Nuri neotropika

Nuri neotropika
Makaw biru-dan-kuning
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Psittaciformes
Keluarga: Psittacidae
Subkeluarga: Arinae
Suku

Arini
Androglossini

Nuri neotropika atau nuri Dunia Baru terdiri daripada kira-kira 150 spesies dalam 32 genus yang didapati di seluruh Amerika Selatan dan Tengah, Mexico dan Kepulauan Karibia, dan (dahulunya) selatan Amerika Utara. Antara mereka terdapat nuri yang terkenal seperti makaw biru-dan-kuning, conure matahari dan amazon kepala kuning.

Nuri dari Dunia Baru mula dikenali oleh penduduk Eropah sejak Columbus menulis berkenaan mereka di dalam jurnal beliau pada 1492. Perincian sistematik akan burung-burung ini pertama kali didapati dalam Historia Naturalis Brasiliae yang ditulis oleh ahli alamiah Jerman Georg Marcgraf yang diterbitkan pada 1648, dan Natural History of Carolina, Florida and the Bahama Islands yang ditulis dalam dua jilid oleh ahli alamiah Inggeris Mark Catesby yang diterbitkan di London pada 1731 dan 1743.

Nuri neotropika mengandungi dua kumpulan utama iaitu kumpulan berekor pendek dan berekor panjang.[1]

Taksonomi

Nuri neotropika dikelaskan dalam subkeluarga Arinae[2] bersama-sama dengan nuri Dunia Lama dan Dunia Baru yang membentuk keluarga Psittacidae, satu daripada tiga keluarga nuri sebenar. Taksonomi bagi nuri neotropika masih belum diselesaikan sepenuhnya, namun subbahagian berikut disokong oleh kajian yang kukuh.[3][4][5][6][7][8]

  • Suku Arini
    • Cyanoliseus – nuri pengorok
    • Enicognathus (dua spesies)
    • Rhynchopsitta – nuri paruh tebal (dua spesies)
    • Pyrrhura (sekitar dua dozen spesies, satu kemungkinan kini pupus)
    • Anodorhynchus – makaw biru (dua spesies hidup, satu kemungkinan kini pupus)
    • Leptosittaca – serindit rambu emas
    • Ognorhynchus – nuri telinga kuning
    • Diopsittaca – nuri bahu merah
    • Diopsittaca – red-shouldered macaw
    • Guaruba – serindit emas
    • Conuropsis – serindit Carolina (pupus)
    • Cyanopsitta – makaw Spix (pupus di alam liar)
    • Orthopsittaca – makaw perut merah
    • Ara – makaw sebenar (lapan spesies hidup, dan sekurang-kurangnya satu kini pupus)
    • Primolius – beberapa makaw mini (tiga spesies, sebelumnya Propyrrhura)
    • Aratinga - conure matahari dan sekutunya (enam spesies hidup, sekurang-kurangnya satu kini pupus)
    • Eupsittula – serindit Amerika Selatan dan Tengah
    • Psittacara – genus serindit di Amerika Selatan dan Tengah, dan Karibia
    • Thectocercus – serindit mahkota biru
  • Suku Androglossini
    • Pionopsitta – nuri bertimbun
    • Triclaria – nuri perut biru
    • Pyrilia (7 spesies; semua sebelumnya dalam Pionopsitta)
    • Pionus (8 spesies)
    • Graydidascalus – nuri ekor pendek
    • Alipiopsitta – nuri muka kuning (sebelumnya dalam Amazona, Salvatoria)
    • Amazona – nuri amazon (sekitar 30 spesies hidup)

Schodde, et al.[9] mengenal pasti bahagian genus yang tinggal kepada beberapa klad berlainan:

  • klad – menyarankan suku Forpini
    • Forpus (sembilan spesies)
  • klad – menyarankan suku Amoropsittacini
    • Nannopsittaca (dua spesies)
    • Psilopsiagon (dua spesies, sebelumnya dalam Bolborhynchus)
    • Bolborhynchus (dua spesies)
    • Touit (lapan spesies)
  • klad termasuk Arini
    • Pionitescaique (empat spesies)
    • Deroptyus – nuri kipas merah
  • klad termasuk Androglossini
    • Hapalopsittaca (empat spesies)
    • Brotogeris (lapan spesies)
    • Myiopsitta (satu atau dua spesies)

Rujukan

  1. ^ Miyaki et al. (1998)
  2. ^ http://jboyd.net/Taxo/List12.html#psittaciformes
  3. ^ Joseph, Leo; Toon, Alicia; Schirtzinger, Erin E.; Wright, Timothy F.; Schodde, Richard (2012). "A revised nomenclature and classification for family-group taxa of parrots (Psittaciformes)". Zootaxa. 3205: 26–40. doi:10.11646/zootaxa.3205.1.2.
  4. ^ Manuel Schweizer; Ole Seehausen & Stefan T. Hertwig (2011). "Macroevolutionary patterns in the diversification of parrots: effects of climate change, geological events and key innovations". Journal of Biogeography. 38 (11): 2176–2194. doi:10.1111/j.1365-2699.2011.02555.x.
  5. ^ Leo Joseph; Alicia Toon; Erin E. Schirtzinger; Timothy F. Wright (2011). "Molecular systematics of two enigmatic genera Psittacella and Pezoporus illuminate the ecological radiation of Australo-Papuan parrots (Aves: Psittaciformes)". Molecular Phylogenetics and Evolution. 59 (3): 675–684. doi:10.1016/j.ympev.2011.03.017. PMID 21453777.
  6. ^ Wright, T.F.; Schirtzinger, E. E.; Matsumoto, T.; Eberhard, J. R.; Graves, G. R.; Sanchez, J. J.; Capelli, S.; Muller, H.; Scharpegge, J.; Chambers, G. K.; Fleischer, R. C. (2008). "A Multilocus Molecular Phylogeny of the Parrots (Psittaciformes): Support for a Gondwanan Origin during the Cretaceous". Mol Biol Evol. 25 (10): 2141–2156. doi:10.1093/molbev/msn160. PMC 2727385. PMID 18653733.
  7. ^ Schweizer, M.; Seehausen, O.; Güntert, M.; Hertwig, S. T. (2009). "The evolutionary diversification of parrots supports a taxon pulse model with multiple trans-oceanic dispersal events and local radiations". Molecular Phylogenetics and Evolution. 54 (3): 984–94. doi:10.1016/j.ympev.2009.08.021. PMID 19699808.
  8. ^ de Kloet, RS; de Kloet SR (2005). "The evolution of the spindlin gene in birds: Sequence analysis of an intron of the spindlin W and Z gene reveals four major divisions of the Psittaciformes". Molecular Phylogenetics and Evolution. 36 (3): 706–721. doi:10.1016/j.ympev.2005.03.013. PMID 16099384.
  9. ^ Schodde R, Remsen JV Jr, Schirtzinder EE, Joseph L, Wright TF (2013). "Correspondence: Higher classification of New World parrots (Psittaciformes; Arinae), with diagnoses of tribes" (PDF). Zootaxa. 3691 (5): 591–596. doi:10.11646/zootaxa.3691.5.5. PMID 26167605.
  • Miyaki, C. Y.; Matioli, S. R.; Burke, T. & Wajntal, A. (1998): Parrot evolution and paleogeographical events: Mitochondrial DNA evidence. Molecular Biology and Evolution 15: 544-551. PDF fulltext
  • Ribas, C., R. Gaban-Lima, C. Miyaki, and J. Cracraft (2005). Historical biogeography and diversification within the Neotropical parrot genus Pionopsitta (Aves: Psittacidae). Journal Biogeography 32:1409-1427.
  • Split Gypopsitta from Pionopsitta South American Classification Committee.
  • l
  • b
  • s
Genus
Spesies (kepupusan: † menandakan sesuatu spesies telah pupus, ₴ menandakan bukti diperolehi hanya dari sub-fosil)
Anodorhynchus
Makaw Glaucous • Makaw Hyacinth • Makaw Lear
Cyanopsitta
Makaw Spix
Ara
Makaw biru-dan-kuning (atau Makaw biru-dan-emas) • Makaw Tekak Biru • Makaw Tentera • Makaw Hijau Besar (atau Makaw Buffon) • Makaw Scarlet • Makaw merah-dan-hijau (atau Makaw Sayap Hijau) • Makaw Dahi Merah • Chestnut-fronted Macaw (atau Makaw Severe) • Makaw Merah Cuba † • Makaw Saint Croix † ₴
Orthopsittaca
Makaw Perut Merah
Primolius
Makaw Kepala Biru • Makaw Sayap Biru (atau Makaw Illiger) • Makaw Kolar Emas (atau Makaw Kolar Kuning)
Diopsittaca
Makaw Bahu Merah (Makaw Hahn atau Makaw Noble)
Makaw yang dipercayai pupus
(genus tidak dipastikan)
Makaw Martinique • Makaw biru-dan-kuning Ekor Merah • Makaw Antillea Kecil • Makaw hijau-dan-kuning Jamaica • Makaw Merah Jamaica • Makaw hijau-dan-kuning Dominica • Oné Couli
Parrot Neotropika (puak: Arini) • Senarai makaw • Makaw kecil

Templat:Amazon parrots