TUDM Butterworth

TUDM Butterworth is located in Bumi
TUDM Butterworth
TUDM Butterworth (Bumi)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
18/36 2,438 7,999 Asphalt
Sumber: AIP Malaysia[1] and DAFIF[2][3]

Pangkalan Udara Butterworth (IATA: BWHICAO: WMKB) adalah sebuah pangkalan udara utama milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkalan ini terletak di bahagian utara bandar Butterworth. Di kalangan penduduk tempatan ia dipanggil sebagai “Matang Kucing” iaitu singkatan daripada nama Permatang Kucing, nama tempat asal sebelum dibangunkan pangkalan udara dan juga kadangkala dipanggil “Padang RAAF”.

Selamat datang ke Pangkalan Udara Butterworth

Pangkalan Udara TUDM Butterworth kini menempatkan Skuadron F/A-18D TUDM di samping Sekolah Latihan Penerbangan (Pulatibang) TUDM.

TUDM Butterworth juga adalah pusat pemerintahan pertahanan udara IADS di bawah Program Pertahanan Lima Negara.

Sejarah

Sejarah pangkalan udara Butterworth bermula dalam tahun 1941 apabila Tentera Udara Diraja British (RAF) membuka sebuah pangkalan pembaikan pesawat. Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) kemudian menggunakan pangkalan pembaikan ini sebagai penempatan pesawat peninjau menggunakan pesawat Brewster Buffalo.

Pada 7 Disember 1941, pangkalan ini digunakan oleh pasukan Berikat untuk menempatkan pesawat pengebom Blenheim milik RAF dan pesawat Brewster Buffalo milik RAAF. Dua hari kemudian, 9 Disember 1941 pangkalan ini diserang oleh pesawat udara Jepun. Kesemua pesawat pengebom jenis Bleinheim musnah. Pangkalan Udara Butterworth sendiri rosak teruk. Beberapa pesawat Brewster Buffalo dapat berlepas untuk memberikan tentangan tetapi tidak dapat bersaing dengan keupayaan pesawat juang tentera laut jenis Mitsubishi A6M Zero dan pesawat juang tentera darat Nakajima Ki-43 Hayabusa. Selepas ditawan Jepun, sebuah landasan dibina di arah timur-barat untuk kegunaan tentera udara Jepun. Landasan ini masih ada sekarang dan digunakan untuk memarkir kapal terbang.

Setelah Jepun menyerah diri, pangkalan Butterworth kembali digunakan oleh Tentera Udara Diraja British untuk mengisi minyak pesawat untuk perjalanan Singapura ke Sri Lanka. Semasa darurat, pangkalan udara Butterworth digunakan oleh 33 Skuadron RAF (dilengkapkan dengan Hawker Tempest) untuk menjalankan misi pengeboman dan serangan roket ke atas kubu dan kedudukan pengganas komunis. Operasi ini berterusan sehingga tahun 1955. Pesawat pengebom jenis Avro Lincoln milik RAAF juga ditempatkan di Butterworth bagi menjalankan misi pengeboman.

Pada tahun 1955, RAF menyerahkan pangkalan udara Butterworth kepada RAAF. Pangkalan Udara Butterworth dibina semula dengan belanja A$10 juta. Sebuah landasan dengan panjang 3,000 meter dibina dengan arah utara-selatan (landasan yang ada sekarang). Walaupun milik RAF, RAAF menggunakan Pangkalan Udara Butterworth untuk menempatkan 78 Fighter Wing terdiri dari 3 Skuadron dan 77 Skuadron dengan pesawat F-86 Sabre dan 2 Skuadron dengan pesawat pengebom English Electric Canberra. Semasa Konfrontasi Indonesia 1963-1966, pesawat Sabre dari 77 Skuadron RAAF selalu memintas pencerobohan oleh pesawat Mig-21 milik TNI-AU Indonesia.[4]

Terminal

untuk Masa Kini TUDM Butterworth, hanya memiliki 1 Terminal untuk menjalankan kegiatan Operasional, Non Sivil.

TUDM Butterworth

B737-7h6 BBJ, pesawat eksekutif Kerajaan Malaysia yang membawa orang kenamaan khususnya Yang DiPertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja Tanah Melayu

Pangkalan Udara Butterworth diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada 31 Mac 1970 sebagai memenuhi Persetujuan Dudley 1955. Oleh kerana TUDM masih belum mempunyai keupayaan tempur, Tentera Udara Diraja Australia masih diberikan tanggungjawab untuk memberikan perlindungan pertahanan udara. Oleh itu, 2 buah skuadron Dassault Mirage III RAAF ditempatkan di Butterworth.

TUDM Butterworth juga dijadikan ibu pejabat Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (IADS) di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) melibatkan Malaysia, Australia, Singapura, New Zealand dan United Kingdom.

Dalam tahun 1969, 11 Skuadron TUDM ditubuhkan menggunakan 12 pesawat F86 Avon Sabre yang didermakan Australia. Pada 1 Januari 1971, Pusat Pertahanan Udara TUDM menempatkan radar Marconi A600 di Butterworth, menggantikan unit radar RAF di Pulau Pinang. 3 Skuadron TUDM dengan helikopter S-61 Nuri juga ditempatkan di TUDM Butterworth.

Pada 31 Mei 1975, 12 Skuadron TUDM ditubuhkan dengan kelengkapan 16 buah pesawat pejuang supersonik jenis Northrop F5E. 11 Skuadron F86 (Sabre) dibubarkan dan ditubuhkan semula dalam tahun 1983 dengan pesawat peninjau RF-5E Tigereye. Dalam tahun 1986, 18 Skuadron TUDM ditubuhkan di Butterworth dengan 8 buah pesawat F-18D Hornet.

Kini TUDM Butterworth menjadi pangkalan udara utama untuk TUDM. Tetapi RAAF masih menempatkan satu skuadron sokongan untuk membolehkan penempatan pesawat-pesawat terbang dari RAAF untuk beroperasi di TUDM Butterworth. RAAF selalu menempatkan satu detasmen pesawat P-3C Orion di TUDM Butterworth. Pesawat F/A-18 Hornet RAAF juga selalu digilirkan penempatan di Butterworth.

Destinasi

hanya memiliki Destinasi Lapangan Terbang Militer sahaja, dengan antara Lapangan Terbang Tentera ini, dengan Lapangan Terbang Tentera Lainnya.

Pengangkutan

Kerana ia bukan Lapangan Terbang Sivil, jadi Hanya Kendaraan milik Tentera dan yang sebagainya sahaja yang Boleh Masuk kawasan TUDM Butterworth.

Rujukan

  1. ^ AIP Malaysia: WMKB - Butterworth Diarkibkan 2011-07-22 di Wayback Machine at Department of Civil Aviation Malaysia
  2. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WMKB di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
  3. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai BWH di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
  4. ^ Alex Tewes (2003). "Australia's F/A-18 Hornet Aircraft Implications of Use in Iraq" (dalam bahasa Inggeris). Parliament of Australia. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Pautan luar

  • RMAF Base Butterworth
  • Gambar satelit pangkalan udara TUDM Butterworth dari Wikimapia
  • l
  • b
  • s
Lapangan Terbang TUDM Butterworth (RMAF Butterworth)
perihal

• Kampung Pengkalan Tudm, 13050 Butterworth, Pulau Pinang

Kod IATA dan ICAO

IATA : BWHICAO : WMKB

Terminal
• Terminal utama
Destinasi
• Destinasi (Tiada Destinasi Berjadual)
Pengangkutan
• Pengangkutan
Pihak berkuasa dan pengendali
Lapangan Terbang yang wujud di Pulau Pinang

• WMKB (BWH) - TUDM Butterworth (RMAF Butterworth) - Butterworth, Pulau Pinang
• WMKP (PEN) - Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas - George Town, Pulau Pinang

www.airforce.mil.my/index.php/bm/

Pengangkutan di Malaysia

Pelancongan di Malaysia
  • l
  • b
  • s
  Senarai Lapangan Terbang di Malaysia
kod Dagangan

MYX: 5014 / MYL5014OO005 (Malaysia Airports Holdings Berhad) • MYX: 2194 / MYL2194OO008 (MMC Corporation Berhad)

Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat)

Alor Setar (AOR) • Ipoh (IPH) • Johor Bahru (JHB) • Kota Bharu (KBR) • Kerteh (KTE) • Kuantan (KUA) • Kuala Lumpur  - Sepang (KUL) • Langkawi (LGK) • Melaka (MKZ) • Pulau Pinang (PEN) • Pangkor (PKG) • Redang (RDN) • Subang (SZB) • Kuala Terengganu (TGG) • Tioman (TOD)

Borneo Malaysia (Malaysia Timur)

Bakelalan (BKM) • Bario (BBN) • Belaga (BLG) • Bintulu (BTU) • Kapit (KPI) • Keningau (KGU) • Kota Kinabalu (BKI) • Kuching (KCH) • Kudat (KUD) • Labuan (LBU) • Lahad Datu (LDU) • Lawas (LWY) • Limbang (LMN) • Long Akah (LKH) • Long Banga (LBP) • Long Lellang (LGL) • Long Pasia (GSA) • Long Semado (LSM) • Long Seridan (ODN) • Marudi (MUR) • Miri (MYY) • Mukah (MKM) • Mulu (MZV) • Sandakan (SDK) • Sematan (BSE) • Semporna (SMM) • Sibu (SBW) • Tanjung Manis (WBGT) • Tawau (TWU)

Senarai Lapangan Terbang di Johor

• WMAB - Lapangan Terbang Batu Pahat - Batu Pahat, Johor
• WMAO - Lapangan Terbang Kong Kong - Kong Kong, Johor
• WMAP - Lapangan Terbang Kluang - Kluang, Johor
• WMAQ - Lapangan Terbang Labis - Labis, Johor
• WMAU (MEP) - Lapangan Terbang Mersing - Mersing, Johor
• WMAV - Lapangan Terbang Muar - Muar, Johor
• WMAZ - Lapangan Terbang Segamat (WMAZ) - Segamat, Johor
• WMKJ (JHB) - Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTA Sultan Ismail) - Senai / Johor Bahru, Johor
• ???? (???) - Pangkalan Udara TUDM Bukit Lunchu - Bukit Lunchu, Johor

Senarai Lapangan Terbang di Kedah

• ???? (KXP) - Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim - Kulim, Kedah
• WMAN - Lapangan Terbang Sungai Tiang - Sungai Tiang, Kedah
• WMBB - Lapangan Terbang Sg Petani - Sungei Patani, Kedah
• WMKA (AOR) - Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim - Alor Star, Kedah
• WMKL (LGK) - Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi - Langkawi (Pulau Langkawi), Kedah

Senarai Lapangan Terbang di Kelantan
Senarai Lapangan Terbang di Kuala Lumpur
Senarai Lapangan Terbang di Labuan

• WBKL (LBU) - Lapangan Terbang Labuan (RMAF Labuan) -, Labuan

Senarai Lapangan Terbang di Melaka

• WMKM (MKZ) - Lapangan Terbang Batu Berendam (Lapangan Terbang Melaka) -, Melaka

Senarai Lapangan Terbang di Pahang

• WMAC - Lapangan Terbang Benta - Benta, Pahang
• WMAD - Lapangan Terbang Bentong (WMAD) - Bentong, Pahang
• WMBE - Lapangan Terbang Temerloh - Temerloh, Pahang
• WMBT (TOD) - Lapangan Terbang Tioman - Pulau Tioman, Pahang
• WMKD – TUDM Kuantan (RMAF Kuantan) – Kuantan, Pahang
• WMKD (KUA) - Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (dahulu dikenali sebagai Lapangan Terbang Padang Geroda) / (RMAF Kuantan) - Kuantan, Pahang
• ???? (GTB) - Lapangan Terbang Genting - Tanah Tinggi Genting, Pahang
• ???? (???) - Pangkalan Udara TUDM Bukit Ibam - Bandar Muadzam Shah, Pahang

Senarai Lapangan Terbang di Negeri Perak

• WMAE - Lapangan Terbang Bidor - Bidor, Negeri Perak
• WMAH - Lapangan Terbang Grik (WMAH) (RMAF Grik) - Gerik, Negeri Perak
• WMAJ - Lapangan Terbang Jendarata - Jendarata, Negeri Perak
• WMBA (SWY) - Lapangan Terbang Sitiawan - Sitiawan, Negeri Perak
• WMBH - Lapangan Terbang Kroh (WMBH) (RMAF Kroh) - Kroh, Negeri Perak
• WMBI (TPG) - Lapangan Terbang Tekah / Lapangan Terbang Taiping - Taiping, Negeri Perak
• WMKI (IPH) - Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah - Ipoh, Negeri Perak
• WMLH - Lapangan Terbang Lumut - Lumut, Negeri Perak
• WMPA - Lapangan Terbang Pangkor - Pulau Pangkor, Negeri Perak

Senarai Lapangan Terbang di Pulau Pinang

• WMKB (BWH) - TUDM Butterworth (RMAF Butterworth) - Butterworth, Pulau Pinang
• WMKP (PEN) - Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas - George Town, Pulau Pinang

Senarai Lapangan Terbang di Sabah

• RP10 [Note 1] (LAC) - Lapangan Terbang Layang-Layang - Pulau Layang-Layang, Sabah
• WBKA (SMM) - Lapangan Terbang Semporna - Semporna, Sabah
• WBKB - Lapangan Terbang Kota Belud - Kota Belud, Sabah
• WBKD (LDU) - Lapangan Terbang Lahad Datu - Lahad Datu, Sabah
• WBKE (TEL) - Lapangan Terbang Telupid - Telupid, Sabah
• WBKG (KGU) - Lapangan Terbang Keningau - Keningau, Sabah
• WBKH (SXS) - Lapangan Terbang Sahabat - Sahabat, Sabah
• WBKK (BKI) - Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu - Kota Kinabalu, Sabah
• WBKM (TMG) - Lapangan Terbang Tommanggong - Tommanggong, Sabah
• WBKN (GSA) - Lapangan Terbang Long Pasia - Long Pasia, Sabah
• WBKO (SPE) - Lapangan Terbang Sepulot - Sepulot, Sabah
• WBKP (PAY) - Lapangan Terbang Hutan Bakau Pamol - Pamol, Sabah
• WBKR (RNU) - Lapangan Terbang Ranau (WBKR) - Ranau, Sabah
• WBKS (SDK) - Lapangan Terbang Sandakan - Sandakan, Sabah
• WBKT (KUD) - Lapangan Terbang Kudat - Kudat, Sabah
• WBKU - Lapangan Terbang Kuala Penyu (WBKU) - Kuala Penyu, Sabah
• WBKW (TWU) - Lapangan Terbang Tawau - Tawau, Sabah

Senarai Lapangan Terbang di Sarawak

• WBGA - Lapangan Terbang Long Atip - Long Atip, Sarawak
• WBGB (BTU) - Lapangan Terbang Bintulu - Bintulu, Sarawak
• WBGC (BLG) - Lapangan Terbang Belaga - Belaga, Sarawak
• WBGD (LSM) - Lapangan Terbang Long Semado - Long Semado / Lawas, Sarawak
• WBGE - Lapangan Terbang Long Geng - Long Geng, Sarawak
• WBGF (LGL) - Lapangan Terbang Long Lellang - Long Lellang, Sarawak
• WBGG (KCH) - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching - Kuching, Sarawak
• WBGI (ODN) - Lapangan Terbang Long Seridan - Long Seridan, Sarawak
• WBGJ (LMN) - Lapangan Terbang Limbang - Limbang, Sarawak
• WBGK (MKM) - Lapangan Terbang Mukah - Mukah, Sarawak
• WBGK (MKM) - Lapangan Terbang Mukah Baharu - Mukah, Sarawak
• WBGL (LKH) - Lapangan Terbang Long Akah - Long Akah, Sarawak
• WBGM (MUR) - Lapangan Terbang Marudi - Marudi, Sarawak
• WBGN (BSE) - Lapangan Terbang Sematan - Sematan, Sarawak
• WBGO - Lapangan Terbang Lio Matu - Lio Mato, Sarawak
• WBGP (KPI) - Lapangan Terbang Kapit - Kapit, Sarawak
• WBGQ (BKM) - Lapangan Terbang Bakelalan - Ba'kelalan, Sarawak
• WBGR (MYY) - Lapangan Terbang Miri - Bandar Miri, Sarawak
• WBGS (SBW) - Lapangan Terbang Sibu - Sibu, Sarawak
• WBGT - Lapangan Terbang Tanjung Manis - Tanjung Manis, Sarawak
• WBGU (LSU) - Lapangan Terbang Long Sukang - Long Sukang, Sarawak
• WBGW (LWY) - Lapangan Terbang Lawas - Lawas, Sarawak
WBGY (SGG) - Lapangan Terbang Simanggang - Sri Aman, Sarawak
• WBGZ (BBN) - Lapangan Terbang Bario - Bario, Sarawak
• WBFC / WBMU (MZV) - Lapangan Terbang Mulu - Mulu, Sarawak
WMLU [Note 2] - Lapangan Terbang Lutong - Lutong, Sarawak
• ???? (LBP) – Lapangan Terbang Long Banga - Long Banga, Sarawak

Senarai Lapangan Terbang di Selangor

• WMBF - Lapangan Terbang Ulu Bernam - Ulu Bernam, Selangor
• WMBJ - Lapangan Terbang Jugra (RMAF Bukit Jugra) - Jugra, Selangor
• WMBR - Lapangan Terbang Sungai Bernam - Hulu Selangor, Selangor
• WMKK (KUL) - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur - Sepang, Selangor
• WMSA (SZB) - Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah - Subang Jaya, Selangor
• ???? (???) - Institut Latihan Pengurusan Materiel, TUDM Kinrara; - Kinrara, Selangor

Senarai Lapangan Terbang di Negeri Sembilan
Senarai Lapangan Terbang di Terengganu
Nota
  1. ^ Lapangan Terbang ini memiliki kod ICAO sementara iaitu RP10
  2. ^ Walaupun Kod Lapangan Terbang ini mengikut Format Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat), Lokasi Lapangan Terbang ini berada di Malaysia Timur (Borneo Malaysia) Yang memiliki Format Awalan yang berlainan iaitu WB
Lihat juga
www.senaiairport.com (laman sesawang Senai Airport)
www.malaysiaairports.com.my (laman sesawang Malaysia Airports)
www.caam.gov.my (laman sesawang Pihak Berkuasa Penerbangan Sivil Malaysia)
www.airforce.mil.my/index.php/bm/ (laman sesawang Tentera Udara DiRaja Malaysia)