhan ketika di Akademi Fantasia apabila pada minggu beliau ditugaskan membawakan lagu ini pada konsert mingguan kelima, lagu ini menyerlahkan lagi bahawa Farhan adalah orang yang berahsia. Hal tersebut diulangi oleh Siti Nurhaliza sendiri apabila beliau datang ke akademi itu.

Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Idayu pada Konsert Pre-Anugerah Era dengan menambah elemen whistle register ketika verse keduanya yang pada asalnya dinyanyikan menggunakan suara dada atau 'chest voice' oleh Siti Nurhaliza. Idayu juga mengimprovisasi melodi-melodi pada penghujung lagu tersebut dengan mengaplikasikan teknik 'messa de voce'. Julat vokal Siti di dalam lagu ini ialah G3 - E5.

Lagu ini telah menjadi lagu terbaik di dalam Anugerah Planet Muzik 2007 yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

Video muzik

Paparan klip video Biarlah Rahsia

Video muzik lagu ini diarahkan oleh Rizal Mantovani, seorang pengarah video muzik yang berkaliber dan sudah lama bekerja dengan Siti Nurhaliza untuk muzik video-muzik video beliau yang lain. Contohnya, Percayalah, Bukan Cinta Biasa. Dalam klip video ini, Siti Nurhaliza ditampilkan memakai gaun yang berwarna hitam sambil berjalan-jalan di sebuah rumah kayu yang amat cantik. Pada bahagian korus yang kedua terdapat sedikit sedutan Siti Nurhaliza sedang menulis lirik sambil memakai baju yang berwarna putih. Klip video itu serba oren dan terdapat beberapa petikan lirik lagu yang disiarkan seiring dengan klip video. Rizal juga menampilkan motif bunga di dalam klip video tersebut. Pengambaran video ini dilakukan di Indonesia.

Senarai runut

No.TajukPenerbitMasa
1."Biarlah Rahsia"Melly Goeslaw4:09


Kedudukan carta

Lagu ini telah menjadi kegilaan penduduk Malaysia. Ia telah menjadi juara Carta Era, Hot FM 30 dan banyak lagi. Lagu ini juga telah menjadi lagu keempat terhebat di dalam program 100 Terhebat@Era yang disiarkan pada 31 Disember 2006.

Carta mingguan

Carta (2006) Kedudukan carta
Carta ERA 1
Carta Hot FM 30 1
Carta KL FM 1
Carta Muzik FM 1

Carta tahunan

Carta (2006) Kedudukan carta
Carta 100 Terhebat@ERA 4

Tenaga kerja

Anugerah

Anugerah Planet Muzik 2007

  • Lagu Terbaik - Biarlah Rahsia

Rujukan

  1. ^ Mohammad Arif Nizam Abdullah (24 April 2006). Biarlah Rahsia kisah cinta Siti Nurhaliza Diarkibkan 2016-12-27 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 27 Disember 2015.

Pautan luar

  • Lirik lagu Biarlah Rahsia di Lirik Lagu Muzika.
  • l
  • b
  • s
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
Kolaborasi dan duet
  • "Mawarku"
  • "Tiga Malam"
  • "Gubahanku"
  • "Rindu Di Antara Kita"
  • "Hati Kama"
  • "Lenggang Lenggok"
  • "Pandang-pandang Jeling-jeling"
  • "Bergending Dang Gong"
  • "Bagaikan Sakti"
  • "Dua Dunia"
  • "Million Miles"
  • "Amarah"
  • "Jika Kau Tak Datang"
  • "Tanpamu"
  • "Muara Hati"
  • "Kau Ilhamku"
  • "Dirgahayu"
  • "Memories"
Lagu lain
  • "Kini Kau Di Sisi"
  • "Nikmat Terasa"
  • "Feel The Taste"
  • "Walinong Sari"
  • "Gelora Kasih"
  • "Dalam Taman Syahdu"
  • "Don't Put My Heart On Hold"
  • "We'll Be As One"
  • "Tetap Di Sini"
  • "Mohon Kasih"
  • "Mahligai Gading"
  • "Cahaya Cinta"ii
  • "Menanti Pasti" •
  • "Pada Cintanya"
  • "Astana Jiwa"
  • "Bulan Kedamaian"
  • "Rahsiaku Milikmu"
  • "Galau"
  • "Milikmu Selamanya"
  • "Hari Kemenangan"
  • "Comel Pipi Merah"
  • "Anakanda"
↑i Lagu "Hati" dikeluarkan sebagai single dari album runut bunyi filem 1957: Hati Malaya, kemudian diterapkan dalam album "Hadiah Daripada Hati".
↑ii Lagu "Cahaya Cinta" tiada dalam album Transkripsi, sebaliknya dikeluarkan sebagai single sempena majlis perkahwinan Siti.