Jahara Hamid

Datuk Jahara Hamid ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Telok Ayer Tawar selama lima penggal (1995-2018) dan mantan EXCO Pulau Pinang (1999-2008).

Dato'

Jahara Hamid
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Telok Ayer Tawar
Dalam jawatan
1995–2018
Didahului oleh Rokiah Bee Hassan
Digantikan oleh Mustafa Kamal Ahmad
Majoriti840 (PRU-13)
1,470 (PRU-12)
3,984 (PRU-11)
1,293 (PRU-10)
5,836 (PRU-9)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
1999–2008
Ketua Menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon
Butiran peribadi
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu


Beliau menjadi Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang. Tetapi tindakannya menyokong peralihan kuasa dari Tan Sri Rafidah Aziz kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibantah oleh Ketua Wanita UMNO Tanjong, Norjan Hamid ; Kepala Batas, Zabariah Wahab; Bukit Mertajam, Faridah Hussain; Permatang Pauh, Normala Abdul; Batu Kawan, Rohaya Ismail; Jelutong, Saripah Syed Mohd.; Bukit Gelugor, Norliza Abdul Rahim; Nibong Tebal, Sofiah Sharif; Bukit Bendera, Datin Haslinda Hashim dan Bagan, Jumahee Mohd.[1]

Pilihan raya

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Teluk Ayer Tawar dimenangi oleh Datuk Jahara Hamid dengan majoriti 1,293 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 , Datuk Jahara Hamid mendapat 7,181 undi, menewaskan Johari Kassim (Keadilan) yang mendapat 3,984 undi.

Pada 2008, Datuk Jahara Hamid (BN) mendapat 6,478 undi, menewaskan Norhayati Jaafar (PKR) yang mendapat 5,008. Jahara mendapat majoriti 140 undi.

Rujukan

  1. ^ "Wanita P. Pinang tolak pelan peralihan kuasa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2011-12-30.