Penjaga tapak pertama

Posisi penjaga tapak pertama.

Penjaga tapak pertama, (bahasa Inggeris: first basemancode: en is deprecated ) dipendekkan kepada 1B, ialah pemain bagi sukan besbol atau sofbol yang mengambil posisi di tapak pertama (first base). Pemukul mesti berlari mendapatkan satu daripada empat tapak untuk mendapatkan mata (run). Penjaga tapak pertama bertanggungjawab untuk tiap-tiap permainan di tapak tersebut.

Dikenali juga sebagai first sacker atau cornerman, penjaga tapak pertama kebiasaannya pemain yang tinggi dan melontarkan bola menggunakan tangan kiri di samping memiliki fleksibiliti yang baik dan refleks pantas. Fleksibiliti diperlukan kerana penjaga tapak pertama akan menerima balingan daripada penjaga kawasan dalam (infielder) lain, catcher dan pelempar (pitcher) sekiranya berlaku permainan ground ball. Bagi mematikan pemukul dari pasukan lawan, penjaga tapak pertama mesti dapat menangkap bola sebelum pemukul dapat memijak tapak pertama.

Dewan Kemahsyuran

  • Cap Anson
  • Jeff Bagwell
  • Jake Beckley
  • Jim Bottomley
  • Dan Brouthers
  • Orlando Cepeda
  • Frank Chance
  • Roger Connor
  • Jimmie Foxx
  • Lou Gehrig
  • Hank Greenberg
  • Gil Hodges
  • George Kelly
  • Harmon Killebrew
  • Buck Leonard
  • Willie McCovey
  • Fred McGriff (bakal disenaraikan pada Ogos 2023)
  • Johnny Mize
  • Eddie Murray
  • Tony Pérez
  • George Sisler
  • Mule Suttles
  • Ben Taylor
  • Bill Terry
  • Frank Thomas
  • Jim Thome