Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi

Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi

Syed Sheikh bin Ahmad Al-Hadi (Jawi: سيد شيخ بن احمد الهاديcode: ms is deprecated ; 22 November 1867 - 20 Februari 1934) merupakan seorang penulis dan pemikir Melayu kelahiran Melaka.

Beliau menerbitkan banyak majalah dan buku termasuk Hikayat Faridah Hanom yang dianggap antara karya roman Melayu terawal.[1] Beliau juga dipengaruhi pergerakan Islah dibawa Muhammad ʿAbduh dan Qasim Amin yang menerajui pembaharuan Islami progresif dalam masyarakat Tanah Melayu sezamannya terutamanya meningkatkan kedudukan dan ehwal wanita; beliau pengasas gerakan Kaum Muda.[2]

Awal hidup

Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka pada 22 Rejab 1284 Hijrah bersamaan 22 November 1867 Masihi. Beliau anak keempat dari dari lima adik beradik; beliau seorang sahaja yang masih hidup manakala yang selebihnya meninggal dunia ketika masih kecil.[3] Ibunya berketurunan Melayu manakala bapanya Syed Ahmad ibn Hasan ibn Saqaf al-Hady al-Ba’alawi anak hasil perkahwinan kepada Hasan bin as-Saqqāf, seorang petani yang berjaya dalam keluarga peranakan Arab dari Hadramamaut, Yaman[4][5] dengan seorang bangsawan Johor tuan beberapa bidang tanah di Melaka.[6]

Pendidikan

Ketika Sheikh berusia 7 tahun, beliau mengikuti ayahnya dan bapa saudaranya (yakni abang Ahmad) Syed Muhammad ke Pulau Penyengat[7] di tempat keluarga besar mereka yang mempunyai pertalian dengan Yamtuan Muda Kesultanan Riau-Lingga, Raja Ali Kelana[8][9] yakni adinda Sultan Abdul Rahman II.[10] Di sini beliau menjadi anak angkat kepada Yamtuan tersebut pada usia 15 tahun[11] dan berguru ilmu nahu Melayu dan Arab serta fekah.

Beliau melanjutkan pengajiannya di Terengganu bersama bapa saudaranya Syed Muhammad yang punya keluarga dekat dengan kerabat Sultan Omar Riayat Shah melalui pelantikan mufti negeri pertama itu dari Riau.[12] Beliau dihantar kembali ke pulau Penyengat dua tahun kemudian untuk menyempurnakan pengajian budaya Melayu dan fekah.[13]

Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rasyidiyyah, sebuah kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an[14] yang membincangkan masalah kemunduran menimpa masyarakat Melayu dan idea yang mampu membebaskan dan membawa ke arah kemajuan;[15] beliau dikenali dalam kalangan rakan seperjuangannya sebagai "Wan Anum" kerana penampilan wajah yang merah seperti buah "ranum".[16] Beliau turut dipertanggungjawabkan menjaga rumah wakaf pengunjung istana sultan; di rumah ini beliau mengenali banyak guru agama dari sejauh Palembang dan Tanah Minangkabau.[17]

Beliau diundang bersama Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin pada hujung tahun 1894 sebagai wakil Jawi utama menjemput para pelajar Nusantara yang mengaji di Mekah, Beirut dan Kaherah;[18] Beliau berpeluang menghadiri syarahan Muhammad Abduh semasa di Universiti al-Azhar[19] serta syarahan Imam Rasyid Ridha di Mekah.[20]

Pada 1901, Raja Ali Kelana melantiknya sebagai pentadbir urus syarikat kilang batu bata Batam Brickworks beribu pejabat di Prinsep Street pusat Singapura;[21] syarikat ini dibeli empat tahun sebelumnya dari kerajaan jajahan Belanda[22] membekalkan batu bata pembinaan di jajahan tersebut serta Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.[23]

Kerjaya penulisan

Bersama-sama Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad Tahar, mereka memulakan penerbitan majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di Singapura;[24] majalah tersebut mengikuti pecontoh majalah bahasa Arab al-Manār terbitan Imam Rasyid Ridha sendiri.[25] Syeikh Al-Hadi bekerja sebagai penterjemah banyak rencana makalah-makalah Mesir termasuk al-Liwā' , al-ʿĀlam al-islāmī dan al-Mu'aiyad ke dalam bahasa Melayu pada ketika ini.[26] Bahkan, Raja Ali Kelana turut memberi sumbangan kewangan[27] serta menyumbang rencana kepada al-Imam.[28] Pada 4 Februari 1908, beliau membuka Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura yang mengajarkan ilmu hisab, ilmu bumi, tawarikh dan penulisan.[29] Kemerosotan ekonomi dalam kerajaan Riau-Lingga zu memaksa penutupan kedua-dua perusahaan; Al-Imām tamat terbit pada Disember 1908 selepas 31 isu[25] manakala Madrasah al-Iqbal terpaksa ditutup pada tahun selepasnya.[30]

Antara tahun 1909 - 1915, beliau menjadi peguam di mahkamah syariah di Johor Bahru. Tetapi pada tahun 1915, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tersebut membolehkan beliau kembali ke Melaka dan membuka madrasah di sana bersama Haji Abu Bakar Ahmad yang kemudian dikenali sebagai Madrasah Al-Hadi.

Pindah Ke Pulau Pinang

Tetapi masyarakat Melayu di Melaka tidak menyukai cara pengajaran yang disampaikan oleh beliau yang ketika itu disifatkan terlalu radikal dan kontroversi. Kemudian pada tahun 1916, beliau berpindah ke Pulau Pinang dan membuka Madrasah Al-Mashoor, dimana salah seorang tenaga pengajar di madrasah itu ialah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari. Madrasah al-Mashhor juga antara antara madrasah yang terkenal dengan pengaruh gerakan radikal pada zaman penjajah. Madrasah tersebut merupakan sebagai instrumen untuk memberi pendidikan kepada pemikir dan aktivis reformis muda Muslim ketika itu.

Pada tahun 1927, beliau meninggalkan profesion perguruan dan membuka Percetakan Jelutong di Pulai Pinang yang merupakan penerbitan yang bersifat reformasi Islam. Beliau menerbitkan Tafsir Al-Quran oleh Muhammad Abduh dan juga lain-lain penerbitan berkaitan artikel dan buka reformasi. Pada tahun 1926, beliau melancarkan jurnal bulanan, Al-Ikhwan dan pada tahun 1928, beliau menerbitkan akhbar harian, Saudara. Antara penulis untuk akhbar Saudara ialah Abdul Rahim Kajai.

Kematian

Sheikh meninggal dunia pada 20 Februari 1934 di rumahnya di Jelutong. Anaknya Alwi berpendapat beliau meninggal akibat sakit jangkitan otak,[31] namun cucunya Mohamed Alwi meragui dakwaan ini berdasarkan pemerhatian sakit tengkuk dan lengan kiri yang difahamkannya sebagai gejala serangan jantung.[32]

Jenazah Syeikh dikebumikan di Tanah Perkuburan Jelutong selepas sembahyang Jumaat[33] dengan majlis ringkas atas permintaan sekadar sembahyang jenazah diketuai oleh Syeikh Tahir Jalaluddin dan bacaan talkin oleh Abdullah al-Maghribi.[34] Pendeta Za'ba menulis belasungkawa memperingati beliau dalam isu 24 Februari akhbar Saudara menyatakan pemergiannya kehilangan yang besar kepada gerakan Islah serata Semenanjung.[35]

Karya penulisan

Hasil penulisannya termasuk:-

  • Hikayat Faridah Hanom (1925)
  • Hikayat Taman Cinta Berahi atau Mahir Afandi dengan Iqbal Hanum (1928).[36]
  • Hikayat Anak Dara Ghassan atau Hindun dengan Hammad (1928–29), Jelutong Press - saduran Fatāt Ghassān karya Jurjī Zaidān.[37]
  • Hikayat Puteri Nur ul-ʿAin atau Bahaya Bercerai Talak Tiga dan Bercina Buta (1929)[38]
  • Hikayat Cermin Kehidupan (1929)
  • Anak dara Ghasan, jilid 1-2. Singapura: Harmy, 1959.
  • Hikayat setia asyik kepada maksuk. Pulau Pinang: Jelutong Press.

Bukan cereka

  • At-Tarbiya wa-t-taʿlīm. Pemeliharaan dan Pembelajaran (1908) – himpunan rencana berdasarkan buku at-Tahliya wa-t-tarġīb fī tarbiya wa-t-tahḏīb nukilan Saiyid Muhammad.[39]
  • At-Taʾrīkh al-islāmī (1922). Penang: Mercantile Press[40][41]
  • Tafsir Juzuk ʿAmma yatasā'alūn, (1927) Jelutong Press – terjemahan ulasan Surah An-Naba’ oleh Muhammad ʿAbduh.[42]
  • Tafsīr al-Fātihah (1928): Jelutong Press – terjemahan ulasan Surah al-Fatihah oleh Muhammad ʿAbduh tahun 1901.[41]
  • Kitab 'Alam Perempuan (1930). Jelutong Press.[43] Adaptasi buku Taḥrīr al-Marʾa ("Pembebasan Wanita") karya Qāsim Amīn termasuk penulisan mengenai pejuang hak wanita Mesir seperti Huda Syaarawi.[44]
  • Ugama Islam dan 'Akal (1931) Jelutong Press.[45]

Penerjemahan

Beliau juga memperkenalkan kisah-kisah watak detektif Perancis Rocambole karya Pierre Alexis Ponson du Terrail melalui penerjemahan bahasa Arab[46] yang mula-mula diterbitkan dalam majalah al-Ikhwān tahun 1928 sebelum beralih ke majalah Saudara tahun 1929.[47] Kerja penerjemahan ini diketahui memperkenalkan genre detektif dalam sastera Melayu moden.[47]

Rujukan

  1. ^ Bahjat / Muhammad: The Significance of the Arabic-Modelled Malay Novel Hikayat Faridah Hanum. 2010. S. 249.
  2. ^ Hooker: Transmission Through Practical Example. 1994, S. 116.
  3. ^ Alwi al-Hady 1999, halaman 69
  4. ^ Alatas: Syed Sheikh Ahmad Al-Hady. 2009, S. 169.
  5. ^ Simon Soon: Rearranging the Eros of Material Life: Specular Composition in the Annals of Archipelagic Modernism. Post des Museum of Modern Art.
  6. ^ Za'ba 1940, halaman 155
  7. ^ Alwi al-Hady 1999, halaman 70
  8. ^ Tan 1999, halaman 109
  9. ^ Ibrahim bin Abu Bakar 1994, halaman 52
  10. ^ Alwi bin Sheikh Alhady: Malay Customs and Traditions. Reprint Donald Moore Press, Singapur 1967. S. XI–XII.
  11. ^ Yahya Ismail 1985, halaman 53
  12. ^ Sutherland, Heather (March 1980). "The Transformation of the Trengganu Legal Order". Journal of Southeast Asian Studies. 11 (1): 4–5. doi:10.1017/s0022463400018968.
  13. ^ Alwi al-Hady 1999, halaman 70–73
  14. ^ Azra: The Transmission of al-Manārs Reformism to the Malay-Indonesian World. 2007, S. 148.
  15. ^ Tan 1999, halaman 111
  16. ^ Gordon 1999, halaman 5
  17. ^ Ibrahim bin Abu Bakar 1994, halaman 56
  18. ^ Ismail: Syed Syeikh al-Hadi: Penggerak Kebangkitan Melayu Abad ke-20. 2003, S. 13.
  19. ^ Laffan: Islamic Nationhood and Colonial Indonesia. 2003, m/s. 149.
  20. ^ Ibrahim bin Abu Bakar 1994, halaman 58
  21. ^ Alwi al-Hady 1999, halaman 72
  22. ^ Roff 1994, halaman 63
  23. ^ Alwi al-Hady 1999, halaman 75
  24. ^ Tan 1999, halaman 112
  25. ^ a b Othman 2006, halaman 128, rujuk juga di Malay Concordance Project.
  26. ^ Laffan: Islamic Nationhood and Colonial Indonesia. 2003, m/s. 150.
  27. ^ Tan 1999, halaman 122
  28. ^ Gordon 1999, halaman 11
  29. ^ Alwi al-Hady 1999, halaman 78
  30. ^ Alwi al-Hady 1999, halaman 78
  31. ^ Alwi al-Hady 1999, halaman 69
  32. ^ Alwy al-Hady: Syed Sheikh: Through the Prism of a Child’s Eyes. 1999, S. 100.
  33. ^ Amirah binti Abdullah: Al-Hadi, Syed Sheikh bin Ahmad. 2013, m/s. 21a
  34. ^ Alwy al-Hady: Syed Sheikh: Through the Prism of a Child’s Eyes. 1999, S. 100f.
  35. ^ Abdul Rahman Haji Ismail: Sayyid Syaikh al-Hadi: Satu Catatan tentang Tarikh Lahir, Umur dan Kematiannya in Jurnal Ilmu Kemanusiaan 6 (1999) 132-141. juga m/s. 136.
  36. ^ Othman 2006, halaman 135
  37. ^ Samat: Syed Syeikh al-Hadi. 2003, S. 87f.
  38. ^ Roff 1994, halaman 275
  39. ^ a b Ibrahim bin Abu Bakar 1994, halaman 77
  40. ^
  41. ^ a b Zakariya: Sayyid Shaykh Aḥmad al-Hādī’s Contributions to Islamic Reformism in Malaya. 2009, S. 211.
  42. ^ Za'ba 1940, halaman 154
  43. ^ Roff 1994, halaman 79
  44. ^ Othman 2006, halaman 137
  45. ^ Alatas: Syed Sheikh Ahmad Al-Hady. 2009, S. 174a.
  46. ^ Roff 1974, halaman 460, 462
  47. ^ a b Roff 1974, halaman 460
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> tiada atribut nama.
Sumber utama
  • Gordon, Alijah, penyunting (1999). The Real cry of Syed Shaykh Al-Hady. Kuala Lumpur: Malaysian Sociological Research Institute.
    • Gordon, Alijah (1999). Riau: The Milieu of Syed Shaykh’s Formative Years & the Aspirations of the Subjugated Umma.
    • Alwi Al-Hady, Syed (1999). The Life of My Father.
    • Tan, Linda (1999). Syed Shaykh, His Life and Times. m/s. 109–62.
  • Ibrahim bin Abu Bakar (1994). Islamic modernism in Malaya: the life and thought of Sayid Syekh al-Hadi, 1867–1934. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
  • Othman, Mohammad Redzuan (2006). "Idea Kemajuan dalam Pemikiran dan Perjuangan Sayyid Shaykh al-Hadi". Sejarah pembinaan negara bangsa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. m/s. 125–144.
  • Roff, William R. (1974). "The mystery of the first Malay novel". Bijdragen Tot de Taal-, Land- En Volkenkunde. 130 (4): 450–64.
  • Roff, William R. (1994). The origins of Malay nationalism. Oxford Univ. Press. ISBN 967653059X.
  • Yahaya Ismail (1985). "Sayid Syekh Ahmad al-Hadi: Pembuka Zaman Baru Dalam Bidang Novel di Bumi Pulau Pinang". Dalam Abdul Latiff Abu Bakar (penyunting). Warisan Sastera Pulau Pinang. Kuala Lumpur: Selangor Press. m/s. 52–78..
  • Za'ba (Januari 1940). "Modern Developments (a chapter from A History of Malay Literature by R.O. Winstedt)". JMBRAS. XVII–III: 142–162.
  • William Roff, The origins of Malay nationalism, 1967.
  • Sejarah Malaysia