Halimun

Halimun
PengarahMuzammer Rahman
PenulisMuzammer Rahman
Dihasilkan olehMimi Azura Tajuddin
Dibintangi
  • Beto Kusyairy
  • Nabila Huda
  • Kodi Rasheed
Muzik olehAmylea Azizan
Syarikat
penerbitan
Azura Pictures
Tarikh tayangan
5 November 2022 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Halimun merupakan filem seram Malaysia 2022 yang bakal temui penonton di Astro First bermula 5 November 2022. Filem Halimun membariskan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis. Filem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan beliau juga merupakan penulis skrip, idea asal bagi Halimun.

Sinopsis

Halimun yang juga bermaksud “Kabus” mengisahkan tentang dugaan misteri yang dihadapi oleh Zahir (Beto Kusyairy) dan Laila (Nabila Huda) setelah 4 bulan mereka mendirikan rumah tangga. Oleh kerana masalah yang dihadapi berkaitan dengan hal ghaib, Zahir terpaksa meminta bantuan kawan lamanya – Adi (Kodi Rasheed), seorang pengkaji perubatan tradisional yang mempunyai kebolehan merawat perkara ghaib.

Pelakon

Pelakon utama

  • Beto Kusyairy sebagai Zahir
  • Nabila Huda sebagai Laila
  • Kodi Rasheed sebagai Adi
  • Chubb-E sebagai Ashif

Pelakon pembantu

  • Harun Hashim sebagai Dato' Ismail

Penampilan khas

  • Puteri Balqis sebagai Laila (9 tahun)
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Professor Sulaiman
  • Lim Mei Fen sebagai sebagai Cindy

Rujukan

Pautan luar