Drew Fuller

Drew Fuller
Drew Fuller sebagai Trevor LeBlanc (Army Wives)
Kelahiran
Andrew Alan Fuller

(1980-05-19) 19 Mei 1980 (umur 44)

Andrew Alan Fuller (lahir Mei 19 1980), lebih dikenali sebagai Drew Fuller, adalah seorang pelakon Amerika dan bekas peragawan.

Biography

Kehidupan awal

Fuller dilahirkan di Atherton, California dan mempunyai seorang adik perempuan, Hilary. Beliau berketurunan Rusia, Scotland dan Inggeris.[1]Fuller ditampilkan oleh seorang ejen apabila beliau berumur 12 tahun selepas seorang kawan kepada keluarganya meletakkannya di muka hadapan Majalah UCLA. Selepas berkeputusan untuk menunggu selama beberapa tahun, Fuller memasuki dunia peragaan pada usia 16 tahun dan terus menjadi model utama untuk syarikat-syarikat seperti Prada, Club Med, and Tommy Hilfiger. Beliau juga berlakon dalam banyak iklan termasuk J.Crew, Subway, Toyota dan Pepsi bersama Britney Spears.

Kerjaya

Fuller dikenali dengan wataknya sebagai Chris Halliwell dalam Charmed dari musim 5-8. Dalam siri tersebut, Chris adalah anak lelaki kedua Piper (Holly Marie Combs) dan Leo (Brian Krause) dan merentasi masa untuk membantu keluarga sebelum kelahirannya untuk mengenal pasti syaitan yang mengubah abangnya.

Kehidupan peribadi

Dalam masa lapangnya, Fuller suka bermain bola keranjang, memanjat, meluncur air, meluncur salji dan tenis. Beliau sekarang tinggal di Los Angeles, California dengan kucingnya "The Chad". Beliau juga suka bermain piano.

Filemografi

  • The Ultimate Gift (2006, sebagai "Jason Stevens")
  • Final Contract: Death on Delivery (2005, sebagai "David")
  • Close Call (2003, sebagai "Sam")
  • Vampire Clan (2002, sebagai "Rod Ferell")
  • One (2001, sebagai "Cole")
  • Angels Don't Sleep Here (2000, sebagai "Teenage Jesse")
  • Voodoo Academy (2000, sebagai "Paul St. Clair")

Kewujudan TV

  • Charmed (Mei 21, 2006, bermain "Chris Perry Halliwell" dalam episod: "Forever Charmed" (episode # 8.22))
  • Charmed (Mei 7, 2006, bermain "Chris Perry Halliwell" (archive footage) dalam episod: "Gone with the Witches" (episod # 8.20))
  • Charmed (30 Januari 2005, bermain "Chris Perry Halliwell" (archive footage) dalam episod: "Charmageddon" (episode # 7.13))
  • Charmed (31 Oktober, 2004, bermain "Chris Perry Halliwell" dalam episod: "Someone to Witch Over Me" (episod # 7.07))
  • On-Air with Ryan Seacrest (2004, sebagai dirinya)
  • The Wayne Brady Show (2004, sebagai dirinya)
  • The Sharon Osbourne Show (2003, sebagai dirinya)
  • Charmed (September 28, 2003 - Mei 16, 2004, bermain "Chris Perry Halliwell", Musim Enam, kebiasaan)
  • Charmed (Mei 11, 2003, bermain "Chris Perry Halliwell" dalam episod: "Oh My Goddess, Part Two" (episod # 5.23))
  • Charmed (Mei 11, 2003, bermain "Chris Perry Halliwell" dalam episod: "Oh My Goddess, Part One" (episod # 5.22))
  • E! News Daily (dua kali dalam 2003, sebagai dirinya)
  • Good Food Live (2003, sebagai dirinya)
  • The O.C. (2003, bermain "Norland" dalam episod: "Pilot" (episode # 1.1))
  • Black Sash (2003, bermain "Nick Reed" dalam episod: "Date Night" (episod # 1.3), episod: "The Prodigal Son" (episode # 1.4) dan dalam episod: "Prime Suspect" (episode # 1.5))
  • Partners (1999, bermain "Tom" dalam episod: "My Sister, My Enemy" (episode # 1.3))

Vido Muzik

Nota kaki

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-14. Dicapai pada 2007-05-20.

Pautan luar