Burung Puchong Kuak

Burung Puchong Kuak
frames

Pengelasan saintifik

Burung Puchong Kuak (bahasa Inggeris: Black-crowned Night-Heron) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Nycticorax nycticorax[1], [2].

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang dikenalpasti, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Taburan

Habitat pembiakan adalah kawasan paya air masin atau tawar seluduh dunia. Sub spesiesN. n. hoactli membiak di Amerika Utara dan Amerika Selatan dari Kanada sehingga ke selatan di Patagonia, dan jenis N. n. nycticorax di Eropah, Asia dan Afrika. Burung Puchong Kuak bersarang dalam koloni di pelantar ranting di atas pokok, di tanah di kawasan terlindung seperti pulau atau rumput reed. Ia bertelur sebanyak tiga hingga lapan biji.

Burung kuang ini adalah burung migrasi diluar kawasan tropika dalam julatnya yang besar, di mana ia merupakan penduduk kekal. Populasi Amerika Utara menghabiskan musim sejuk di Mexico, selatan Amerika Syarikat, Amerika Tengah, dan Indies Barat, dan burung Dunia Lama menghabiskan musim sejuk di Afrika tropika dan selatan Asia. Burung Puchong Kuak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.

Ciri-ciri

Burung Puchong Kuak adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Burung Puchong Kuak adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.

Burung muda menanti mandi di India.

Burung dewasa sepanjang 64 cm dan berat 800 g. Ia mempunyai kepala dan belakang hitam dengan bahagian lain bewarna putih atau kelabu, mata merah, dan kaki kuning pendek. Burung muda biasanya perang, tompok dengan putih atau kelabu. Ia merupakan kuang (heron) leher pendek dan tegap.

Jantung Burung Puchong Kuak terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai burung, Burung Puchong Kuak membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan

Burung Puchong Kuak merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan lesen pemburuan diperlukan untuk aktiviti pemburuan.

Burung ini berdiri kaku berhampiran gigi air dan bersedia untuk menyerang hendap mangsa, terutamanya waktu malam. Ia kebanyakannya memakan ikan kecil, krustasean, katak, serangga air, dan mamalia kecil. Semasa siang ia berehat di atas pokok atau semak. Jenis Dunia Baru lebih menarik di luar musim mengawan berbanding jenis terpilih (nominate).

Ia sering di dapati bersarang atau berehat dalam bandar di pokok teduhan di jalan sibuk.

Etymologi

Nama saintifiknya, Nycticorax, bererti "gagak malam", dan merujuk kepada tabiat spesies nocturnal dan panggilannya yang kasar seperti siulan gagak.

Galeri

  • Burung Puchong Kuak Kepala Hitam Nycticorax nycticorax di Kolkata, Bengal Barat, India.
    Burung Puchong Kuak Kepala Hitam Nycticorax nycticorax di Kolkata, Bengal Barat, India.
  • Burung Puchong Kuak muda terbang, Kolkata, Bengal Barat, India.
    Burung Puchong Kuak muda terbang, Kolkata, Bengal Barat, India.
  • Burung Puchong Kuak dengan pelepah dewasa, Kolkata, Bengal Barat, India.
    Burung Puchong Kuak dengan pelepah dewasa, Kolkata, Bengal Barat, India.
  • Burung Puchong Kuak muda dekat, Tasik Merritt, Oakland, USA.
    Burung Puchong Kuak muda dekat, Tasik Merritt, Oakland, USA.

Perlindungan

Burung Puchong Kuak merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [3]

Rujukan

  1. ^ AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 ), JADUAL 3, BURUNG-BURUNG LIAR YANG DIPERLINDUNGI SEPENUHNYA
  2. ^ (Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC Diarkibkan 2010-03-08 di Wayback Machine
  3. ^ "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-06-23.
  • "Nycticorax nycticorax". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)no identifier Database entry includes justification for why this species is of least concern
  • Black-crowned Night Heron on Animal Diversity Web
  • A guide to the birds of Costa Rica by Stiles and Skutch ISBN 0-8014-9600-4
  • Herons and Egrets of the World by James Hancock ISBN 0-12-322725-9
  • The Sibley Guide to Birds by David Allen Sibley ISBN 0-679-45122-6

Pautan luar

  • Image of juvenile
  • Cornell Lab of Ornithology - Black-crowned Night-Heron Information
  • USGS Patuxent Bird Identification InfoCenter - Black-crowned Night-Heron
  • South Dakota Birds and Birding - Black-crowned Night-Heron Information and Photos
  • eNature.com - Black-crowned Night-Heron Diarkibkan 2011-03-08 di Wayback Machine
  • Field Guide on Flickr
  • Carian Google.


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z