Lim Yew Hock

Omar Lim Yew Hock
林有福
Fail:Lim Yew Hock.jpg
Ketua Menteri Singapura Kedua
Dalam jawatan
8 Jun 1956 – 3 Jun 1959
RajaRatu Elizabeth II
GabenorSir Robert Black (1955–1957)
Sir William Goode (1957–1959)
TimbalanAbdul Hamid bin Jumat
Didahului olehDavid Marshall
Digantikan olehLee Kuan Yew (sebagai Perdana Menteri)
Butiran peribadi
LahirLim Yew Hock
15 Oktober 1914
Singapura, Negeri-negeri Selat
Meninggal dunia30 November 1984(1984-11-30) (umur 70)
Jeddah, Arab Saudi
Parti politikParti Progresif (1947–1949)
Parti Buruh
Barisan Buruh (1955–1958)
Perikatan Rakyat Singapura (1958–1963)
Lim Yew Hock
Bahasa Cina林有福code: zh is deprecated
POJ Bahasa HokkienLîm Iú-hok
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinLín Yǒufú
Bahasa Min Selatan
POJ Bahasa HokkienLîm Iú-hok

Haji Omar Lim Yew Hock (15 Oktober 1914– 30 November 1984), lahir Lim Yew Hock (Bahasa Cina: 林有福code: zh is deprecated ; pinyin: Lín YǒufúPe̍h-ōe-jī: Lîm Iú-hok, Jawi: عمر ليم يو هوق), ialah seorang ahli politik Singapura dan Malaysia berketurunan Cina, yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Undangan dan Dewan Undangan dari tahun 1948 hingga tahun 1963, serta Ketua Menteri Singapura yang kedua dari tahun 1956 hingga tahun 1959.

Semasa mudanya, Lim bekerja sebagai kerani setelah memperoleh ijazah daripada Institusi Raffles. Berikutan berakhirnya Perang Dunia II, beliau menyertai pergerakan pekerja dan kemudian memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai Parti Progresif (PP) pada tahun 1947. Pada tahun 1949, beliau menjadi ahli Parti Buruh. Beliau menubuhkan Barisan Buruh (LF) bersama David Marshall. Perlembagaan Rendel dilaksanakan pada tahun 1955 disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil dan permintaan tinggi terhadap kemerdekaan di Singapura pascaperang. LF memenangi pilihan raya Majlis Undangan, dengan Marshall sebagai Ketua Menteri. Lim dilantik sebagai Menteri untuk Buruh dan Kebajikan, serta berkhidmat sebagai timbalannya semasa tempoh menjawatnya.

Walau bagaimanapun, setelah perbincangan dengan Kerajaan di London untuk pemerintahan sendiri gagal, Marshall letak jawatan sebagai Ketua Menteri lalu Lim mengambil alih. Untuk memperoleh kepercayaan British, Lim menumpaskan gerakan politik haluan kiri. Beliau memimpini led an all-party delegation to re-negotiate in talks for self-rule, eventually reaching an agreement dengan British untuk perlembagaan baru yang memberi pemerintahan sendiri dalaman pada tahun 1959. Walau bagaimanapun, Lim hilang sokongan majoriti orang Cina disebabkan oleh penindasannya terhadap prokomunis, terutamnya tindakan keras terhadap guru dan pelajar di sekolah Cina yang berhaluan kiri. Ini menjurus kepada meningkatnya sokongan untuk Parti Tindakan Rakyat (PETIR), kemudian pembangkang, pimpinan Lee Kuan Yew.

Perikatan Rakyat Singapura (SPA) Lim telah dikalahkan oleh PETIR di pilihan raya 1959, menyebabkan beliau berundur diri sebagai Ketua Menteri manakala Lee menggantikannya sebagai Perdana Menteri. Sejak itu, beliau kurang melibatkan diri dalam politik Singapura dan meninggalkan Majlis Undangan pada tahun 1963. Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia oleh kemudian Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman. Walau bagaimanpun, beliau keluar daripada politik Malaysia lebih awal disebabkan oleh kehilangannya pada tahun 1966 semasa tempoh menjawatnya. Lim memeluk agama Islam dan menjalani kehidupan tidak menonjolkan diri di Arab Saudi pada saki-baki kehidupannya.

Kehidupan peribadi

Lim mengahwini Chia Kim Neo pada tahun 1937. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan.[1] Setelah After melalui kehilangannya pada tahun 1966 dan peletakan jawatannya daripada Kerajaan Malaysia pada tahun 1968, perkahwinan Lim dengan Chia berpecah belah.[1] Apabila beliau memeluk agama Islam dan tinggal di Arab Saudi pada saki-baki hidupnya, beliau berkahwin semula dengan orang Cina Hajjah Hasnah Abdullah, pemeluk Islam juga. Kedua-duanya dikurniakan seorang anak perempuan dengan nama Hayati.[1]

Lampiran: Pengalaman hidup
  • Kerani Rendah, Imperial Chemical Industries
    (1934)
  • Kerani Rendah, Cold Storage; Kemudian dinaikkan pangkat Jurutrengkas dan Setiausaha Sulit; Bersara dengan menjual arang semasa kejatuhan Singapura
    (1934–1947)
  • Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Kerani dan Tadbir Singapura
    (1947–1950)
  • Ahli Parti Progresif Singapura
    (1947–1949)
  • Ahli tidak rasmi Majlis Undangan Singapura
    (April 1948 - April 1951)
  • Ahli Parti Buruh Singapura
    (Julai 1949 - Disember 1952)
  • Pengerusi Parti Buruh Singapura
    (Jun 1950 - Disember 1952)
  • Pengerusi Kesatuan Pekerja Kerani dan Tadbir Singapura
    (July 1950 – 1955)
  • Ahli Majlis Undangan Singapura untuk kawasan pilihan raya Keppel
    (April 1951 - April 1955)
  • Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Singapura
    (Mei 1951 – 1955)
  • Ahli Suruhanjaya Rendel
    (Julai 1953 - Februari 1954)
  • Ahli Barisan Buruh
    (April 1954 - November 1958)
  • Ahli Dewan Undangan Singapura untuk kawasan pilihan raya Havelock
    (April 1955 - June 1959)
  • Ahli Jemaah Menteri
    (April 1955 - Jun 1959)
  • Menteri untuk Buruh dan Kebajikan
    (April 1955 - Jun 1959)
  • Ketua Menteri Singapura
    (Jun 1956 - Jun 1959)
  • Pengerusi Barisan Buruh
    (Mac–November 1958)
  • Pengerusi Perikatan Rakyat Singapura
    (November 1958 - September 1963)
  • Menteri Singapura untuk Pendidikan
    (Mac–Jun 1959)
  • Ahli Dewan Undangan Singapura untuk kawasan pilihan raya Cairnhill
    (Jun 1959 - September 1963)
  • Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia
    (Januari 1964 - Julai 1966)
  • Timbalan Setiausaha (Tugas Khas), Kementerian Luar Negeri Malaysia
    (Ogos 1966 - Ogos 1968)

Senarai Menteri

  • Kerajaan Lim Yew Hock (7 Jun 1956 – 3 Jun 1959):[2]
    • Ketua Menteri dan Menteri untuk Buruh dan Kebajikan: Lim Yew Hock
    • Timbalan Ketua Menteri dan Menteri untuk Kerajaan Tempatan, Tanah dan Perumahan: Abdul Hamid bin Haji Jumat
    • Menteri untuk Perdaganga dan Industri: J. M. Jumabhoy
    • Menteri untuk Perhubungan dan Kerja: Francis Thomas
    • Menteri untuk Pendidikan: Chew Swee Kee
    • Menteri untuk Kesihatan: A. J. Braga
  • Perubahan
    • Februari 1959: Francis Thomas meletakkan jawatan dan diganti oleh M. P. D. Nair.[3]
    • Mac 1959: Chew Swee Kee meletakkan jawatan dan jawatan itu dipegang serentak oleh Lim.[4][5]

Karya

  • Reflections. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1986. ISBN 978-967-937-029-4

Darjah kebesaran

Darjah kebesaran asing

Ijazah kehormat

Gelaran

  • Lim Yew Hock (15 Oktober 1914 - Ogos 1958)
  • Tun Lim Yew Hock, SMN (Ogos 1958 - November 1968)
  • Lim Yew Hock (November 1968 – 1972)
  • Haji Omar Lim Yew Hock (1972–30 November 1984)

Nota

  • flagPortal Singapura
  • iconPortal Politik
  • Portal Biografi
  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama lau
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ss
  3. ^ "FRANCIS THOMAS RESIGNS" (1 Februari 1959)
  4. ^ "Chew Resigns" (4 March 1959)
  5. ^ "A busy day for Lim" (7 Mac 1959)
  6. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-12-23. Dicapai pada 2018-07-01.
  7. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama who01
  8. ^ "I knew it was coming says Yew Hock" (30 November 1968)
  9. ^ "Issue 42414", London Gazette, 18 Julai 1961, p.4.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "rmbsg" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "tan142" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Rujukan

Bahasa Inggeris

  • "MARSHALL NAMES HIS MEN", The Straits Times, 7 April 1955, p. 1.
  • "DOCKS BOSS SIGNS THE AGREEMENT", The Straits Times, 7 July 1955, p. 7.
  • "CITY COUNCIL WORKERS TO STRIKE", The Straits Times, 15 August 1955, p. 1.
  • "GOVT. ASK ILO AID ON LABOUR TROUBLES", The Straits Times, 31 August 1955, p. 5.
  • "Hotel strike inquiry", The Straits Times, 7 October 1955, p. 1.
  • "STC strike: Mr. Lim has a plan", The Straits Times, 28 December 1955, p. 1.
  • "THE NEW CABINET WITH SIR ROBERT", The Straits Times, 9 June 1956, p. 1.
  • "Assembly Debates Bust-the-Gangs Bill", The Straits Times, 14 August 1958, p. 2.
  • "The Peoples' Alliance", The Straits Times, 12 November 1958, p. 6.
  • "FRANCIS THOMAS RESIGNS", The Straits Times, 1 February 1959, p. 1.
  • "Chew Resigns", The Straits Times, 4 March 1959, p. 1.
  • "A busy day for Lim", The Straits Times, 7 March 1959, p. 1.
  • "'NO' TO NANYANG DEGREES", The Straits Times, 23 June 1959, p. 1.
  • "Tengku takes the pulse of Tun Lim Yew Hock", The Straits Times, 27 September 1961, p. 7.
  • Morais, J. Victor, penyunting (1965) [first edition published in 1956]. The Who's who in Malaysia (ed. 5).
  • "The Diplomat & the Samaritan", Time Magazine, 1 July 1966.
  • "Sandra: I'm ready to send a bundle of photos", The Straits Times, 24 August 1966, p. 11.
  • Morais, J. Victor, penyunting (1967) [first edition published in 1956]. The Who's who in Malaysia (ed. 6).
  • "TUN LIM: I HAVE QUIT FOREIGN MINISTRY", The Straits Times, 7 November 1968, p. 11.
  • "I knew it was coming says Yew Hock", The Straits Times, 30 November 1968, p. 1.
  • YEO, Kim-wah, Political Development of Singapore, 1945–1955. Singapore: Singapore University Press, 1973.
  • "Lim Yew Hock dies in Jeddah", The Straits Times, 1 December 1984, p. 1.
  • "Man who thumped the Reds", The Straits Times, 1 December 1984, p. 14.
  • Lim, Yew Hock, Reflections. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1986. ISBN 978-967-937-029-4
  • "1956 - Student Riots", Headlines, Lifelines, 1999.
  • Wong, Ting-hong, "State Formation, Hegemony, and Nanyang University in Singapore, 1953 to 1965", Formosan Education and Society, 1, 59–87, 2000, pp. 59–85.
  • Wong, Ting-hong, Hegemonies Compared: State Formation and Chinese School Politics in Postwar Singapore and Hong Kong. Great Britain: Routledge, 2002. ISBN 978-0-415-93313-1
  • Lau, Albert, "Lim Yew Hock", Oxford Dictionary of National Biography. Oxford University Press, 2004.
  • Mukunthan, Michael, "Lim Yew Hock", Singapore Infopedia. National Library Board Singapore, 2004.
  • Nor-Afidah, "Nanyang University", Singapore Infopedia. National Library Board Singapore, 2005.
  • "11 April 1957: Britain agrees to Singapore self-rule", BBC On This Day 1950–2005, 2005.
  • Tan, Guan Heng, 100 Inspiring Rafflesians: 1823–2003. New Jersey : World Scientific, 2008. ISBN 978-981-277-892-5
  • Lee, Edwin, Singapore: The Unexpected Nation. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2008. ISBN 978-981-230-797-2
  • Tan, Kevin, Marshall of Singapore. Institute of Southeast Asian Studies, 2008. ISBN 978-981-230-877-1
  • Trocki, Carl A., Paths Not Taken: Political Pluralism in Post-War Singapore. Singapore: NUS Press, 2008. ISBN 978-9971-69-378-7
  • Ng, Tze Lin Tania, "Rendel Commission", Singapore Infopedia. National Library Board Singapore, 2009.
  • Quah, Jon S. T., Public Administration Singapore-Style. UK: Emerald Group Publishing, 2010. ISBN 978-1-84950-925-1
  • "Singapore Legislative Assembly General Election - 1955", Singapore Infopedia. National Library Board Singapore, 2010.
  • Sutherland, Duncan, "Sir Robert Black", Singapore Infopedia, 25 June 2010.
  • Corfield, Justin, Historical Dictionary of Singapore. Singapore: Scarecrow Press, 2011.
  • "A Forgotten Past – The Curious Case of Lim Yew Hock", Remember Singapore, 13 November 2012.

Bahasa Cina

  • Lee, Kuan Yew, 李光耀40年政論選 [Lee Kuan Yew's Forty Years in Politics]. Taipei: Linking Publishing Company, 1994. ISBN 978-957-08-1182-7
  • Lee, Kuan Yew, 李光耀回憶錄—風雨獨立路 [Memoirs of Lee Kuan Yew: The Ups and Downs to Independence]. Beijing: Foreign Language Press, September 1998. ISBN 978-7-119-02255-0
  • "戰後馬來亞地區閩南人與華文教育之發展 [Hokkiens and the Development of Chinese Education in Post-war Malaya]", Xinjiapo Wenxian Guan (sginsight.com), 26 November 2006.
  • "林有福是李光耀的上馬石 [Lim Yew Hock, Source of Lee Kuan Yew's Rise in Power]", Xinjiapo Wenxian Guan (sginsight.com), 3 April 2008.
  • "南洋大學的歷史事略 [History of Nanyang University]", Nanyang University Alumni Leisure Website (nandazhan.com), 13 September 2012.

Pautan luar

Sumber perpustakaan
Tentang Lim Yew Hock
  • Sumber dalam perpustakaan anda
  • Sumber dalam perpustakaan lain
By Lim Yew Hock
  • Sumber dalam perpustakaan anda
  • Sumber dalam perpustakaan lain
  • Legislative Council election, 1951
  • Legislative Assembly election, 1955
  • Legislative Assembly election, 1959
Jawatan politik
Didahului oleh
David Marshall
Ketua Menteri Singapura ke-2
Jun 1956 - Jun 1959
Diikuti oleh:
Lee Kuan Yew
(sebagai Perdana Menteri)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek
  • Rangkaian Sosial dan Konteks Arkib