Inspektor Jeneral Bundeswehr

Inspektor Jeneral
Bundeswehr
Generalinspekteur der Bundeswehr
Bendera Inspektor Jeneral Bundeswehr
Penyandang
Jeneral Carsten Breuer
sejak 19 April 2018
Kementerian Pertahanan Persekutuan
StatusAktif
SingkatanGenInspBw
Lapor kepadaMenteri Pertahanan Persekutuan
Bidang kuasaJerman Edit the value on Wikidata
PeloporOberkommando der Wehrmacht
Dibentuk1 Jun 1957
Pemegang pertamaJeneral Adolf Heusinger
Timbalan/naib Timbalan Inspektor Jeneral Bundeswehr
Tapak webhttps://www.bmvg.de/en/organisation/the-chief-of-defence
Twitter: BundeswehrGI Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Inspektor Jeneral Tentera Persekutuan (Jerman: Generalinspekteur der Bundeswehr, GenInspBwcode: de is deprecated ), secara rasminya diterjemah sebagai Ketua Pertahanan, merupakan jawatan tertinggi tentera yang disandang oleh seorang pegawai bertauliah dalam Bundeswehr, iaitu angkatan tentera terkini negara Jerman.

Kesemua Inspektor Jeneral memegang pangkat Jeneral atau Laksamana (4 bintang), dan mereka mengepalai Führungsstab der Streitkräfte, iaitu Staf Pertahanan Jerman didalam Kementerian Pertahanan Persekutuan, dan adalah penasihat terus tentera kepada Menteri Pertahanan Persekutuan yang merupakan penyandang kuasa pemerintahan tertinggi (Jerman: Inhaber der Befehls- und Kommandogewaltcode: de is deprecated ).

Pegawai bawahan Inspektor Jeneral ialah para panglima perkhidmatan Bundeswehr, iaitu Inspektor Tentera Darat, Inspektor Tentera Udara, Inspektor Tentera Laut, dan para panglima Pasukan Bantuan Bersama dan Pasukan Perubatan Bersama.

Jawatan dan terjemahan

Manakala terjemahan rasmi jawatan ini termasuklah Ketua Turus Angkatan Tentera Persekutuan dan variasi-variasi istilah yang lain, istilah Jerman "Generalinspekteur" – "Inspektor Jeneral" – secara spesifiknya telah diwujudkan bagi mengelakkan istilah "Generalstabschef" ("Ketua Turus Am") yang dianggap kompromi sejarah. Apabila Bundeswehr telah ditubuhkan pada tahun 1955, banyak istilah tradisi tentera dianggap tidak sesuai selepas kelakuan Wehrmacht Jerman dalam Perang Dunia II. Dengan itu, Bundeswehr Jerman tidak ada "Staf Am", tetapi mempunyai "Staf Eksekutif" ("Führungsstab des Heeres"). Jawatan Inspektor Jeneral Bundeswehr adalah setaraf dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika, Ketua Turus Pertahanan British, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Pertahanan yang lain.

Lihat juga

  • Ketua Turus Pertahanan (Perancis) - Rakan sejawatan Perancis
  • Ketua Turus Am (Rusia) - Rakan sejawatan Rusia

Pautan luar

  • List of Chiefs of Staff, Bundeswehr with personal data and photo (Official website of the Bundeswehr)
  • l
  • b
  • s
Inspektor Jeneral Bundeswehr
  • Adolf Heusinger
  • Friedrich Foertsch
  • Heinrich Trettner
  • Ulrich de Maizière
  • Armin Zimmermann
  • Harald Wust
  • Jürgen Brandt
  • Wolfgang Altenburg
  • Dieter Wellershoff
  • Klaus Naumann
  • Hartmut Bagger
  • Hans-Peter von Kirchbach
  • Harald Kujat
  • Wolfgang Schneiderhan
  • Volker Wieker
  • Eberhard Zorn
  • Carsten Breuer
of Arms of the Inspector General of the Bundeswehr