Mahayana

Mahayana (Sanskrit: महायानcode: sa is deprecated , mahāyāna "Perantara Besar") ialah satu daripada dua aliran utama agama Buddha, selain Theravada. Di kalangan para pengikutnya, "Mahayana" juga memaksudkan tahap motivasi atau kesedaran rohani yang berasaskan bodhicitta, iaitu cita-cita mulia untuk mencapai kesedaran (makrifat ) bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan juga demi kesejahteraan segala makhluk berperasaan. Meskipun pergerakan Mahayana dikatakan berasal dari ajaran Gautama Buddha, namun sesetengah ilmuwan percaya asalnya adalah di India pada abad pertama Masihi,[1][2] tidak pun abad pertama SM.[3][4] Mereka percaya bahawa Mahayana mencapai arus perdana di India pada abad ke-5 M, kerana ketika itulah prasasti Mahayana mula wujud dalam catatan epigrafi di India.[5] Sebelum abad ke-11 M (ketika Mahayana masih berleluasa di India), Sutra Mahayana masih tengah disemak; oleh itu timbulnya pelbagai versi berbeza yang diterbitkan dari sutra yang sama itu. Versi-versi berlainan ini tak ternilai bagi para ilmuwan yang hendak membina semula sejarah aliran Mahayana. Sepanjang sejarahnya, aliran Mahayana tersebar ke seluruh Asia Dalam dan Asia Timur, di mana terbentuknya dua lagi cabang utama, iaitu agama Buddha Tibet (di Tibet, Mongolia, dan kawasan Himalaya); dan agama Buddha Asia Timur (di China, Jepun, Korea, dan Vietnam). Antara "aliran-aliran" utama dalam agama Buddha Asia Timur termasuk Jingtu, Tientai, Huayan, dan Zen.

Doktrin

Tidak banyak yang boleh dipastikan mengenai agama Buddha beraliran Mahayana, apatah lagi bentuk aslinya di India, selain amalan agama Buddha di China, Vietnam, Korea, Tibet, dan Jepun adalah berasaskan Mahayana.[6][7] Mahayana boleh disifatkan sebagai pelbagai ajaran berikatan longgar, yang mampu mengandungi pelbagai gagasan bercanggahan yang ditemui antara ajaran-ajaran berlainan tersebut.[8]

Mahayana ialah sebuah struktur keagamaan dan falsafah yang besar, yang merangkumi kepercayaan menyeluruh yang bercirikan penerimaan sutra Mahayana baru selain kitab Āgama yang terdahulu, serta peralihan dalam tujuan dan konsep asas agama Buddha. Aliran Mahayana dilihat sebagai semakin mendalami Dharma Buddha. Pengikut ajaran Mahayana cenderung melihat sutra-sutra Mahayana sebagai lebih bermanfaat dari segi rohani berbanding pendekatan bukan Mahayana terhadap Dharma. Oleh itu, Srimala Sutra mengakui bahawa Buddha pernah berkata bahawa ketaatan kepada Mahayana memang lebih unggul dari segi kemurniannya berbanding mengikut jalan Sravaka atau Pratyekabuddha.[9]

Lukisan Thanka Buddha Amithaba dalam agama Buddha Tibet.

Aliran Mahayana kurang menekankan gagasan pembebasan dari sengsara dan pengecapan Nirvana yang ditemui dalam aliran agama Buddha terawal. Prinsip-prinsip asas doktrin Mahayana mengetengahkan kebarangkalian pembebasan segala makhluk hidup dari sengsara (maka "perantara besar" namanya) serta kewujudan Buddha-Buddha dan Bodhisattva yang menjelmakan "sifat Buddha". Sesetengah aliran Mahayana meringkaskan pengungkapan kepercayaan dengan membolehkan takhlisan diperoleh melalui pengampunan Buddha Amitabha (अमिताभ) dengan membaca mantera kepada Amitabha dengan penuh kepercayaan dan ketaatan. Gaya hidup ketaatan Buddha ini paling banyak ditekankan oleh aliran Jingtu serta banyak menyumbang kepada kejayaan penyebaran Mahayana di Asia Timur, di maan unsur-unsur rohani selama ini bergantung pada dikir Buddha, dalam bentuk mantra atau dharani; pembacaan sutra Mahayana dan kebatinan. Dalam agama Buddha Cina, kebanyakan sami dan orang biasa mengamalkan aliran Jingtu, dan ada di kalangan mereka yang menggabungkannya dengan Chan (Zen).[10]

Kebanyakan aliran Mahayana percaya akan wujudnya sehimpunan separa dewa iaitu Bodhisattva (बोधिसत्त्व) mengabdikan diri mereka kepada kecemerlangan diri, pengetahuan mutlak, dan pentakhlisan segala manusia dan makhluk berperasaan yang lain (haiwan, syaitan, separa dewa, dsb.). Zen ialah cabang Mahayana yang tidak berapa menekankan kewujudan Bodhisattva, sebaliknya memberi tumpuan kepada aspek-aspek meditasi dalam agama. Dalam fahaman Mahayana, Buddha dipandang sebagai wujudan tertinggi dan mutlak yang sentiasa berada bila-bila masa, dalam segala makhluk, dan di mana-mana sahaja, manakala Bodhisattva pula melambangkan gagasan kecemerlangan kemuliaan sejagat.

Jadi secara amnya, agama Buddha Mahayana boleh disifatkan dengan:

  • Faham sarwajagat, yang mana, mengikut sesetengah aliran Mahayana yang masih ramai pengikutnya, semua orang akan menjadi Buddha (cth. rujuk Lotus Sutra);
  • Bodhicitta sebagai tumpuan utama kesedaran (cth. rujuk Prajnaparamita Sutra);
  • Belas kasihan melalui pemindahan merit;
  • Imanensi transendental, yang mana prinsip Buddha Daim (cth. rujuk sifat Buddha, Mahaparinirvana Sutra, Angulimaliya Sutra, Srimala Sutra, Tathagatagarbha Sutra) sentiasa ada dalam segala makhluk.

Fahaman Mahayana “kefalsafahan” pula cenderung tertumpu ke arah tiga ciri-ciri utama (sarwajagat, kesedaran, belas kasihan) dan adakalanya sifat Buddha, tanpa menunjukkan minat terhadap kepercayaan ghaib, manakala Mahayana “ketaatan” pula banyak menumpukan kepada pentakhlisan di alam lain (cth. sutra Sukhavati).

Catatan

  1. ^ The Mahayana movement claims to have been founded by the Buddha himself. Scholars however, think that it originated in South India in the 1st century CE’ – Indian Buddhism, AK Warder, 3rd edition, 1999, p. 335.
  2. ^ Macmillan Encyclopedia of Buddhism, 2004, page 293
  3. ^ Buddhist Saints in India, Reginald A. Ray, 1994, p.404
  4. ^ A History of Indian Buddhism - Hirakawa Akira (translated and edited by Paul Groner) - Motilal Banarsidass Publishers, Delhi, 1993, p. 252
  5. ^ Certainly, we have for this period an extensive body of inscriptions from virtually all parts of India. ... But nowhere in this extensive body of material is there any reference, prior to the fifth century, to a named Mahayana. There are, on the other hand, scores of references to what used to be called Hinayana groups — the Sarvastivadins, Mahasamghikas, and so on. From this point of view, at least, this was not “the period of the Mahayana,” but “the period of the Hinayana.”, Macmillan Encyclopedia of Buddhism, 2004, page 493
  6. ^ There are, it seems, very few things that can be said with certainty about Mahayana Buddhism, Macmillan Encyclopedia of Buddhism, 2004, page 492
  7. ^ But apart from the fact that it can be said with some certainty that the Buddhism embedded in China, Korea, Tibet, and Japan is Mahayana Buddhism, it is no longer clear what else can be said with certainty about Mahayana Buddhism itself, and especially about its earlier, and presumably formative, period in India., Macmillan Encyclopedia of Buddhism, 2004, page 492
  8. ^ It has become increasingly clear that Mahayana Buddhism was never one thing, but rather, it seems, a loosely bound bundle of many, and — like Walt Whitman — was large and could contain, in both senses of the term, contradictions, or at least antipodal elements., Macmillan Encyclopedia of Buddhism, 2004, page 492
  9. ^ The Shrimaladevi Sutra, tr. by Dr. Shenpen Hookham, Longchen Foundation, Oxford 1998, p.27
  10. ^ Welch, Practice of Chinese Buddhism, Harvard, 1967, page 396

Rujukan

  • "Mahayana". Encyclopedia Britannica. Encyclopædia Britannica. 2002.

Bacaan lanjut

  • Paul Williams, Mahayana Buddhism, Routledge, 1989
  • Schopen, G. "The inscription on the Kusan image of Amitabha and the character of the early Mahayana in India", Journal of the International Association of Buddhist Studies 10, 1990
  • ”The Vision of the Buddha”, Tom Lowenstein, ISBN 1-903296-91-9
  • Kevin Lynch, The Way Of The Tiger: A Buddhist's Guide To Achieving Nirvana, Yojimbo Temple, 2005
  • Beal, Catena of Buddhist Scriptures from the Chinese, (London, 1871)
  • S. Kuroda, Outline of Mahayana, (Tokyo, 1893)
  • D. T. Suzuki, Outline of Mahayana Buddhism, (London, 1907)
  • Murdoch, History of Japan, volume i., (Yokohama, 1910)
  • D. T. Suzuki, in The Monist, volume xxiv, (Chicago, 1914). The Monist was edited by Paul Carus.

Pautan luar

  • Mahayana Forum - A Dedicated Forum on Mahayana Buddhism Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine
  • Digital Dictionary of Buddhism
  • Sacred Library Contains many Mahayana Sutras
  • E-Sangha Contains many Mahayana books and an active Mahayana forum
  • Comparison of Buddhist Traditions (Mahayana - Therevada - Tibetan) Diarkibkan 2008-11-20 di Wayback Machine
  • Mahayana Buddhist Sutras in English
  • The Mahayana Mahaparinirvana Sutra: complete text and analysis.
  • Major Mahayana Tathagatagarbha sutras in English translation
  • Buddhas and Bodhisattvas in Mahayana Buddhism
  • l
  • b
  • s
Rencana: Glosari • Sejarah – Garis masa • Mazhab • Teks • Negara – Kawasan • Budaya • Senarai: Kuil – Penganut – Indeks - Garis kasar
  • l
  • b
  • s
Topik-topik agama Buddha
Asas
Tiga Permata (Buddha · Dharma · Sangha) · Empat Kebenaran Mulia · Lapan Jalan Mulia · Nirwana · Jalan Tengah
Gautama Buddha
Tathāgata · Hari Jadi · Empat cerapan · Ciri fizikal · Jejak · Ikonografi · Filem · Mukjizat · Keluarga: (Suddhodana (bapa) · Maya (ibu) · Yasodhara (isteri) · Rahula (anak lelaki)) · Tempat-tempat yang dihuni oleh Buddhal · Buddha dalam agama dunia
Konsep Utama
Tiga Tanda Kewujudan: (Ketidakkekalan · Deritaan · Bukan Diri) · Keasalan Bersandar · Lima Aggregat · Karma · Kelahiran semula · Saṃsāra · Saṅkhāra · Kecemaran · Kejahilan · Perdambaan · Lima Halangan · Sepuluh Belenggu · Fakulti · Makrifat) · Parinirvana · Keituan · Doktrin dua kebenaran · Kekosongan · Budicita · Budisatwa · Sifat Buddha · Arus fikiran · Dzogchen
Kosmologi
Sepuluh alam rohaniah · Enam Alam (Neraka · Alam haiwan · Alam Hantu Lapar · Alam asura · Alam manusia · Syurga) · Tiga tahap kewujudan
Amalan
Perlindungan · Sembahyang · Puja: (Persembahan · Bertiarap · Berdikir) · Merit · Paritta · Kemurahan hati · Penzahidan · Kesusilaan: (Ajaran · Ikrar Bodhisatva · Patimokkha) · Latihan Tiga Kali Ganda: (Akhlak · Penumpuan · Kebijaksanaan) · Empat Pematuhan Ketuhanan: (Kebaikan hati · Belas Kasihan · Kegembiraan bersimpati · Ketenangan) · Kesempurnaan · Sifat untuk Mencapai Makrifat · Tujuh Faktor Makrifat · Asas Kuasa · Lima Kekuatan · Kepercayaan · Usaha (Empat Usaha Yang Betul) · Kesedaran (Satipatthana) · Jhāna (Dhyāna) · Bhavana · Tafakur: (Kammaṭṭhāna · Ingatan · Smaran · Kesedaran Penafasan · Tafakur Ketenangan · Tafakur Wawasan · Shikantaza · Zazen · Kōan · Mandala · Tonglen · Tantra)
Nirwana
Jenis Buddha · Buddha Biasa · Budisatwa · Empat peringkat makrifat: (Arus pemasuk · Pengembali sekali · Pentakkembali · Arhat/Lohan)
Kebiaraan
Sami/Biksu/Biku/Bikuni · Sami pelatih · Biarawati pelatih · Anagarika · Ajahn · Sayadaw · Mahaguru Zen · Roshi · Lama (Buddhisme) · Rinpoche · Geshe · Tulku · Anggota isi rumah · Pengikut bukan sami · Pengikut
Tokoh utama
Gautama Buddha · Sāriputta · Mahamoggallāna · Ananda · Maha Kassapa · Anuruddha · Mahakaccana · Nanda · Subhuti · Punna · Upali · Mahapajapati Gotami · Khema · Uppalavanna · Buddhaghosa · Nagasena · Bodhidharma · Nagarjuna · Asanga · Vasubandhu · Atisha · Padmasambhava · Dalai Lama
Teks
Tipitaka: (Vinaya Pitaka · Sutta Pitaka · Abhidhamma Pitaka) · Ulasan: (Visuddhimagga) · Sutra Mahayana · Daftar karya agama Buddha Cina (Tripitaka Koreana) · Daftar karya agama Buddha Tibet
Cabang
Theravada · Mahayana: (Zen · Tanah Suci · Tiantai · Nichiren · Madhyamaka · Yogacara) · Vajrayana: (Agama Buddha Tibet · Shingon) · Sekolah agama Buddha awal · Pramazhab agama Buddha · Sifat asas yang menyatukan Theravada dengan Mahayana
Negara
Bangladesh · Bhutan · China · India · Indonesia · Jepun · Kemboja · Korea · Laos · Malaysia · Mongolia · Myanmar · Nepal · Pakistan · Rusia · Singapura · Sri Lanka · Taiwan · Thailand · Tibet · Vietnam · Negara Barat: ( Amerika Syarikat · Australia · United Kingdom)
Sejarah
Garis masa · Majlis agama Buddha · Sejarah agama Buddha di India · Kemerosotan agama Buddha di India · Ashoka Agung · Buddhisme Yunani · Agama Buddha dan dunia Rom · Penyebaran agama Buddha menerusi Jalan Sutera
Falsafah
Abhidharma · |Logik · Buddhologi · Eskatologi · Kenyataan · Tuhan · Humanisme · Engaged Buddhism · Sosialisme · Anarkisme · Ekonomi · Atomisme · Evolusi · Keseksualan · Kehomoseksualan · Etika · Empat belas soalan yang tidak dapat dijawab
Budaya
Seni · Seni Buddha Yunani · Puisi · Arca Buddha · Budai · Simbolisme: (Dharmacakra · Bendera · Bhavacakra · Thangka) · Roda mantera · Tasbih · Mudra · Mantera (Om mani padme hum) · Muzik · Hari Kelepasan: (Vesak · Magha Puja · Uposatha) · Tempat mencari ketenangan pada musim hujan · Jubah biarawan · Seni bina: (Wihara · Wat · Stupa · Pagoda · Seni kuil dan seni bina Thailand) · Ziarah: (Lumbini · Bodh Gaya · Sarnath · Kushinagar) · Pokok Bodhi · Kuil Mahabodhi · Kalendar · Masakan · Vegetarianisme
Lain-lain
Keturunan · Maitreya · Avalokiteśvara (Guan Yin) · Amitābha · Brahmā · Māra · Dhammapada · Vinaya · Sūtra · Hinayana · Bahasa suci: (Bahasa Pali · Bahasa Sanskrit) · Ceramah Dharma · Kalpa · Pengetahuan lanjutan · Kuasa supernormal
Agama Buddha dan:
Sains · Psikologi · Hinduisme · Jainisme · Agama Asia Timur · Agama Kristian · Teosofi · Gnostisisme
Senarai
Buddha · Dua puluh lapan Buddha · Budisatwa · Penganut Buddha · Sutta · Buku · Kuil
Portal:Agama Buddha · Kategori · Glosari · Garis kasar · Indeks