Sukhoi Su-35BM

Su-35BM
SU-35BM di MAKS-2009
Peranan Pejuang pelbagai peranan
Pengeluar Sukhoi
Penerbangan sulung 19 Februari 2008[1]
Diperkenalkan 2014
Status Sedang dibangunkan
Jumlah dibina 1
Kos seunit AS$ 40 juta (anggaran)
Dibangunkan dari Sukhoi Su-35

Sukhoi Su-35BM yang juga dikenali sebagai Su-27BM atau Su-27SM2 adalah sebuah pesawat penguasaan udara / serangan pelbagai peranan berkelas berat dan jarak jauh generasi 4++.[perlu rujukan] Ia sebuah pesawat versi penambahbaikan berdasarkan pesawat Sukhoi Su-27. Su-35M telah dipertontonkan kepada umum semasa di pameran udara MAKS-2007.

Pembangunan

Perbezaan dengan Su-35

Satu perbezaan yang ketara berbanding dengan Su-35 adalah ketiadaan sirip hadapan (kanard), namun begitu sebagai pilihan sirip hadapan boleh dipasang sepertimana pesawat dalam siri Su-30. Rekabentuk baru kerangka pesawat juga mengurangkan kemungkinan pesawat dari dikesan oleh radar.[perlu rujukan] Enjin pesawat digantikan dengan enjin tujahan vektor 3-dimensi AL-41F1A. Salur masuk udara juga dibesarkan. Sistem pengisian minyak di udara dari jenis probe dan drogue juga telah ditambah.

Selain dari perbezaan fizikal, sistem avionik pesawat Su-35BM juga mengalami penambahbaikan, walaupun ia masih menggunakan peralatan 100% buatan Rusia.

Su-35BM dilengkapi dengan sistem radar jujukan pengimbas pasif elektronik N035 Irbis yang ditingkatkan, juga radar tambahan yang dipasang di bahagian belakang sengat ekor, pesawat terkemudian akan menggunakan radar IRBIS-E sebuah N035 yang dipertingkatkan dengan puncak kuasa yang lebih berkuasa dan memiliki ciri-ciri ECCM yang lebih baik. Sistem pertahanan diri elektronik L175M Khibiny-M dan sistem peperangan elektronik juga dipasang. Radar baru Irbis-E juga mempunyai keupayaan mencari yang lebih berkuasa.

Sistem-sistem yang lebih ringan dan terkini juga telah ditambah (termasuk sistem kawalan FNO (Fly by Optics) baru dan OLS (Optical Location System). Bahagian kokpit telah direkabentuk semula dengan menambah dua skrin LCD dan keserasian dengan paparan lekapan helmet.

Perisian pesawat Su-35BM telah diubahsuai untuk menyerasikan dengan sistem persenjataan baru. Sistem avionik baru yang lain termasuk keupayaan datalink rintangan serakan dan maklumat sasaran jarak jauh dan sistem pengawasan elektronik. Sistem-sistem avionik ini disepadukan dengan GLONASS.[2]

Spesifikasi (Su-35BM)

Data dari laman Su-35 KNAAPO,[3] risalah Su-35,[4] Su-35 di pameran udara MAKS 2007,[5] Aviapedia,[6]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 21.9 m (72.9 kaki)
  • Rentang sayap: 15.3 m (50.2 kaki)
  • Tinggi: 5.90 m (19.4 kaki)
  • Sayap luas: 62.0 m² (667 kaki²)
  • Berat kosong: 17,500 kg (38,600 lb)
  • Berat berisi: 25,300 kg (56,660 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 34,500 kg (76,060 lb)
  • Loji kuasa: 2× Saturn 117S turbofan
    • Tujahan kering: 8,800 kgf[7] (86.3 kN, 19,400 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 14,500 kgf (142 kN, 31,900 lbf) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mach 2.25[3] (2,700 km/h,[5] 1,680 bsj) di altitud
  • Jarak: 3,600 km (1,940 nmi) ; (1,580 km, 850 batu nautika berdekatan aras bumi)
  • Jarak maksimum: 4,500 km (2,430 batu nautika) dengan tangki bahan api luaran
  • Lelangit khidmat 18,000 m (59,100 kaki)
  • Kadar kenaikan: >280 m/s (>55,100 kaki/min)
  • Beban sayap: 408 kg/m² (84.9 lb/kaki²)
  • Tujahan/berat: 1.1

Persenjataan

  • Radar jujukan fasa pasif Irbis-E
  • Meriam 30mm GSh-301 terbina dalam dengan 150 butir peluru.
  • 8000 kg, diagihkan kepada 12 tenggekan untuk variasi persenjataan termasuk peluru berpandu udara ke udara, peluru berpandu udara ke permukaan, roket, dan bom
  • AA-10 Alamo: R-27R, R-27ER, R-27T, R-27ET, R-27EP
  • AA-12 Adder: R-77, dan cadangan R-77M1, R-77T
  • AA-11 Archer: R-73E, R-73M, R-74M
  • AS-17 Krypton: Kh-31A, peluru berpandu anti radar Kh-31P
  • AS-20: Kh-59
  • AS-14 Kedge: Kh-29T, Kh-29L
  • Bom panduan laser KAB-500
  • Bom panduan laser KAB-1500
  • Bom panduan laser LGB-250
  • Bom tanpa panduan FAB-250 250kg
  • Bom tanpa panduan FAB-500 500kg
  • Roket panduan laser S-25LD, roket tanpa panduan S-250
  • Pod roket tanpa panduan S-8 B-8
  • Pod roket tanpa panduan S-13 B-13

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  • Senarai pesawat pejuang
  • Senarai pesawat tentera Kesatuan Soviet dan CIS

Rujukan

  1. ^ Su-35:Status program
  2. ^ SU-35BM (Bolshaya Modernizatsiya - Big Modernization), GlobalSecurity.org
  3. ^ a b Sukhoi Su-35, KNAAPO.
  4. ^ Risalah pesawat pejuang Su-35, KNAAPO.
  5. ^ a b maklumat data Sukhoi Su-35 di MAKS 2007
  6. ^ Su-35BM/T-10BM : Flanker terakhir, Aviapedia.com, 27 April, 2007.
  7. ^ "NPO Saturn melengkapkan ujian ketahanan enjin S-117 bagi pesawat Su-35", Frontier India, 11 Februari 2008.
  • l
  • b
  • s
Pesawat Sukhoi
Pejuang/Pemintas
Su-9 (II) · Su-11 (II) · Su-15 (II) · Su-27 · Su-30 · Su-33 · Su-35 · Su-35BM · Su-37
Pengebom
Su-2 · Su-4 · Su-7 (II) · Su-17 (II) · Su-20 · Su-22 · Su-24 · Su-25 · Su-34 · Su-39
Peninjau
Su-12
Latihan
UTB · Su-26 · Su-28 · Su-29 · Su-31
Pengangkut
Su-38 · Su-80 · S-21 · Superjet 100
Eksperimen
Su-1 · Su-3 · Su-5 · Su-6 · Su-7 (I) · Su-8 · Su-9 (I) · Su-10 · Su-11 (I) · Su-13 · Su-15 (I) · Su-17 (I) · Su-47 · P-1 · T-3 · T-4 · PAK FA
  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan