Pertubuhan Pembebasan Palestin

Jata PLO

Pertubuhan Pembebasan Palestin (bahasa Arab: منظمة التحرير الفلسطينية , bahasa Inggeris: Palestine Liberation Organization (PLO)) merupakan gabungan parti-parti di Palestin yang diiktiraf oleh Liga Arab sebagai wakil penduduk Palestin.[1]

Apabila ditubuhkan pada 1964, PLO berhasrat menghapuskan negara Israel melalui tindakan bersenjata. Piagam PLO pertama menekankan pemusnahan Israel, hak pulang ke Palestin serta kebebasan penduduk Palestin. Namun, PLO masa ini menegaskan penyelesaian konflik Arab-Israel melalui dua negara (two-state solution), yakni penubuhan negara Palestin bersempadan dengan Israel, dengan syarat-syarat seperti hak penduduk Palestin untuk kembali dan penetapan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin. [2]

Pada 1993, pengerusi PLO, Yasser Arafat, dalam surat rasmi kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin, telah mengiktiraf kedaulatan Israel. Israel lalu mengiktiraf PLO sebagai wakil penduduk Palestin yang sah. Arafat yang menyandang jawatan pengerusi Jawatankuasa eksekutif PLO sejak 1969 meninggal dunia pada 2004. Beliau digantikan oleh Mahmud Abbas.

Menurut laporan Perkhidmatan Perisikan Jenayah Negara United Kingdom, PLO mempunyai aset bernilai sebanyak AS$8 bilion dan pendapatan tahunan sebanyak $1.5 bilion melalui dermaan, pemerasan, perdagangan senjata haram, pengedaran dadah, pemindahan wang haram, penipuan dan sebagainya. Akhbar harian Daily Telegraph dari UK juga menyatakan PLO mempunyai $50 bilion dalam pelaburan rahsia di seluruh dunia.[3]

PLO merupakan pemerhati dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Struktur

Segala keputusan PLO adalah dibuat melalui Jawatankuasa Eksekutifnya, yang dianggotai oleh 15 ahli kanan. Parti-parti yang menganggotai PLO bersifat sekular dan bermatlamat membebaskan tanah Palestin daripada pencerebohan Israel.

Parti-parti komponen:

  • Fatah (Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin)
  • Barisan Popular Pembebasan Palestin (radikal, komunis)
  • Barisan Demokratik Pembebasan Palestin (komunis)
  • Parti Rakyat Palestin
  • Barisan Pembebasan Palestin
  • Barisan Pembebasan Arab
  • As-Sa'iqa (Baath)
  • Kesatuan Demokratik Palestin (Fida)
  • Barisan Perjuangan Popular Palestin
  • Barisan Arab Palestin

Sejarah

Penubuhan

Idea pemubuhan satu pertubuhan mewakili penduduk Palestin dicetuskan dalam persidangan Liga Arab Kaherah pada 1964. PLO ditubuhkan pada 2 Jun 1964. Dalam pemasyhuran pertubuhan menyatakan hasrat memperjuangkan "hak penduduk berbangsa Arab Palestin kembali ke tanah air suci mereka dan mengesahkan keperluan berjuang untuk membebaskan tanah air yang dirampas, keazaman menonjolkan semangat revolusi mereka serta pemobilisasian segala kebolehan, kuasa material, ketenteraan dan rohani."[4]

Piagam awal PLO juga menyatakan "Dakwaan bahawa wujudnya hubungan sejarah dan rohani antara penduduk Yahudi dan Palestin adalah bercanggah dengan fakta sejarah ataupun asas benar sebuah negara yang kukuh... Orang Yahudi bukanlah masyarakat yang mempunyai keperibadian yang merdeka (maknanya bukan satu bangsa yang benar) kerana mereka hanya warganegara kepada negara mereka."[5]

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PLO

Pimpinan Yasser Arafat

Kekalahan Syria, Jordan dan Mesir dalam Perang Enam Hari telah menjejaskan kredibiliti negara-negara "penaung" penduduk Palestin dan juga melemahkan pengaruh Gamal Abdel Nasser. Yasser Arafat, seorang pejuang gerila, telah mengambil kesempatan menyekat pengaruh luar terhadap PLO. Dalam persidangan 1969, parti Fatahnya berjaya menguasai badan-badan eksekutif PLO. Arafat dilantik sebagai pengerusi pada 3 Februari 1969.

Program Sepuluh Isi

PLO melancarkan "Program Sepuluh Isi" pada 1974 yang menyeru penubuhan satu badan berkuasa "yang memerintah kawasan Palestin yang dibebaskan" dan berniat "meneruskan pembebasan segala wilayah Palestin". Program itu mengakui pembebasan Palestin mungkin tidak melibatkan seluruh tanah Palestin, dan walaupun menekankan perjuangan bersenjata, program ini tidak mengecualikan cara-cara lain pembebasan.

Perang Saudara Lubnan

PLO terlibat secara langsung dalam Perang Suadara Lubnan dalam 1970-an hingga 1990. PLO berperang dengan militia Maronite, kemudian Israel dan kemudian Gerakan Amal (militia Syiah yang sendiri menentang Hezbollah). Pada 1985-88, para pengganas dari kumpulan Kristian Maronite yang bernaung dibawah South Lebanon Army (SLA) telah menyerang kem penduduk pelarian Palestin, Shabra & Shatilla di Lubnan untuk menangkap penyokong-penyokong Arafat. South Lebanon Army adalah sekutu rapat dan proksi Israel dalam perang Saudara Lubnan. Lebih dari 3000 penduduk awam yang tidak berdosa telah mati akibat serangan-serangan tersebut. Khemah pelarian mereka dikepung, penduduk ditembak dari jarak dekat, ada yang dirogol dan disembelih hidup-hidup. Perbuatan biadap dan kehaiwanan ini tidak mendapat bantahan dari PBB, Kesatuan Eropah & Amerika Syarikat. Pada 1982, PLO terpaksa berpindah ke Tunisia selepas pencerobohan tentera Israel terhadap Lubnan.

Intifada Pertama

Intifada Pertama tercetus pada 1987, dan mengejutkan PLO yang masih berada di Tunisia. PLO tidak terlibat secara langsung dalam intifada ini, kerana berada di luar negeri. ,[6] Pada 1988, Raja Hussein dari Jordan mengisytiharkan pemisahan Tebing Barat dari Jordan, PLO telah mengisytiharkan kemerdekaan "Negara Palestin" (State of Palestine) di Algiers. State of Palestine masih dinafikan kewujudannya sehingga hari ini. Sebulan kemudian, Arafat mengiktiraf kemerdekaan Israel secara tidak langsung dalam menyokong Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242, yang diluluskan untuk menghentikan konflik antara Israel, Mesir, Jordan dan Syria. Hasratnya sekarang adalah untuk menubuhkan negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Pada masa inilah, Amerika Syarikat memulakan hubungan diplomatik dengan PLO.

Perjanjian Oslo

Pada 1993, PLO telah mengadakan rundingan secara rahsia dengan pihak Israel. Perjanjian Oslo ditandatangani pada 20 Ogos 1983 antara Arafat dan Yitzhak Rabin. Israel menyerahkan kuasa pentadbiran Genting Gaza dan Jericho kepada penduduk Palestin melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA). Arafat dipilih menjadi Presiden PA pada Januari 1996 dalam pilihan raya. Ibu pejabat PLO telah berpindah ke Ramallah di Tebing Barat.

Berikutan itu, PLO telah menegaskan pendiriannya bahawa Israel mempunyai hak untuk merdeka. Pengiktirafan itu tidak menghentikan tindakan biadap Israel dari menyerang penduduk awam Palestin. PLO telah meneruskan serangan balas terhadap Israel sebagai langkap serangan balas walaupun Perjanjian Oslo telah ditandatangani. Namun, Israel memungkiri janji dengan memberikan alasan kebimbangan akan kemampuan PLO mendirikan sebuah negara sebelum menyusun semula organisasi diri dan juga menolak keganasan.

Lihat juga

Pautan luar

  • Jabatan Hal Ehwal Perundingan PLO
  • Misi Pemerhati Palestin di PBB Diarkibkan 2008-03-22 di Wayback Machine
  • Fatah
  • Piagam Kebangsaan Palestin Diarkibkan 2005-11-25 di Wayback Machine

Rujukan

  1. ^ Madiha Rashid al Madfai, Jordan, the United States and the Middle East Peace Process, 1974-1991, Cambridge Middle East Library, Cambridge University Press (June 25th 1993). ISBN 0-521-41523-3. p. 21:"On 28 October 1974, the seventh Arab summit conference held in Rabat designated the PLO as the sole legitimate representative of the Palestinian people and reaffirmed their right to establish an independent state."
  2. ^ William L. Cleveland, A History of the Modern Middle East, Westview Press (2004). ISBN 0-8133-4048-9.
  3. ^ Rachel Ehrenfeld, And a Thief, Too: Yasser Arafat takes what he likes, National Review, July 29, 2002. Accessed online 5 December 2006.
  4. ^ Statement of Proclamation of the Organization, Palestine Liberation Organization, Jerusalem, 28 May 1964. Online on the site of the Permanent Observer Mission of Palestine to the United Nations. Accessed 5 December 2006.
  5. ^ The Palestinian National Charter, Adopted in 1964 by the 1st Palestinian Conference. Online on the site of the Permanent Observer Mission of Palestine to the United Nations. Accessed 5 December 2006.
  6. ^ Yasser Arafat obituary, socialistworld.net (Committee for a Worker’s International) 11 November 2004. Accessed 5 December 2006.
  • l
  • b
  • s
Liga Arab – جامعة الدول العربية
Ahli
AlgeriaEmiriah Arab BersatuArab SaudiBahrainComorosDjiboutiIraqJordanKuwaitLubnanLibyaMauritaniaMaghribiMesirOmanPalestinQatarSomaliaSudanSyriaTunisiaYaman
Pemerhati
  • l
  • b
  • s
Sebahagian daripada Konflik Arab–Israel
  • Negara
  • Pihak Berkuasa
  • Pertubuhan
Israel
Palestin
Utama
Kumpulan lain
Kumpulan pihak ketiga
Latar
belakang
1920–1948
  • 1920
  • 1921 Rusuhan Yafa
  • 1929 Rusuhan Palestin
    • Pembunuhan beramai-ramai Al-Khalil
  • 1936–1939 Rusuhan Arab
  • 1944–1947 Pemberontakan Yahudi
  • 1947–1948 Perang Saudara
Siri serangan
1948–1970
Pemberontakan
Palestin
1968–1982
  • 1970 Pengeboman bas sekolah Avivim
  • 1972 Penerbangan 571 Sabena / Pembunuhan beramai-ramai di Munich / Pembunuhan Mossad susulan pembunuhan beramai-ramai di Munich (1973 Peristiwa Lillehammer)
  • 1974 Pembunuhan beramai-ramai di Kiryat Shmona / Pembunuhan beramai-ramai di Maalot
  • 1975 Serangan Hotel Savoy
  • 1976 Entebbe
  • 1978 Pembunuhan beramai-ramai di Lebuh Pesisir / Konflik Selatan Lubnan
  • 1980 Krisis tebusan Misgav Am
Siri serangan
1973–1987
  • 1973 Perang Yom Kippur
  • 1975 Pengeboman Dataran Zion
  • 1982 Perang Lubnan
    • Pengepungan Beirut
  • 1983 Epidemik pengsan Tebing Barat
  • 1984 Peristiwa Bas 300
  • 1985 Rampasan Achille Lauro / Operasi "Kaki Kayu"
  • 1987 Malam Para Peluncur
Intifadah Pertama
1987–1991
Intifadah Kedua
2000–2005
  • Serangan roket Palestin ke atas Israel
    • senarai
  • Serangan berani mati Palestin
  • Pembunuhan Israel
  • 2000 Peristiwa Oktober
  • 2001 Santorini
  • 2002 Operasi "Bahtera Nuh" / Operasi "Perisai Pertahanan" / Pertempuran Jenin / Pertempuran Nablus / Operasi "Laluan Tekad"
  • 2003 Serangan udara Ain Al-Sahib
  • 2004 Operasi "Pelangi" / Suruhan Beit Hanoun / "Hari Kesesalan"
Kempen penentangan
orang Palestin
2006–kini
  • 2006 Pertempuran Penjara Ariha
  • 2008 Serangan yesyiva Baitulmaqdis / Serangan jentolak Baitulmaqdis
  • 2009 Krisis Masjid Al-Aqsa
  • 2010 Kempen keganasan terhadap Israel
  • 2015–2016 Konflik Israel-Palestin
  • 2017 Krisis Masjid Al-Aqsa
  • 2021 Krisis Israel-Palestin
  • 2022 Penggempuran Masjid al-Aqsa
Konflik
Gaza–Israel
2006–kini
  • 2006 Letusan pantai Gaza / Rusuhan lintas sempadan Gaza  / Hujan Musim Panas / "Awan Musim Luruh"
  • 2008 Pelanggaran sempadan Gaza–Mesir / Musim Sejuk Hangat
  • 2008–2009 Pertempuran Al-Furqan
  • 2010 Rampasan armada Gaza
  • 2012 Gema Kembali / Batu Lumpur Neraka
  • 2014 Daun Yang Dimakan
  • 2015 Pembebasan Flotila III
  • 2018 Perarakan Pulang Perdana / Pertembungan November
  • 2019 Pertembungan Mei / Pertembungan November
  • 2021 Pedang Al-Quds
  • 2022 Fajar Menyinsing
  • 2023 Perisai dan Panah / Taufan Al-Aqsa
Diplomasi dan proses pendamaian
Garis masa
1948–1991
1990-an
  • 1981–1982 Rancangan Fahd
  • 1991 Persidangan Madrid
  • 1993–1995 Perjanjian Oslo
  • 1994 Protokol Hubungan Ekonomi (Protokol Paris)
  • 1994 Perjanjian Gaza–Jericho
  • 1994–kini Bantuan keselamatan AS kepada Palestin
  • 1997 Protokol Hebron
  • 1998 Memorandum Sungai Wye
  • 1999 Memorandum Sharm El Sheikh
2000-an
  • 2000 Sidang Kemuncak Kem David / Parameter Clinton
  • 2001 Sidang Kemuncak Taba
  • 2002 Penubuhan kuartet
  • 2003 Peta Hala Tuju
  • 2005 Pengunduran Israel dari Gaza
  • 2005 Persetujuan Pergerakan dan Capaian
  • 2006 Inisiatif Lembah Damai
  • 2007 Persidangan Annapolis
2010-an
  • 2010–2011 Rundingan damai Israel-Palestin
  • 2011 Kertas-kertas Palestin
  • 2013–2014 Rundingan damai Israel-Palestin
Israel, Palestin dan PBB