Tulisan Jawa

"Wikipedia" dalam tulisan Jawa

Tulisan Jawa (juga dikenali sebagai huruf Jawa, hanacaraka atau abjad Jawa; Jawa: Aksara Jawacode: jv is deprecated ) ialah satu sistem tulisan abjad suku kata yang digunakan oleh orang Jawa untuk menulis dalam bahasa Jawa. Ia juga digunakan di Bali, Sunda, dan Madura. Bahkan ditemukan pula surat-surat dalam bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Hanacaraka. Tulisan ini berasal daripada tulisan kawi yang mempunyai asal-usul dari tulisan Brahmi di India.

Hanacaraka dinamakan sedemikian kerana lima huruf pertamanya membentuk sebutan "ha-na-ca-ra-ka". Hanacaraka juga boleh merujuk kepada kelompok sistem tulisan yang berkait rapat dengan tulisan Jawa dan menggunakan susunan abjad yang sama, iaitu tulisan Jawa sendiri, tulisan Bali dan tulisan Sunda.

Tulisan Jawa muncul pada sekitar kurun ke-9. Namun begitu, penggunaannya dihentikan pada tahun 1942 ketika Jepun menyerbu Jawa dan digantikan dengan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi Republik Indonesia.

Lagenda Hanacaraka

Abjad Jawa dikaitkan dengan Hanacaraka, sebuah lagenda mengenai dua orang pahlawan bernama Dora dan Sambada yang bertarung. Keduanya adalah hamba Raja Aji Saka.

Terdapat 20 huruf dalam abjad Jawa, yang mana boleh disingkatkan kepada kata "hana caraka, data sawala, padha jayanya, maga bathanga", dalam bahasa Jawa bermaksud "dua utusan, mereka berbalah, dua-dua sama hebat, dua-dua mati". Dari segi harfiah:

hana = ada
caraka = utusan
data = datang
sawala = menentang
padha = sama-sama
jayanya = hebat
maga = menjadi
bathanga = batang (mayat)
  • hana caraka
    hana caraka
  • data sawala
    data sawala
  • padha jayanya
    padha jayanya
  • maga bathanga
    maga bathanga

Lagenda ini diceritakan kepada kanak-kanak yang baru belajar abjad Jawa untuk hiburan dan memudahkan ingatan.

Abjad

Huruf

Tulisan Jawa merupakan abjad suku kata, bermakna bahawa setiap unit terkecil (huruf) adalah suku kata (terdiri daripada satu bunyi konsonan dan satu bunyi vokal iringan). Suku kata ini boleh diubah suai dengan tanda-tanda yang dinamakan oleh orang Jawa sebagai sandhangan.

Terdapat 20 huruf asas dalam abjad Jawa:

ha na ca ra ka da ta sa wa la
pa dha ja ya nya ma ga ba tha nga

Pasangan

Pasangan membolehkan penggabungan beberapa konsonan untuk membentuk suku kata baru. Contohnya, na dan pasangan da boleh digabungkan untuk membentuk suku kata nda. Setiap huruf asas Jawa mempunyai pasangannya yang ditulis di bawah atau sejajar dengan huruf berikutnya.

Berikut ialah senarai pasangan bagi huruf asas Jawa:

ha na ca ra ka da ta sa wa la
pa dha ja ya nya ma ga ba tha nga

Aksara murda

Sesetengah huruf dalam abjad Jawa mempunyai bentuk khas yang dipanggil aksara murda. Seperti kegunaan huruf besar dalam abjad Rumi, aksara murda digunakan sebagai tanda kesantunan, contohnya dalam nama gelaran, nama orang, nama tempat, dan nama pemerintah. Berikut ialah senarai aksara murda, berserta pasangan:

Na Ka Ta Sa Pa Ga Ba

Aksara swara

Aksara swara (huruf vokal) ialah huruf khas yang berfungsi sebagai huruf vokal yang menjadi suku kata. Ia biasanya digunakan pada kata asing. Aksara swara tidak mempunyai pasangan. Berikut ialah senarai aksara swara:

a e é i o u

Perhatikan bahawa huruf e dibina menggunakan a dan pepet (lihat sandhangan swara).

Aksara rékan

Aksara rékan (huruf rekaan) ialah huruf-huruf yang ditambah untuk menampung penyerapan kata-kata Arab. Huruf-huruf ini dicipta dengan menambah cecak telu (tiga titik) pada huruf-huruf yang sedia ada. Terdapat tujuh aksara rékan, masing-masing mempunyai pasangan:

kha, dza, gha, fa, za, sya, sha

Huruf-huruf lain

Antara huruf-huruf lain yang terdapat dalam abjad Jawa ialah:

pa cerek - untuk bunyi re /rǝ/
nga lelet - untuk bunyi le /lǝ/

Sandhangan

Sandhangan ialah tanda yang mengubah bunyi suku kata. Terdapat bermacam-macam jenis sandhangan dalam tulisan Jawa. Sandhangan terbahagi kepada tiga kategori:

  • sandhangan swara
  • sandhangan panyigeging wanda
  • sandhangan wyanjana

Sandhangan swara

Sandhangan swara ialah tanda yang bertindak sebagai "baris" kepada suku kata. Ia digunakan untuk membatalkan bunyi asal /a/ dalam suku kata dan menggantikannya dengan vokal lain, umpamanya /i/ dan /u/. Terdapat lima jenis sandhangan swara:

wulu - untuk bunyi /i/
suku - untuk bunyi /u/
pepet - untuk bunyi /ǝ/
taling - untuk bunyi /e/
taling tarung - untuk bunyi /o/

Contohnya, ha dengan wulu menghasilkan suku kata /hi/.

Sandhangan panyigeging wanda

Sandhangan panyigeging wanda digunakan untuk mengakhiri suku kata dengan bunyi konsonan.

layar - untuk bunyi /r/
wignyan - untuk bunyi /h/
cecak - untuk bunyi ng /ŋ/
patèn atau pangkon - untuk 'membunuh' bunyi pada sebuah huruf-huruf lainnya.

Contohnya, ha dengan layar menghasilkan suku kata /har/, kemudian ha dengan wignyan menghasilkan suku kata /hah/, lalu ha dengan cecek mengahasilkan suku kata /haŋ/. Lalu ha dan na dengan patèn menghasilkan suku kata /han/. Sementara itu ha, ra dan nga tidak boleh diikuti dengan patèn.

Sandhangan wyanjana

Sandhangan wyanjana digunakan untuk menggabungan bunyi konsonan.

cakra - untuk bunyi /r/
cakra keret - untuk bunyi /re/, sebagai pengganti gabungan cakra dan pepet
péngkal - untuk bunyi /y/

Contohnya, ka dengan cakra menghasilkan suku kata kra.

Beberapa sandhangan dari kategori yang berbeza boleh digabungkan sekali untuk menghasilkan suku kata yang lebih rumit. Contohnya, ka, wulu, cakra dan cecak boleh digabungkan untuk menghasilkan suku kata /kriŋ/ ("kring").

Angka

Angka dalam tulisan Jawa menggunakan sistem nombor perpuluhan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

Tanda baca

adeg adeg - penanda awal ayat
pada lingsa - sama seperti fungsi koma
pada lungsi - sama seperti fungsi noktah
pada pangkat - mengapit angka dan petikan kata

Contoh

Tulisan Jawa pada sebuah tanda di Tamansari, Yogyakarta
Sebuah manuskrip purba dalam tulisan Jawa
Sebuah papan tanda di Surakarta

Selebihnya

Rujukan


Pautan luar

  • Laman tulisan Jawa di Omniglot
  • Laman tulisan Jawa di Ancient Scripts
  • Tapak web mengenai tulisan Jawa Diarkibkan 2012-01-05 di Wayback Machine
  • Official website HANACARAKA v.1.0 Diarkibkan 2012-01-05 di Wayback Machine http://jupa-haphap.blogspot.com/2012/11/aplikasi-hanacaraka-v10-belajar-menulis.html download
  • Nulisa Aksara Jawa - Laman penukaran aksara Rumi ke Jawa
  • https://symbl.cc/en/unicode/blocks/javanese-alphabet/