Ketua Skuadron

Ketua Skuadron
Squadron Leader

Panji pemerintah Ketua Skuadron RAF Lencana bahu dan jalur lengan Ketua Skuadron
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Singkatan Sqn Ldr/SQNLDR
Diperkenalkan 1 April 1918
Persamaan
NATO
OF-3
Pangkat tinggi seterusnya Wing Komander

Pangkat rendah seterusnya

Flait Leftenan

Persamaan pangkat tentera laut Leftenan Komander (RN)
Persamaan pangkat tentera darat/marin Mejar (TD/RM)

Ketua Skuadron (Squadron Leader atau Sqn Ldr dalam RAF dan PAF; SQNLDR dalam RAAF dan RNZAF; kadang kala S/L dalam semua cabang perkhidmatan) ialah pangkat pegawai bertauliah dalam Tentera Udara Diraja[1] dan tentera udara banyak negara yang mempunyai pengaruh sejarah British. Ketua Skuadron juga telah digunakan sebagai jawatan pemerintahan kavalri (UK) dan pangkat (Perancis) semenjak abad ke-19. Di Argentina ia digunakan sebagai jawatan pemerintahan oleh kedua-dua unit kavalri tentera darat dan unit penerbangan tentera udara.

Ia juga kadang kala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris.

Pangkat Ketua Skuadron tentera udara berada di atas Flait Leftenan dan berada dibawah Wing Komander.Ia mempunyai kod pangkat OF-3 NATO, dan setaraf dengan Leftenan Komander dalam Tentera Laut Diraja atau Mejar dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force, Women's Royal Air Force (hingga 1968) dan Princess Mary's Royal Air Force Nursing Service (hingga 1980) ialah "pegawai skuadron".

Pangkat Ketua Skuadron kavalri di Perancis juga sepadan dengan Mejar OF-3, dan jawatan ketua skuadron kavalri di UK secara umumnya juga bersepadan dengan pangkat ini.

Tentera darat

Di dalam Pengawal Peribadi Kavalri dan Kor Armor Diraja British, "ketua skuadron" ialah gelaran (bukan pangkat) yang selalu diberikan kepada komander sesebuah skuadron (kompeni) kenderaan tempur berperisai. Ketua skuadron biasanya berpangkat mejar, namun dalam Perang Dunia II jawatan tersebut kerap disandang oleh Kapten.

Lihat juga

Pautan luar

  • RAF Command Flags

Rujukan

  1. ^ "Ranks and Badges of the Royal Air Force". Royal Air Force. 2007. Dicapai pada 2007-12-01.
  • l
  • b
  • s
Pangkat pegawai bertauliah dalam Angkatan Tentera British
Kod pangkat NATO Pegawai pelatih OF-1 OF-2 OF-3 OF-4 OF-5 OF-6
*
OF-7
**
OF-8
***
OF-9
****
OF-10
*****
Tentera Laut Diraja O Cdt Mid SLt Lt Lt Cdr Cdr Capt Cdre RAdm VAdm Adm Adm of the Fleet
Marin Diraja O Cdt 2Lt Lt Capt Maj Lt Col Col Brig Maj-Gen Lt-Gen Gen Capt-Gen
Tentera Darat O Cdt 2Lt Lt Capt Maj Lt Col Col Brig Maj-Gen Lt-Gen Gen Fd Mshl
Tentera Udara Diraja Off Cdt / SO APO / Plt Off Fg Off Flt Lt Sqn Ldr Wg Cdr Gp Capt Air Cdre AVM Air Mshl Air Chf Mshl Mshl of the RAF
Senarai
  • laksamana muda
  • laksamana madya
  • laksamana
  • jeneral penuh Marin
  • jeneral penuh Tentera Darat British
  • ketua marsyal udara
  • jeneral wanita, bendera dan pegawai udara