Chiba Lotte Marines

Chiba Lotte Marines
千葉ロッテマリーンズ
Fail:Chibalottemarineslogo.png
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaNippon Professional Baseball
Liga Pasifik (1950–kini)
LokasiMihama-ku, Chiba, Chiba, Jepun
StadiumZOZO Marine Stadium
Tahun penubuhan26 November 1949; 74 tahun yang lalu (1949-11-26)
Nama gelaranKamome (鴎, camar)
Pennant PL 5 (1950, 1960, 1970, 1974, 2005)
Kejuaraan Japan Series4 (1950, 1974, 2005, 2010)
Nama lama
  • Lotte Orions (1969–1991)
  • Tokyo Orions (1964–1968)
  • Mainichi Daiei Orions (1958–1963)
  • Mainichi Orions (1950–1957)
Stadium lama
  • Kawasaki Stadium (1978–1991)
  • Miyagi Stadium (1973–1977)
  • Tokyo Stadium (1962–1972)
  • Korakuen Stadium (1950–1962)
WarnaHitam, putih
         
MaskotMar-kun, Rine-chan, dan Zu-chan
Kemunculan playoff
  • 1974
  • 1977
  • 1980
  • 1981
  • 2005
  • 2007
  • 2010
  • 2013
  • 2015
  • 2016
  • 2020
  • 2021
Nombor tidak digunakan
  • 26
PemilikanKatsumi Kawai
PengurusanLotte Holdings
PengurusMasato Yoshii
Seragam
Fail:Chiba Lotte Marines Uniforms.png

Chiba Lotte Marines (千葉ロッテマリーンズcode: ja is deprecated , Chiba Rotte Marīnzu) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Chiba. Pasukan ini telah dimiliki oleh Lotte Holdings Co., Ltd. Pasukan Marines merupakan anggota pengasas Liga Pasifik pada 1950 ketika menggunakan nama Mainichi Orions. Sejak tahun 1992, gelanggang pasukan ini ialah ZOZO Marine Stadium yang terletak di Mihama Chiba yang memuatkan 30,118 orang.

Nama "Marines" berasal daripada nama stadium mereka beraksi yang secara rasminya dikenali sebagai Stadium Marine Chiba kerana stadium itu terletak di atas air.

Pasukan ini mula diasaskan pada 1950 sebagai Mainichi Orions. Kemudian pada 1958, mereka bertukar nama kepada Daimai Orions, Tokyo Orions pula pada tahun 1964, beralih kepada Lotte Orions pada 1969 dan akhirnya mengguna pakai nama Chiba Lotte Marines sejak 1992. Pasukan ini telah dinobatkan sebagai juara Liga Pasifik sebanyak enam kali (1950, 1960, 1970, 1974, 2005 dan 2010). Pada masa yang sama, mereka turut meraih empat kejuaraan Japan Series iaitu pada tahun 1950, 1974, 2005 dan 2010.

Sehingga tahun 2022, rekod pasukan ini sepanjang zaman ialah 4,733-4,701-394 (.501).[1]

Pemain

Bekas pemain ternama

  • Amerika Syarikat Benny Agbayani
  • Jepun Hiromitsu Ochiai
  • Cuba Alfredo Despaigne
  • Amerika Syarikat Mike Diaz
  • Republik Dominika Jose Fernández
  • Republik Dominika Julio Franco
  • Amerika Syarikat Matt Franco
  • Amerika Syarikat Mel Hall
  • Korea Selatan Isao Harimoto
  • Korea Selatan Baek In-chun
  • Amerika Syarikat Pete Incaviglia
  • Jepun Hideki Irabu
  • Jepun Kazuya Fukuura (bersara pada 2019)
  • Jepun Masaaki Kitaru
  • Jepun Kiyoshi Hatsushiba
  • Jepun Masahide Kobayashi
  • Jepun Tsuyoshi Nishioka
  • Jepun Satoru Komiyama (bersara pada 2009)
  • Amerika Syarikat Bill Madlock
  • Amerika Syarikat Leon Lee (bapa kepada Derrek Lee)
  • Amerika Syarikat Leron Lee (pak cik kepada Derrek Lee)
  • Jepun Choji Murata (tersenarai ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol Jepun pada 2005)
  • Amerika Syarikat Jim Lefebvre
  • Amerika Syarikat Darryl Motley
  • Amerika Syarikat Bill R.W. Murphy
  • Jepun Yuhei Nakaushiro
  • Taiwan Katsuo So
  • Jepun Kazuhiro Yamauchi
  • Jepun Akihito Igarashi
  • Jepun Michiyo Arito
  • Jepun Saburo (bersara pada 2016)
  • Jepun Tomohiro Kuroki (juga dikenali sebagai "Johnny Kuroki")
  • Jepun Katsuya Nomura
  • Jepun Tomoya Satozaki (bersara pada 2014)
  • Amerika Syarikat Dan Serafini
  • Korea Selatan Lee Seung-yuop
  • Jepun Naoyuki Shimizu (dijual ke Yokohama BayStars pada 2009)
  • Korea Selatan Kim Tae-kyun
  • Jepun Norifumi Nishimura
  • Jepun Shunsuke Watanabe
  • Panama Julio Zuleta
  • Amerika Syarikat Frank Bolick
  • Amerika Syarikat Derrick May
  • Amerika Syarikat Rick Short
  • Amerika Syarikat Brian Sikorski
  • Venezuela José Castillo
  • Taiwan Chen Kuan-yu
  • Taiwan Wei-Yin Chen
  • Mexico Luis Cruz
  • Jepun Toshihide Narimoto
  • Jepun Makoto Kosaka
  • Jepun Koichi Hori
  • Cuba Adeiny Hechavarria
  • Cuba Leonys Martín
  • Jepun Hiroyuki Yamazaki
  • Jepun Yukinaga Maeda
  • Jepun Kazuhiko Ushijima
  • Jepun Tadahito Iguchi
  • Jepun Hideaki Takazawa
  • Jepun Kihachi Enomoto
  • Amerika Syarikat Eric Hillman

Pemain MLB

Bersara
  • Hideki Irabu (1997–2002)
  • Masato Yoshii (1998–2002)
  • Satoru Komiyama (2002)
  • Tadahito Iguchi (2005–2008)
  • Masahide Kobayashi (2008–2009)
  • Tsuyoshi Nishioka (2011–2012)
  • Ryohei Tanaka (2009–2011)
  • Yasuhiko Yabuta (2008–2009)
  • Shunsuke Watanabe (2014)
  • Yuhei Nakaushiro (2016–2018)
  • Hirokazu Sawamura (2021–2022)

Nombor kehormat

Templat:Retired number list

  • 26 – Nombor ini tidak digunakan sebagai tanda menghargai para peminat Marines pada 2005. Ia telah diinsipirasikan daripada beberapa pasukan dalam sukan lain (seperti bola keranjang yang tidak menggunakan nombor "6" untuk "pemain ke-6"). Pasukan Tohoku Rakuten Golden Eagles juga tidak menggunakan No. 10 dalam hal yang sama. Pasukan MLB, Los Angeles Angels pula tidak menggunaka No. 26 untuk penubuhnya, Gene Autry.

Catatan

  1. ^ "千葉ロッテマリーンズ 年度別成績 (1950-2023)".

Pautan luar

  • Official website (dalam bahasa Jepun)
  • We Love Marines – English-language Marines fansite
  • l
  • b
  • s
Liga Pusat
Liga Pasifik
Postseason
Climax Series
Japan Series
Anugerah
Anugerah Eiji Sawamura
Pemain Terbaik
Pemain Kembali Terbaik
Rookie Terbaik
Anugerah Pemain Terbaik Japan Series
Anugerah Sembilan Terbaik
Golden Spirit Award
Anugerah Matsutaro Shoriki
  • l
  • b
  • s
Anak syarikat
Berkaitan
  • Lotte Holdings
    • Chiba Lotte Marines
  • Shin Kyuk-ho
  • Shin Dong-bin
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat
  • Jepun