Tolok landasan

Tolok landasan
Tolok landasan
Mengikut mod pengangkutan
  • Trem
  • Alihan laju
  • Miniatur
  • Model skala
Mengikut ukuran (senarai)
Senarai grafik tolok landasan
Senarai grafik tolok landasan

Minimum
  Lima belas inci 381 mm (15 in)

Sempit
 
  • 600 mm
  • Dua kaki
  • 600 mm
  • 610 mm
  • (1 kaki ​11 58 in)
  • (2 kaki)
 
  • 750 mm
  • Tolok Bosnia
  • Tolok Imperial
  • 750 mm
  • 760 mm
  • 762 mm
  • (2 kaki ​5 12 in)
  • (2 kaki ​5 1516 in)
  • (2 kaki 6 in)
 
  • Tiga kaki Sweden
  • 900 mm
  • Tiga kaki
  • 891 mm
  • 900 mm
  • 914 mm
  • (2 kaki ​11 332 in)
  • (2 kaki ​11 716 in)
  • (3 kaki)
  Meter 1,000 mm (3 kaki ​3 38 in)
  Tolok Tanjung 1,067 mm (3 kaki 6 in)
  Empat kaki sifar inci 1,219 mm (4 kaki 0 in)
  Tolok Scotland 1,372 mm (4 kaki 6 in)

  Piawai 1,435 mm (4 kaki ​8 12 in)

Lebar
  Tolok Dresden 1,450 mm (4 kaki ​9 332 in)
  Tolok Leipzig 1,458 mm (4 kaki ​9 1332 in)
  Tolok Toronto 1,495 mm (4 kaki ​10 78 in)
 
  • Tolok Rusia
  • 1,524 mm
  • 1,520 mm
  • 1,524 mm
  • (4 kaki ​11 78 in)
  • (5 kaki)
 
  • Tolok Pennsylvania
  • Tolok Pennsylvania
  • Tolok Ireland
  • 1,581 mm
  • 1,588 mm
  • 1,600 mm
  • (5 kaki ​2 14 in)
  • (5 kaki ​2 12 in)
  • (5 kaki 3 in)
  Tolok Baltimore 1,638 mm (5 kaki ​4 12 in)
 
  • Tolok Iberia
  • Tolok India
  • 1,668 mm
  • 1,676 mm
  • (5 kaki ​5 2132 in)
  • (5 kaki 6 in)
Perubahan tolok
  • Pecah tolok
  • Penukaran (senarai)
  • Penukaran bogi
  • Tolok boleh ubah
  • Tolok duaan
Mengikut tempat
  • Amerika Selatan
  • Amerika Utara
  • Australia
  • Eropah
  • l
  • b
  • s

Tolok landasan atau lebar landasan kereta api[1] merupakan jarak di antara dua rel bagi suatu landasan kereta api. Kesemua kenderaan pada rangkaian rel hendaklah mempunyai set roda yang bersesuaian dengan tolok landasan. Disebabkan pelbagai jenis tolok landasan digunakan di seluruh dunia, perbezaan tersebut menjadi hambatan kepada pengendalian rangkaian kereta api yang lebih meluas. Istilah "tolok" yang digunakan bermaksud untuk memastikan jarak di antara rel adalah betul.

Penggunaan istilah

Penggunaan paling umum "tolok landasan" merujuk kepada jarak di antara permukaan dalam bagi dua rel yang menggalas muatan bagi suatu landasan kereta api. Istilah ini berasal daripada "tolok", suatu alat dengan cuping berkedudukan tepat pada setiap hujungnya yang digunakan oleh pekerja landasan untuk memastikan jarak sebenar antara rel terletak berada dalam had terima piawaian yang ditetapkan, contohnya pada selekoh, jaraknya lebih lebar daripada biasa.[2]

Unit

Tolok ditakrifkan dalam unit-unit imperial, metrik atau Sistem Unit Antarabangsa (SI). Unit imperial ditubuhkan di United Kingdom oleh Akta Timbang dan Sukat 1824. Unit lazim Amerika Syarikat untuk panjang berlainan dengan sistem imperial sehinggalah tahun 1959 apabila satu ela antarabangsa ditakrifkan sebagai 0.9144 meter dan sebagai unit terbitan, 1 kaki (=​13 ela) sebagai 0.3048 meter dan 1 inci (=​136 ela) sebagai 25.4 mm.

Senarai di bawah menunjukkan unit-unit imperial dan lain yang digunakan untuk pentakrifan tolok landasan:

Unit Setara dengan SI Contoh tolok landasan
Kaki Imperial 304.8 mm
Kaki Kastilia 278.6 mm
  • 6 kaki Kastilia = 1,672 mm (65.8 in)
  • 2 kaki Kastilia = 558 mm (1 kaki ​9 3132 in)
Kaki Portugal 332.8 mm 5 kaki Portugal = 1,664 mm (65.5 in)
Kaki Sweden 296.904 mm
  • 3 kaki Sweden = 891 mm (35.1 in)
  • 2.7 kaki Sweden = 802 mm (31.6 in)
Kaki Prusia (Rheinfuß) 313.85 mm 2 12 kaki Prusia = 785 mm (30.9 in)
Fatom Austria 1520 mm 12 fatom Austria = 760 mm (30 in)

Rujukan

  1. ^ "carian: railway gauge". prpmv1.dbp.gov.my. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 6 Jun 2022 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ Wilson, John (2021). The train to Oodna-Woop-Woop: a social history of the Afghan Express (dalam bahasa Inggeris). Banksia Park, Australia Selatan: Sarlines Railway Books. m/s. 31. ISBN 9780646842844.

Pautan luar

  • OpenRailwayMap. Peta tolok landasan sejagat
  • George W. Hilton (1 Mei 2006). "A history of track gauge" [Sejarah tolok landasan]. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2007.
  • Juan Manuel Grijalvo – The Myth of the "Standard" Gauge
Portal:
  • ikon kereta api Kereta api
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Jerman