Pengoperasi logik

Dalam bidang logik, pengoperasi logik atau pengait logik ialah pengoperasi matematik yang digunakan pada ayat-ayat logik untuk membentuk ayat gabungan.

Berikut ialah beberapa pengoperasi logik:

Nama Simbol Hasil
Penafian (tak) ¬ atau ~ Palsu sekiranya kendaliannya benar, dan sebaliknya
Konjungsi (dan) {\displaystyle \wedge } atau & Benar sekiranya kedua-dua kendaliannya benar.
Disjungsi (atau) {\displaystyle \vee } Benar sekiranya satu daripada kendalian-kendaliannnya benar.
Bersyarat (jika...maka) {\displaystyle \rightarrow } , {\displaystyle \Rightarrow } atau {\displaystyle \supset } Palsu sekiranya kendalian pertama benar tetapi kendalian kedua palsu.
Dwisyarat (jika dan hanya jika) {\displaystyle \leftrightarrow } , {\displaystyle \equiv } , atau = Benar sekiranya kedua-dua kendaliannya benar atau kedua-dua kendaliannya palsu.

Katakan,

A: Hari ini hujan.
B: Ahmad menggunakan payung.

Maka kenyataan ¬A bermaksud "hari ini tidak hujan". Kenyataan A B {\displaystyle A\rightarrow B} pula bermaksud "jika hari ini hujan, maka Ahmad menggunakan payung", atau, dari sudut lain, "hari ini hujan hanya jika Ahmad menggunakan payung ".


input Ainput Boutput f(A,B)X and ¬XA and B¬A and BBA and ¬BAA xor BA or B¬A and ¬BA xnor B¬A¬A or B¬BA or ¬B¬A or ¬BX or ¬X
X or ¬X¬A or ¬BA or ¬B¬A or BA or B¬B¬AA xor BA xnor BAB¬A and ¬BA and ¬B¬A and BA and BX and ¬X
(file) (file) (zoom in)



Dalam sains komputer

Selain logik, pengoperasi logik turut digunakan dalam bidang sains komputer, umpamanya untuk membina atur cara (lihat Boolean) dan litar berdigit (lihat get logik).