Jenjang

Burung jenjang
Grus japonensis
Pengelasan saintifik
Alam:
Animalia
Filum:
Chordata
Kelas:
Aves
Order:
Gruiformes
Keluarga:
Gruidae

Vigors, 1825
Genus
  • Grus
  • Antigone
  • Balearica
  • Bugeranus

Burung jenjang (Jawi: ‏بوروڠ جنجڠ‏code: ms is deprecated ) adalah sejenis burung dalam keluarga Gruidae[1] bercirikan kaki dan leher panjang (yakni "jenjang"; Jawi: جنجڠcode: ms is deprecated )[2] dalam kumpulan Gruiformes. Terdapat 15 spesies burung ini dalam keluarga ini yang digolongkan ke dalam empat genus iaitu Antigone, Balearica, Leucogranus, dan Grus;[1] burung-burung ini mendiami tanah-tanah lembap atau berumput di hampir semua benua dunia kecuali Antartika dan Amerika Selatan. Ada spesies yang berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat lain dalam suatu jarak yang jauh pada setiap musim.[3]

Taksonomi

Nama keluarga Gruidae diberikan daripada genus Grus, nama genus tersebut datang daripada nama lama spesies Grus grus yang diberikan oleh Carl Linnaeus iaitu Ardea grus; nama spesies ini dijejak daripada perkataan grus dalam bahasa Latin yang bermaksud "burung jenjang".[4]

Rujukan

  1. ^ a b Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2023). "Flufftails, finfoots, rails, trumpeters, cranes, limpkin". World Bird List Version 13.2. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 30 September 2023.
  2. ^ "jenjang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Sundar, K.S. Gopi (2009). "Are Rice Paddies Suboptimal Breeding Habitat for Sarus Cranes in Uttar Pradesh, India?". The Condor. 111 (4): 611–623. doi:10.1525/cond.2009.080032.
  4. ^ Jobling, James A. (2010). Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, England, UK: Christopher Helm. m/s. 179. ISBN 978-1-4081-3326-2. OCLC 659731768.
  • l
  • b
  • s