Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun

Markas Tentera Laut Imperial Jepun, 1930an

Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun (軍令部code: ja is deprecated , Gunreibu) adalah institusi tertinggi didalam Tentera Laut Imperial Jepun (IJN). Bertanggungjawab dalam perancangan dan operasi, ia diketuai oleh markas Laksamana di Tokyo.

Sejarah

Ditubuhkan pada tahun 1893, Staf Am Tentera Laut mengambil alih kuasa operasi (yang bertentangan dengan pentadbiran) ke atas Tentera Laut Imperial Jepun daripada Kementerian Tentera Laut. Ia bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan strategi pertahanan nasional. Menerusi Markas Besar Imperial ia melapor terus kepada Maharaja, bukan kepada Perdana Menteri, Diet Jepun atau juga Kementerian Tentera Laut. Ia biasanya dikepalai oleh seorang Laksamana atas tugas aktif, dan berpusat di Tokyo.

"Pihak kementerian bertanggungjawab bagi belanjawan tentera, pembinaan kapal, pemerolehan senjata, anggota, hubungan dengan Diet dan kabinet serta perkara-perkara yang luas mengenai dasar tentera laut. Staf Am mengarah operasi armada dan persediaan rancangan perang".[1]

Selepas Persidangan Tentera Laut Washington tahun 1921-22, dimana Jepun bersetuju untuk mengekalkan saiz armadanya yang lebih kecil daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat, pihak IJN telah dibahagikan kepada Pihak Armada yang saling bermusuhan dan Pihak Perjanjian yang berparti politik. Kementerian Tentera Laut cenderung untuk menjadi pro-Pihak Perjanjian dan ingin mempertahankan Pakatan Inggeris-Jepun. Bagaimanapun Staf Am IJN dikuasai oleh Pihak Armada, dan secara beransur-ansur mendapat penguasaan pada tahun 1930an dengan peningkatan militarisme Jepun. Staf Am IJN meneruskan serangan Pearl Harbor yang bertentangan dengan hasrat diplomatik Kementerian Tentera Laut.

Selepas tahun 1937, kedua-dua Menteri Tentera Laut dan Ketua Staf Am IJN adalah anggota Markas Besar Imperial.

Dengan kekalahan Empayar Jepun dalam Perang Dunia II, Staf Am Tentera Laut telah dibubarkan bersama-sama Tentera Laut Imperial Jepun oleh pihak berkuasa pendudukan Amerika pada November 1945 dan tidak dihidupkan kembali oleh Perlembagaan Jepun pasca perang.

Organisasi

Staf Am telah disusun seperti berikut:

  • Seksyen 1: Biro Operasi
  • Seksyen Ke-2: Biro Senjata dan Mobilisasi
  • Seksyen Ke-3: Biro Perisikan
  • Seksyen Ke-4: Biro Komunikasi

Ketua-Ketua Staf Am

  • Laksamana Muda Baron Itō Toshiyoshi dari 8 Mac 1889 hingga 17 Mei 1889
    Laksamana Muda Baron Itō Toshiyoshi dari 8 Mac 1889 hingga 17 Mei 1889
  • Laksamana Muda Baron Arichi Shinanojō dari 17 Mei 1889 hingga 17 Jun 1891
    Laksamana Muda Baron Arichi Shinanojō dari 17 Mei 1889 hingga 17 Jun 1891
  • Laksamana Muda Viscount Inoue Yoshika dari 17 Jun 1891 hingga 12 Disember 1892
    Laksamana Muda Viscount Inoue Yoshika dari 17 Jun 1891 hingga 12 Disember 1892
  • Laksamana Madya Viscount Nakamuta Kuranosuke dari 12 Disember 1892 hingga 18 Julai 1894
    Laksamana Madya Viscount Nakamuta Kuranosuke dari 12 Disember 1892 hingga 18 Julai 1894
  • Laksamana Count Kabayama Sukenori dari 18 Julai 1894 hingga 11 Mei 1895
    Laksamana Count Kabayama Sukenori dari 18 Julai 1894 hingga 11 Mei 1895
  • Laksamana Armada Count Itō Sukeyuki dari 11 Mei 1895 hingga 20 Disember 1905
    Laksamana Armada Count Itō Sukeyuki dari 11 Mei 1895 hingga 20 Disember 1905
  • Laksamana Marquis Tōgō Heihachirō dari 20 Disember 1905 hingga 1 Disember 1909
    Laksamana Marquis Tōgō Heihachirō dari 20 Disember 1905 hingga 1 Disember 1909
  • Laksamana Baron Ijuin Gorō dari 1 Disember 1909 hingga 22 April 1914
    Laksamana Baron Ijuin Gorō dari 1 Disember 1909 hingga 22 April 1914
  • Laksamana Baron Shimamura Hayao dari 22 April 1914 hingga 1 Disember 1920
    Laksamana Baron Shimamura Hayao dari 22 April 1914 hingga 1 Disember 1920
  • Laksamana Baron Yamashita Gentarō dari 1 Disember 1920 hingga 15 April 1925
    Laksamana Baron Yamashita Gentarō dari 1 Disember 1920 hingga 15 April 1925
  • Laksamana Baron Kantarō Suzuki dari 15 April 1925 hingga 22 Januari 1929
    Laksamana Baron Kantarō Suzuki dari 15 April 1925 hingga 22 Januari 1929
  • Laksamana Kanji Kato dari 22 Januari 1929 hingga 11 Jun 1930
    Laksamana Kanji Kato dari 22 Januari 1929 hingga 11 Jun 1930
  • Laksamana Madya Taniguchi Naomi [ja] dari 11 Jun 1930 hingga 2 Februari 1932
    Laksamana Madya Taniguchi Naomi [ja] dari 11 Jun 1930 hingga 2 Februari 1932
  • Laksamana Armada Putera Fushimi Hiroyasu dari 2 Februari 1932 hingga 9 April 1941
    Laksamana Armada Putera Fushimi Hiroyasu dari 2 Februari 1932 hingga 9 April 1941
  • Laksamana Armada Osami Nagano dari 9 April 1941 hingga 21 Februari 1944
    Laksamana Armada Osami Nagano dari 9 April 1941 hingga 21 Februari 1944
  • Laksamana Shigetarō Shimada dari 21 Februari 1944 hingga 2 Ogos 1944
    Laksamana Shigetarō Shimada dari 21 Februari 1944 hingga 2 Ogos 1944
  • Laksamana Koshirō Oikawa dari 2 Ogos 1944 hingga 29 Mei 1945
    Laksamana Koshirō Oikawa dari 2 Ogos 1944 hingga 29 Mei 1945
  • Laksamana Soemu Toyoda dari 29 Mei 1945 hingga 15 Oktober 1945
    Laksamana Soemu Toyoda dari 29 Mei 1945 hingga 15 Oktober 1945

Lihat juga

Nota

  1. ^ Spector

Rujukan

Buku

  • Asada, Sadao (2006). From Mahan to Pearl Harbor: The Imperial Japanese Navy and the United States. US Naval Institute Press. ISBN 1-55750-042-8. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Schencking, J. Charles (2005). Making Waves: Politics, Propaganda, And The Emergence Of The Imperial Japanese Navy, 1868-1922. Stanford University Press. ISBN 0-8047-4977-9. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Spector, Ronald (1985). Eagle Against the Sun. New York: Vintage Books. ISBN 0-394-74101-3. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar

  • "Foreign Office Files for Japan and the Far East". Adam Matthew Publications. Accessed 2 March 2005.
  • l
  • b
  • s